Friday, February 18, 2011

HARI JUMAAT...

assalamualaikum... 

penah x kawan2 dengar pasal 1 statement ni???

berfikir secara berbeza dan positif: 
ketika kehidupan memberikan anda 100 alasan untuk menangis, menunjukkan kehidupan yang anda mempunyai 1000 alasan untuk tersenyum....

ujian Allah tu pelbagai bentukan... paling hebat adalah tipu daya dari Allah s.w.t.... 

aik Allah pun ada tipu daya...

hmm cmna 2 tipu daya Allah...

bila kita rasa senang sangat kehidupan ni.. kita semayang kita posa.. kita buat semua suruhannya... dan kita selalu rasa.... yaaa aku dah buat apa yang allah suruh... dan rasa senang dgn apa yang kita buat...rasa selesa dgn kehidupan sedia ada... emmm boleh ka rasa cm2???

bukan sepatutnya kta selalu rasa risau... selalu rasa takut.... ish bnyknya dosa aku ni.... yang besaq.. yang kecik x payah ckp la.. bertimbun.. klu letak skali kalah gunung everest...

jom pakat2 menelaah diri sendiri bukat setakat menelaah buku ja tau... =)

hari jumaat ni... jom kita pakat2 baca surah al-kahfi.... 

apa kebaikan surah al-kahfi ni?

Dari Ali r.a berkata: "Barangsiapa membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka dia akan terhindar dari segala fitnah sehingga lapan hari yang akan datang walaupun dajjal keluar, dia akan terhindar daripadanya." (Tafsir Ibnu Kathir)

Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa membaca tiga ayat daripada surah al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah dajjal." (HR Tirmizi)

Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah dajjal. Dalam riwayat yang lain dinyatakan daripada akhir surah al-Kahfi." (HR Muslim)

Dari Sauban r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir daripada surah al-Kahfi, maka sesungguhnya pembacaannya itu menghindarkannya daripada fitnah dajjal. (HR Nasai)

Dari Abu Said al-Khudri r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang membaca surah al-Kahfi (dengan huruf dan pembacaan yang betul) sebagaimana ia diturunkan, maka surah itu akan menjadi cahaya pada hari kiamat daripada tempat tinggalnya sehingga ke Mekah dan barangsiapa membaca sepuluh ayat yang akhir daripadanya, kemudian dajjal keluar, dajjal tidak dapat menguasainya." (HR Mustadrak Hakim)

so... apa lagi.. jom pakat2 baca selagi belum abih ari jumaat ni....

No comments: