Friday, April 29, 2011

Di Mana Letaknya Pegangan Kita?

Assalamualaikum... w.b.t

dua real story yang fiqah baca hari ni... untuk hari ni la.. untuk hari-hari lain tu belambak lagi... kes perempuan wanita yang bergelar isteri lari dari rumah mengadap lelaki lain.. sanggup bersekedudukan dengan lelaki lain demi kasih dan cinta yang tak pernah halal dari segi apa pun malah dari mana-mana agama pun mengharamkan tindakan yang sangat 'luar biasa' ni...

tinggal suami tinggal anak-anak demi cinta sang kekasih yang durjana... mereka bukan orang lekeh.. bukan juga calang-calang.. ber'title' cikgu, doktor, pengurus syarikat... fiqah nak tanya satu benda  di mana letaknya pegangan mereka??? boleh semua pembaca fiqah bagi jawapan???

fiqah bukan la dah kawin.. cuma sebagai umat Islam juga sebagai muslimah berilmu.. fiqah rasa... bukan rasa... fiqah fikir perkara ni bukan perkara mudah dalam hidup kita.. tak suka yang ni cari yang lain tak pun cari balik kekasih lama berkasih sayangan tanpa rasa bersalah tanpa rasa jijik dengan sikap masing-masing...

lupa kah kita pada tuhan.. Allah s.w.t.. yang Dia itu lagi hebat dari kita.. lupa kah yang Dia itu tanpa henti menjalankan HUKUM KARMA...-what goes around comes around-... mungkin sebab kita terlampau selesa dengan hidup kita kot.. Malaysia bukan negara bermasalah.. jauh dari segala kemusnahan bumi.. selamat semedang... tapi kan Allah dah janji... dan Janji itu pasti...

apa penyebab semua ni.. Skandal??? Tak Cukup Kasih Sayang??? Tak Cukup Satu??? Simpati Pada Kekasih Lama??? Kekasih Lama Lebih Romantik Lebih Memahami???

macam tu ka? apa yang mereka semua ni inginkan sebenarnya? kepuasan yang sebagaimana? mungkin ramai yang akan cakap.. alah kot suami dia yang buat hal...

ok kalau suami dia buat hal?? dia berhak buat hal balik ka?? rujuk balik apa yang sepatutnya seorang isteri lakukan... kalau salah mintak fasakh.. kan?? bukan nak tunjuk dia hebat.. dia juga boleh curang... dan kemudian suami dia bersama dengan pegawai pejabat agama tangkap dia dalam keadaan yang sangat memalukan... betul tak??? sapa yang salah sekarang?? siapa yang nusyuz?? yang tinggal anak-anak tu pulak macam mana??.

wahai kaum perempuan, wanita, muslimah.... kita antara salah satu daripada 3penyebab utama 'Penghancuran Umat Islam Akhir Zaman'... antara golongan yang paling ramai menghuni neraka... ingat lah.. hidup kita bukan dunia saja.. bila mati.. mati terus.. bila mati.. akan dihidupkan semula untuk kehidupan akan datang dibumi.. tapi mati kita adalah mati yang akan membawa kita ke alam pembalasan... penghukuman atas apa yang kita lakukan di dunia dulu... lupa ka apa sebenarnya amanah buat Khalifah??

::: jauhkanlah diri kita dari fitnah akhir zaman...jangan lupa ada yang lagi Hebat dari kita..

Thursday, April 28, 2011

"Kerana Dirimu Begitu Berharga"

assalamualaikum w.b.t

ingat lagi tagline "kerana dirimu begitu berharga" compem semua ingat.. sambil sebut sambil bayang lagu unwritten.. hehe mesti best kan... fiqah ni baru beljar nak guna twitter.. dah lama ada account.. 2 3bulan dah register tapi tak tau guna... tinggal terus camtu ja.. ni kawan fiqah bising mintak activekan.. cheq tak reti guna ni... hadoi la...

okeh.. balik pada tajuk.. tadi ke blog SZ.. entry dia yang terbaru sangat menyentuh jiwa... hehe saya tahu saya tak cantik.. ingat lagi fiqah penah buat entry pasal Kenapa dikondem perempuan yang tak lawa [KLIK SINI]? dan juga  entry dari mykhalis mengenai best ke menghina blogger lain? perempuan murahan? gurauan ke macam ni?

sapa tak sedih kita yang kurang kecantikan ni, kita yang kurang kelawaan ni dikutuk dimaki hamun diberi gelaran sesuka hati... oleh sang lelaki la selalunya...(bukan semua lelaki.. kang ada jugak yang terasa) kalau nak kata orang lelaki.. tapi orang perempuan pun apa kurangnya.. kita pun ada jugak la mengutuk sang lelaki yang kurang kehenseman ni... tapi nak banding kita dengan orang lelaki.. sikap orang lelaki ni lebih drastik dalam penyampaian mereka.. "lantak la nak terasa ka tak.. janji yang mana aku tak puas hati, yang mana aku tak suka hang kena tau"..

berterabur dalam dunia blog mahupun facebook malah dimana-mana.. perihal sang perempuan pasti dikutuk.. pasti di kata... sebab nya.. walaupun yang memulakan kemungkaran itu adalah lelaki.. tapi yang membawa dan juga menyokong kemungkaran tu tetap perempuan.. tak gitu?

"wanita itu adalah perangkap jaringan syaitan" maksudnya... dia tak perlu nak pi hasut si lelaki.. sebab sikap si lelaki ni memang camni.. syaitan ni dia menghasut sang wanita la.. kita kan kaum yang lemah kaum yang mudah terpedaya.. bila kita dengar cakap si syaitan ni.. maka kita lah yang membawa kita sendiri dan juga yang membawa lelaki-lelaki yang terpikat dengan kita ni ke neraka...

oleh itu, untuk mengelakkan kedua-dua belah pihak bersama-sama menjunam ke tempat yang tak sepatutnya.. ikutlah panduan dengan yang sepatutnya.. sepertimana yang telah digariskan di dalam agama islam.. sebagai muslimah yang real muslimah..  bukan muslimah atas nama saja ya..

:::teringat puisi "wanita ibarat epal"

Wednesday, April 27, 2011

Dia tu Aku Punya Skandal La wei!!!!

salam alaik...

last entry sebelum balik.. hehe.. fiqah nak tanya semua pembaca fiqah.. apa tu skandal???

sungguh fiqah tak tau apa tu skandal... ramai sebenarnya kengkawan fiqah ni yang ada skandal.. tapi fiqah tak faham bagaimana perjalanan skandal ni.. macam kawan-kawan kah? pendengar setia kah? kekasih gelapku kah? bini or suami no dua kah?

bagaimana boleh tak pembaca fiqah yang lebih arif minta terangkan??? kalau Google 'apa tu skandal' or skandal tak keluar sangat yang berkaitan.. tapi bila taip "definition of SCANDAL".. keluar berterabur -a morally or legally wrong and causing by general public... jadi dia satu tindakan yang salah sesangat la...

itu kamus online yang cakap... perasan tak kes kes skandal ni sangat berleluasa dikalangan kita... bukan sekadar dikalangan pelajar malah yang dah bekerja dan berkawin pun... kalau bercinta dah conpem salah dari segi law of Islam... then skandal tak payah cakap la... sebab maksud skandal yang fiqah paham adalah curang dibelakang tanpa pengetahuan orang lain dan masing-masing hanya berskandal tanpa sebarang komitment... hanya sekadar hiburan tambahan dibelakang.. camtu???

contoh masing-masing sudah berkekasih dan berkawin tapi masih berskandal di opis sebagai teman tapi mesra... yaaa... fiqah dah dapat "Teman tapi mesra" tapi skandal ni yang fiqah tau dilakukan secara senyap-senyap tanpa pasangan memasing tahu yan g mereka punya seseorang yang membahagiakan mereka tanpa kehadiran pasangan memasing.. macam tu kan....


wowwww... betapa teruknya Akhlak Umat Islam di Malaysia sekarang... runtuh dalam sekelip mata... tanpa kita sedar.... kelip kelip dah bah... 

Pendedahan Alam Siber pada Kanak-kanak

salam alaik....

chewah tajuk bajet dokterrrr... hehe.. dak aih.. ada sorang akak ni tanya fiqah.."patut tak kita bagi anak-anak kita guna komputer? akak takut dia main game.. tak nak la camtu"... aiyak dia tanya pada fiqah yang belum lagi berkawin malah belum ber anak lagi nih...

okeh fiqah nak kongsi pendapat fiqah ya...

fiqah bukan dari keluarga yang ber'education' tinggi.. mak abah fiqah pun takat SRP dan SPM ja.. jadi bila berjaya melangkah kaki ke menara gading ni.. bukan saja patut menjadi contoh dan idola pada adik-adik.. malah apa saja tindakan yang fiqah cuba lakukan kena fikir banyak kali..'aku buat ni adik-adik aku kang ikut tak?' takkan belajar tinggi-tinggi nak bagi contoh yang tak baik..

masa adik bongsu fiqah umur 4tahun.. hanya dia sorang saja yang berminat nak ambik tau camna nak gunakan komputer ni... yang lain ada sibuk-sibuk tapi buat-buat pandai.. berat mulut nak tanya... fiqah fikir habis.. 'kalau aku ajar adik aku ni.. dia nak guna ke arah yang tak baik tak'.. then fiqah buat keputusan dedahkan dia.. biar dia belajar... biar dia kenal... ajarkan dia untuk advantage pada dia...

alhamdulillah.. cepat gila dia belajar.. sekali ajar dia lagi terror dari kakak-kakak dia yang lain... maklumlah budak-budak... cepat la otak pickup... umur 4tahun dah khatam game race kereta need for speed-underground 2... hebat tak???...

pastu fiqah mintak mak abah masukan streamyx... dia lagi terror dah khatam segala game yang ada dalam yahoo tu... aiyakk... mak sampai risau.. ish budak ni kang lingkup... hehe.. tapi bila dah masuk sekolah sekarang.. dah darjah satu pun... Alhamdulillah.. mak berjaya manage hidup adik seharian... dan dia pun akan ngadap pc kat umah tu bila keja sekolah dah siap.. bila qiraati dah baca.. haa ok la tu.. kan..

pastu fiqah tanya lecturer fiqah baik ke buat camni... then dia cakap apa tau "tak boleh la nak sekat.. sebab zaman sekarang semua dah macam tu.. kalau kita sekat tu la yang sebabkan budak-budak ni memberontak ke CC main game ponteng sekolah.. buat benda pelek-pelek.. takda pendedahan kat bebudak ni..."

kita lentur buluh dari rebung nya la... bila dah kasi kena guide la.. kan???

::::sekarang bila depa tanya benda yang fiqah tak tau.. fiqah sebut haaa pa lagi google la.. baru tujuh tahun dah pandai google.. kira ok la... hehe jangan time cikgu bagi kertas kerja plagiat sana sini dah...



Zaman Belajar lagi Seronok dari Berkerja.

assalamualaikum w.b.t.. dan selamat pagi...

tadi masa on the way nak ke opis.. nampak la 2 3 orang naik moto bawak beg besar... teringat sem-sem sebelum ni.. fiqah pun macam tu.. dari Kulim ke Arau, Perlis naik moto bawak beg besar -ala beg yang orang guna camping tu- pastu konvoi ramai-ramai dengan budak kelas.. balik u.. tak pun balik mai umah..

kenangan paling indah.. fiqah perempuan.. so yang depan dan belakang lelaki.. tengah-tengah perempuan.. hehe.. tapi tak selalu la.. memandangkan fiqah join pasukan beruniform UiTM -Komander Kesatria- selalu kena tunggu budak-budak kokurikulum balik dulu baru boleh kami balik... oleh sebab lambat fiqah selalu balik sensorang.. bayangkan naik moto dari Arau ke Kulim 3 jam atas moto.. or paling cepat fiqah penah buat 2.45 jam... tu pun kalau tak break kat r&r Gurun.

tapi kena dress up macam lelaki.. bahaya kalau diorang tau kita ni perempuan... tengah highway banyak kes dah jadi... bahaya ooo.. tapi setakat ni alhamdulillah perjalanan fiqah selamat.. orang tak perasan fiqah perempuan.. penah satu hari tu... sepupu fiqah tanya mak diorang lelaki mana mai umah pak dak tu.. hhehe... fiqah la tuu.. terpedaya mereka... kuakuakua..

okeh balik pada belajar kenapa seronok??? (akaun la.. yang lain tak berapa nak pasti)

1- hari-hari kita ngadap buku kan.. buku lain lain... masuk kelas lain-lain.. kejap sana kejap sini.. lecturer yang kita jumpa pun lain-lain kan.. kejap lelaki kejap perempuan.. --- keja asyik dok situ saja.. masuk kul 8 balik kul 5.. keja tu saja .. kalau kena buat cek haaa buat cek la bertahun-bertahun.... ngadap la pc/laptop 8jam..

2- awal semester buat kertas keja nak buat jalan-jalan nak buat dinner nak buat seminar.. satu sem semua kita harung.. 2sem setahun 2kali kita harung --- keja setahun sekali ja kita harung... sedih sedih..

3- masuk kelas lewat.. ikut suka la nak 'tuang' bila pun.. kena lecturer otai tiap-tiap minggu kelas cancel.. belajar sendiri... balik boleh tengok movie lagi.. boleh ronggeng malam-malam ngan memember... ---keja balik umah konpem penat.. malas dah nak keluar.. kalau boleh nak tidoq saja... masuk keja lewat.. punch merah.. kena potong gaji... hehe

4-time lunch boleh tidoq selagu lagi... time semester break boleh cangak sana cangak sini cuti panjang ooo... ---keja, paling panjang cuti 4hari saja cuti raya.. cuti bergaji dibenarkan 25hari setahun.. tu pun kena bajet siap siap.. masa awal tahun.. bila nya nak kena guna 25 hari. kang terlebih.. kurang tak pa...

5- duit semedang ada.. pelbagai sumber-pama, ptpttipu, buat program menda lagi la.. tak payah sakit kepala bab tak da duit.. ---keja, gaji tiap bulan kena  untuk bajet siap untk hutang tetap, hutang tambahan.. makan lagi semua nya la... ni migran sampai tak cukup ubat...

so, yang masih belajar hargai la hidup semasa belajar... gunakan pengalaman hidup sepenuhnya.. bukan saja  belajar bagi 4.0 semata-mata.. tapi hargai kehidupan sebagai pelajar.. jangan rosakan jangan biarkan terbengkalai... bukan saja untuk masa depan yang cerah.. tapi juga sebagai kenangan terindah dalam hidup... bukan kenangan yang tak mau ingat dah... tapi yang boleh diceritakan sebagai tauladan buat adik-adik anak-anak serta cucu...hehe ok..


::: fiqah ada satu sem lagi.. tak sabar nak abihkan praktikal ni.. dan kembali ke alam student.. sem terakhir untuk lakukan semua perkara dengan baik.. agar menjadi pengalaman paling menarik.. insyallah...

Tuesday, April 26, 2011

My Name Is Khan, Im not a Terrorist

salam alaik..

sedar tak sedar entries fiqah dah melebihi 100... ni entry yang ke 104.. tak perasan pun hehe.. tak pa tak penting pun... semua penah dengar tajuk filem ni kan??? ada yang tengok kan??? apa pendapat anda semua?? kongsi mai... 


fiqah memang 'alergi' sangat dengan SRK ni.. pantang nampak conpem carik sampai ada depan mata punya hehe...

fiqah baru ja tengok.. sebab baru saja berjaya download cita nih... hehe...

jalan cerita menarik... tapi ada gak part pening.. eh ni kat mana ni kat mana.. tapi bila tegok betul-betul.. ok paham... maklumlah pengarah bukan 'koman spanar'... Karan Johar tu...

ok balik pada My Name is Khan ni... sapa sangka kisah dia pasal agama kita.. pasal umat islam di Amerika... kisah yang berlatar belakang kan 9/11...

di mana nyawa umat Islam jadi taruhan di sana akibat tragedi 9/11.. 

tapi ada jugak diselitkan part yang pelek tu.. si SRK yang Islam ni kawin dengan Kajol yang Hindu... dah kawin pun still dalam agama yang sama.. kira tak convert la.. fiqah penah dengar.. Yang lelaki beragama Islam dibenarkan kawin dengan perempuan yang beragama lain.. tapi ada syaratnya la... itu zaman Rasulullah s.a.w dulu.. sekarang tak da dah..  jadi bila tengok cita ni.. macam tak bes la.. boleh pengaruh umat Islam yang kurang ilmu pengetahuannya...

banyak juga pengajaran yang dapat... "in this world only have two people.. bad people and good people"..

yang baik kita jadikan teladan.. yang buruk kita jadikan iktibar... 

Gusar kerana Jodoh belum Kunjung Tiba

salam alaik.. 

tetiba fiqah nak cakap pasal jodoh.. hehe... ya la.. kengkawan banyak dah kawin... ya tahun ni baru cecah 23 tahun tapi dah ramai yang kawin.. mostly yang yang kawin muda ni kengkawan sekelas... fiqah tak minat orang dekat.. kalau boleh nak yang dok selatan.. time raya boleh jenjalan.. acecece skali Allah bagi yang dekat sekampung baru tau.. hehe...

tipu la kalau tak penah bercinta.. tapi nak gtau.. masa fiqah tengah berkawan dengan si dia ni.. Allah banyak beri petunjuk.. ya petunjuk... tiada istilah cinta antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim... banyak sangat Allah beri.. nyata atau pun maya.. tapi fiqah tetap teruskan.. sebab yakin si dia ni insyallah kekal ke akhir nafas..

sebab apa yang fiqah nak.. maksud nya lelaki idaman fiqah memang 90% ada pada si dia ni.. memang bersyukur sangat Allah beri yang terbaik... lelaki yang diidam-idamkan ada depan mata... mestilah best sangat kan... semuanya syurga dunia la...

semua tu kisah setahun yang lalu... itu la bahana tak dengar perintah Allah kan... dah kata tak da law dalam al-quran... law yang ada pulak kata tak boleh.. nak juga diteruskan.. kenapa?? sebab cinta la.. sayang la... semua tu syurga dunia kan... mestila seronok...

part yang terbaik nya bila hati hancur lebur tak tau nak buat apa.. dalam masa yang tak sampai sari.. Allah tarik fiqah ke jalan yang sebaiknya... Alhamdulillah.. fiqah kembali buka mata... this is the rules... follow the 
law..  bila di keadaan yang sebegini.. fiqah tak gusar dengan jodoh... 

sebab apa?? sebab fiqah percaya... Allah tu Maha Mengetahui... Allah lebih tau sapa yang akan jadi suami fiqah.. sama ada fiqah sempat atau tidak untuk berkahwin didunia.. hanya Allah saja yang tau... lagipun sapa yang tak mau kawin kan??

ada jalan untuk cepat jumpa jodoh kita tu.. Allah dah bagtau semuanya dalam Al-quran.. juga banyak doa-doa yang para anbiya' kita amalkan untuk terus berusaha mendapatkan jodoh yang baik...

lagipun semua mengidamkan kisah Saidatina Fatimah bersama Saidina Ali.. tapi sekiranya kisah kita seperti Salman al-Farisi apa yang nak kita buat??

tepuk dada tanya hati... keep the faith keep your faith... its the climb....

Tetap bertambah sekalipun berdiet..

assalamualaikum w.b.t... dan selamat pagi...

dua hari fiqah demam.. dua hari jugak tak berupdate blog nih... tak mampu nak bangun mengadap laptop pun... sedih sedih... hehe.. fiqah susah demam.. 2 3 tahun sekali. jadi bila dah sekali demam tu teruk la... alhamdulillah hari ni sihat sikit...

nak cerita pasal berat badan... yang tak mau dah turun ni  malah makin bertambah... sedih banget.. fiqah dah menjalan diet seperti yang disaran kan oleh Kevin Zahari siap beli buku lagi... buku untuk diet.. tapi tetap bermasalah.. mungkin sebab bekerja dalam aircond kot...

kena tukar kerjaya la camni... jadi buruh kasar la...orang lain demam tak lalu makan kan.. fiqah demam boleh makan sepinggan nasi lagi..  dasat betoi la... berat terakhir 53kg.. kalau nak compare dengan ketinggian 150cm kira dah tahap lebih berat la.. dah gemok...

ada sesapa yang boleh tolong.. camna nak buat nih?? diet dah.. tapi tetap tak jalan.. makan nasi sesenduk sehari.. jogging 2 3 kali setiap minggu.. betul-betul follow rules diet.. tapi tetap tak jalan.. waaa sedih sedih

Saturday, April 23, 2011

Kenapa ya dengan Orang Melayu ni??? haishh

assalamualaikum w.b.t...

sebenarnya malas sangat nak bercakap pasal menda ni... sebab nya semua orang tau sikap orang melayu ni macam mana...kan? PHD yang sangat menebal...

terus terang fiqah tak penah lagi la jumpa berdepan dengan orang melayu yang punya sikap-sikap macam nih... padahal sekolah menengah sekolah yang 100% melayu belajar pun 100% student melayu...

masa nak pilih tempat praktikal dulu lecturer selalu pesan kalau boleh masuk company non-malay.. lecturer yang mostly malay mintak kami para student yang nak ke tempat praktikal ni pilih tempat yang non-malay...pelek tak?? kenapa tak kita tolong orang melayu.. yala kan praktikal.. mana nak kena bayar elaun banyak gila macam staff...

tapi bila fiqah dah masuk praktikal company ni.. GLC la.. and 98% adalah staff melayu.. baru nampak dunia sebenar.. mak aih ni la orang melayu yang sebenar... kaw-kaw punya sikap masing-masing...

1- PHD jangan cakap la.. ke hulu ke hilir sikap macam tu...
2- berkira sangat yang tahap gaban... sedangkan sedekah tu amalan mulia kan...
3- kalau cemburu tu kan bagus ja kita ambik sebagai menaikkan semangat.. ni haaa. tak pasai la.. di buatnya kat orang tu nak bagi jatuh.. kategori PHD la kan...

kenapa kita orang melayu ni boleh ada sikap macam ni.. kalau la kita boleh fikir secara logic.. akal yang Allah bagi.. "biarlah itu rezeki dia.. walaupun tak qualified pada mata kita tapi Allah izin kan dia untuk lebih dari kita.. hanya Allah yang lebih mengetahui"... err bukan yang tu "qualification lagi lower dari budak sekolah camna boleh jadi bos? huh tak hingin aku nak respect... tak layak lansung nak aku follow dia"

::: wahai orang melayu jadikan islam the way of life.. bukan my religion is islam... then kita boleh fikir secara yang betul... ikut hukum Islam itu sendiri...

Friday, April 22, 2011

Dunia Maya yang Salah?

salam alaik...

akhirnya ada jugak satu idea mai dok tercangak dalam kepala ni... selalu kita dengar.. padah FB keburukan email.. kejelekan video mail.. haa pa lagi???

sebenarnya kan.. pada pendapat fiqah la... benda-benda yang pelek-pelek tak kan berlaku kalau kita pandai jaga diri.. betul tak??? gunakan sebagai advantage pada kita... kalau niat kita betul.. maka baik lah jadinya.. kalau awal-awal niat dah terkelain.. maka ke lain la jugak jadinya...

kenapa remaja-remaja perempuan zaman sekarang mudah terpedaya melalui fb, ym, email dan segala bagai dengan lelaki-lelaki durjana ni...

1- terlampau ikut nafsu : waa syok nya boleh jumpa lelaki hensem dalam ni...

2- layan ja tanpa berfikir dengan lebih lanjut : mamat nih boleh percaya ka?

3- ikut saja apa yang dicakap oleh lelaki ni tanpa selidik : "jom keluar malam ni kul 12"

kebanyakan kes yang masuk paper yang kita baca yang kita dengar dari berita-berita ditv.. kita boleh fikir kan secara logik...

"kenapa la nak di ikut mamat tu kul 12 malam" - kes anak pensyarah yang kena rogol pastu dihantar ke rumah waktu pagi besok nya di depan pintu umah..

"2orang takkan tak mampu nak lawan sorang lelaki?" - kes 2orang remaja perempuan kena culik oleh seorang lelaki selama 17jam.. yang part paling bes tu.. bapa bebudak tu yang jumpa kat area situ jugak.. tak pelek ka??? kalau kidnap ofkos la dah jauh dari kawasan rumah kan..

kalau fikir logik akal.. relevan dan rasional jugak.. salah facebook ek?? salah ym ek??? salah mirc ek?? salah blog ek???

1 lagi... kes yang fiqah rasa tak logik dek akal... 'bahana facebook'!... jumpa di fb then bercinta pastu kawin.. okeh tak pa lagi.. pastu gaduh sana gaduh sini.. then cerai... haaaa?? patut ka fb disalahkan...

fiqah bukan la nak kata fb tu semua baik takda yang tak baik.. cuma sikap kita sendiri... tanggungjawab kita... apa yang sepatutnya kita laksanakan sebagai umat Islam... gunakan apa yang Allah izinkan kita ada pada hari ni dengan sebaiknya.. dengan niat yang betull.. bukan mempergunakan nya sampai kita sendiri yang ternoda..

bila sesuatu yang terjadi salah kan diri sendiri.. bukan salah kan orang lain.. bukan salahkan dunia maya yang tak bernyawa ni... sikap kita yang tak penah berubah.. orang jugak yang salah.. dia jugak yang betul.. hmmm

:::bak tagline kawan fiqah.. "akan aku fikirkan sampai rentung"...



Lepaskan Ia Pergi....

assalamualaikum w.b.t

nak kongsi dengan semua... by Hilman Yong

"Benda yang kita suka, kita sayang, sampai masanya akan diambil kembali. Jangan letakkan sayang itu melebihi sayang dan cinta kepada Allah. Barulah kita redha dan sabar atas kehilangannya.."

Apabila kita selalu dapat apa yang kita nak, tiba masa ia gagal atau tak dapat, then kita tak boleh terima...  kita kecewa...

tanpa kita sedar.. itu lah proses kematangan buat kita... belajar menerima sesuatu yang bukan milik kita... belajar bersabar dengan ujian yang Allah beri.. belajar bersyukur dengan apa yang ada dengan sebaiknya...

percayalah, kalau ia sudah ditulis akan menjadi milik kita, suatu hari nanti kita akan dapat kembali, dengan cara yang tidak disangka-sangka atau juga kita akan dapat yang lebih baik dari yang hilang dulu..

berfikir la secara positive.. janganla kita salahkan oarang lain.. jangan kita lampiaskan pada yang tak sepatutnya... sedangkan kita mampu untuk nampak secara rasional.. itu salah aku..

contoh: sang kekasih yang dicintainya berpaling arah... disalahkan sang kekasih itu 100%... dicaci dimaki tanpa henti... tanpa dia sedar.. penah tak fikir... apa salahnya?? alpa dengan Allah.. lalai dengan tanggungjawab sebagai seorang muslim.. mungkin... maklumlah terlampau sayang.. hehe


setiap yang Allah jadikan itu untuk kebaikkan...macam kita manusia.. kita cipta sesuatu perkara tu untuk memudahkan kita.. dalam erti lain.. tunduk menghambakan diri pada kita.. macam tu jugak Allah.. diciptakan segala makhluk di alam semesta ni untuk menghambakan diri pada -Nya...

::: fiqah selalu ingat ayat sorang ustaz ni.. nak tau tanda Allah sayang kita bila ada saja musibah dalam hidup kita... kalau kita renungkan balik.. setiap hari tu pasti ada kesulitan yang berlaku.. meski pun sebesar zarah... kita tak perasan pun.. tapi tulah tandanya.. Allah nak kita berserah pada Nya...


Thursday, April 21, 2011

Berhenti Mengeluh...

salam alaik...

sebenarnya terkilan dengan sikap orang sekekeliling... mereka tak berhenti mengeluh... kenapa ya??? setiap yang Allah berikan untuk kita itu pasti bersebab... tapi bila tak dapat kenapa kita nak mengeluh.. lupa ka pada Allah.. selalu cakap.. Ingatlah pada-Nya.. biar seberat mana pun ujian tu... dan Allah tak kan membebankan hamba-hamba Nya dengan beban yang tak mampu dipikul nya... tapi masih ada yang alpa.. yang lalai.. terus lupa...


dengan sikap begini lah timbul nya kes-kes bunuh diri yang tak berhenti... lupa pada yang sepatutnya kita kembali... sebab kita selesa.. keselesaaan dalam satu kehidupan tu adalah racun buat umat Islam.. kenapa racun... sebab kita takdak masalah.. takat masalah keja.. apa la sangat.. kita tak dibeban kan dengan penyakit-penyakit kronik seperti Bersamamu tu... hidup kita senang lenang...


sepatutnya kita boleh gunakan kesenangan ni untuk kemudahan kita di dunia dan akhirat... tapi kita gunakan kesenangan kita untuk dunia semata-mata.. tau eh nak mati tu bila... "ya tua nanti"...hmmm..


okeh.. sekarang kan.. cuba pk apa patut kita buat bila ditimpa masalah... biar pun sekecik kecik alam masalah tu... sentiasa la beringat.. tak semedang kehidupan kita perfect... dalam sehari tu mesti ada yang non ok.. sebab apa.. bila jadi camtu... Allah nak kita ingat dia selalu.. sabar lah...


sabar yang tinggi dan sabar yang besar tu la.. Allah akan balas dengan ganjaran yang besar dan luas juga... dan jangan lupa untuk berdoa ya.. bukan terus mengeluh.. tak baik...

sekian...

"kami tak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (daripada kebajikan yang diusahakannya dan ia mendapat siksa daripada kejahatan yang dikerjakannya. mereka berdoa 'ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kami dengan beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. beri maaf lah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir"
[al-Baqarah: 286]


lelaki kuat merajuk...

assalamualaikum w.b.t dan selamat pagi...

berdasarkan pengalaman sehingga hari ini.. fiqah diizinkan berjumpa dengan lelaki yang kuat merajuk.. eh eh ni bukan kes percintaan.. tak da kaitan.. ni kes kengkawan... haha.. macam lawak lak fiqah bila tengok lelaki lelaki camni... huahuahua...

err bukan nak ngutok lelaki...

pengalaman pertama: kawan baik fiqah sendiri.. yang ni punya kes fiqah ngaku salah.. tapi kalau ikut kesalahan tu bukan la besar sangat pun.. pada pandangan kengkawan yang lain la... hehe.. camni cerita nya... fiqah post kat wall fb "nak diet dan kurus ckit" dia kemudian dia komen.. "tak payah makan nasi".. fiqah pun reply la... "ish tak makan nasi kang kurus terus.. macam awek hang.. aku tak mau la kurus sangat tak comey"... then.... perang dunia terus meletus.. dia marah fiqah kaw-kaw punya sebab ngutuk awek dia...

ek ngutok awek dia??? ok apa cakap kurus.. dah memang kurus pun.. lain la kalau awek dia chubbieeessstt then fiqah cakap kurus.. nampak sangat la kan.. hehe.. tapi apa yang fiqah cakap realiti bukan fantasi... terus letop meletop dia... fiqah post kat wall dia "mintak maap weh kalau wat hang terasa hati".. esok tu tengok pdot fiqah dia dah delete.. sampai sekrang tak ok lagi.. camtu camtu ja la..

pengalaman kedua: jadik semalam.... yang kaw-kaw lawak.. staff opis ni.. nasib baik orang nya tough n hensem jugak smart.. hehe tapi skali dia touching... mau gelak guling-guling fiqah.. ada kes sikit semalam.. then bos fiqah cakap.. "haa cari orang yang nama dia kat memo tu... orang tu la kena jawab".. cakap tu sebelah dia la.. cam biasa la.. dah biasa lawak kasaq... maklumlah oghang kedah.. terus terasa hati.. merajuk.. dia call exec account.. sampai nak nangis dengar bos fiqah cakap camtu...

wuahaha.. lawak sungguh la encik izam ni.. oppsss dah tersebut nama dia.. tak pa dia tak baca blog-blog nih... hehe tengok nama pun bes.. orang dia pun bes.. hensem segak lagi bergaya.. sekali.. jiwa sentimental... hadoi.. kureng tough disitu.. hik.. hik..

alololo.. jangan la majuk... 


::: pengajaran... err tak da pengajaran.. sekadar berkongsi cerita.. hehehe...

sumber  foto: korek google.. 

Wednesday, April 20, 2011

Kena Block Lagi... Hadoi laaa...

salam semua... 

rasa macam nak cekik ja opis ni tau... eeee block semua menda.. pa kata tak payah boh intenet nih... geram betul... kesian la kat staff ni.. asyik ngadap keja 8jam direct pun boleh sakit jiwa tau... apa kata on la time lunch hour ka.... tak la stress sangat... (padahal bagus ja opis wat camtu boleh la buat solat sunat lebih, baca al-quran ka... baca buku ka.. kitab agama ka..)..

nak jugak hiburan apala fiqah ni... hehe

sebenarnya seronok dok sembang kamceng dengan geng-geng Momma Jelita.... nak pilih sapa yang sesuai untuk jadi hero dan heroin Novelog ASST kalau di TV kan.. hehe.. sembang kamceng la kami semua pasal ni.. 

Kak Nor bekenan sangat dengan Daniel Philip Henny. ala pelakon korea tu...

waaa hensem banget aih.. hehe

peh tu nak heroin dia tersenarai la Hana Tajima Simpson

okeh fiqah tak kenal siapa dia ni... Kalau tak Kak Fara yang gtau.. fiqah tak tau... errrr.. hehe

orang yang sama Momma Jelita guna sebagai logo/banner ASST.. cantik kan???

maka fiqah Google la.. nak tengok drama terbaru.. si daniel henny ni.... 

The Fujitive : Plan B

cita dia takat ni memang bes.. lawak.. hehe.. nak tau sapa lagi yang belakon drama tu :

Rain

Lee Jung Jin

Lee Na Young

Uehara Takako..

mesti la pelakon utama dia rain... hehe.. bukan daniel henny... chet..

fiqah tengah layan sekarang nih... kat mana??? tak leh gtau... rahsia.. kang staff opis ni baca blog fiqah abih la... kena block gak.. hehe






Riak

Assalamualaikum w.b.t... satu perkongsian buat semua

Abu Darda' Ridzwanullah 'alahim meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda, mafhum nya:

"menghindarkan amal dari digembar-gemburkan (diceritakan kepada orang lain), mengerjakannya lebih sukar dari mengerjakan amal itu sendiri. seseorang mungkin melakukuan  sesuatu amal (soleh) lalu dicatatkan sebagai amal soleh yang dibuat secara 'sirr' (bermaksud senyap-senyap).

Dengan itu pahala ganjarannya dilipat gandakan sebanyak 70kali gantada tetapi syaitan tidak akan membiarkannya. Syaitan akan terus merasuknya sehingga ia menceritakan dan menyatakan kepada orang lain.

maka catatan amal itu pun ditukar kepada catatan amal 'alaniah' (bermaksud terang-terangan). dengan itu, ganjaran pahalanya sebanyak 70 kali ganda dihapuskan. kemudian syaitan terus mendesak orang tersebut agar menyataka lagi bagi sekian kalinya tentang amalnya.

maka ia sendiri pun suka kalau disebut-sebut hal itu, dan terus dipuji. Akibatnya catatan amalan tersebut sebagai 'alaniah' dipadamkan dan ditulis sebagai perbuatan riak.

sebab itulah orang yang paling bertakwa ialah orang yang melindungi agamanya.

Sungguh riak adalah syirik"..


sumber foto..; google image

Tuesday, April 19, 2011

Voted The Best Email of This Year

Assalamualaikum dan dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..





















::: this email must be circulated... ni fiqah ajak semua kongsi... email dari staff kat opis ni...




Ladies: Kesian kan Kaum Adam???

salam Alaik..

tertarik dengan 1 artikel dari ILuvIslam.com mungkin dah ramai yang baca dan juga yang yang belum baca.. tak pa kalau rajin terus on ILuvIslam.. kalau rajin meh baca sini...

kenapa ya fiqah cakap kesian... emm sebab ni:

Mengapa Lelaki Kawin Lambat???


Bukan sedikit lelaki yang kahwin lambat hari ini. Agaknya mengapa? Saya ingin berikan suatu contoh.
Katakanlah anda adalah seorang lelaki berumur 23 tahun yang baru tamat pengajian dan bekerja sebagai seorang pegawai.
Gaji bulanan adalah RM 2000 dan anda tidak mempunyai simpanan di dalam bank.
Setiap bulan, katakanlah perbelanjaan makanan, pengangkutan, bil-bil, sewa rumah dan perbelanjaan lain adalah RM 1200.
Kemudian, sebagai anak yang baik, anda mengirimkan wang ke kampung sebanyak RM 300. Maka baki bulanan adalah RM 500.
Berbekalkan disiplin dalam menyimpan duit untuk masa depan, mungkin anda dapat menyimpan duit sebanyak RM 5000 setahun.
Setahun berlalu, anda berumur 24 tahun. Dengan izin Allah, anda berkenalan dengan seorang gadis impian.
Masing-masing telah merancang untuk berkahwin dalam masa setahun atau dua tahun lagi.
Maka, anda berazam untuk menyediakan kemudahan asas seperti rumah dan kereta sebelum berkahwin.
Anda pun bekerja keras dan mendapat kenaikan gaji sebanyak 10%.
Dibesarkan dengan famili yang sungguh baik, anda menjadi seorang yang 'gentlemen'.
Semua perbelanjaan untuk 'dating', hadiah, bunga dan seumpamanya sudah pun disediakan awal-awal. 10% telah pun diperuntukkan untuk si dia.
Seperti tahun sebelumnya, setelah bersusah payah makan mee segera untuk berjimat, anda berjaya mengekalkan RM 5000 sebagai simpanan tahunan.
Malah, syarikat pula memberikan bonus sebanyak 2 bulan pada tahun tersebut. Maka bertambah lagi RM 4000 dalam simpanan. Kini anda memiliki RM 14,000 dalam simpanan bank.
Sudah tiba masanya untuk membeli kereta. Maka anda membayar RM8000 sebagai bayaran permulaan untuk kereta baru yang berharga RM 40,000.
Kini simpanan bersih anda hanya tinggal RM 6000.
Tahun berikutnya, ketika berumur 25 tahun, anda perlu membayar pinjaman kereta setiap bulan. Hal ini bermakna, simpanan bulanan hanya tinggal RM 400 sebulan.
Bonus pula tidak diberi oleh syarikat kerana prestasi syarikat kurang baik pada tahun itu. Maka, jumlah simpanan semasa hujung tahun adalah RM 11,000 sahaja.
Bertunang
Akhirnya anda membuat keputusan untuk bertunang dengan gadis impian. Dia gembira dan bersetuju.
Maka, RM 1500 dibelanjakan untuk cincin emas dan hantaran. Simpanan kini hanya tinggal RM 9500.
Tahun seterusnya, anda berumur 26 tahun. Alhamdulillah, anda diberi kenaikan pangkat. Gaji anda sekarang RM3000.
"Ini berita baik! Aku nak menamatkan zaman bujang tahun ni!" Anda bersorak girang.
Pada suatu hari, anda mengambil cuti separuh hari untuk berbincang dengan tunang.
Anda : "Berape eh hantaran kahwin kita?"
Tunang : "Berapa-berapa yang you sanggup."
Anda : "RM 5000, okay?"
Tunang : "I okay je. Tapi my mom tu. Dia kata grad oversea macam I ni mane boleh letak rendah-rendah. Paling kurang RM10,000 tau!"
Sikit lagi anda nak pengsan mendengar jawapan bakal isteri anda.
"Mana aku nak dapat duit lebih?"
Kerja Lebih Kuat
Oleh kerana anda terlalu sayangkan dia, anda bekerja dengan lebih kuat sehingga dianugerahkan pekerja cemerlang. Malah, anda menambahkan pendapatan melalui perniagaan jualan langsung secara kecil-kecilan.
Akhirnya dapat la anda simpan RM20,000 pada tahun tersebut.
Suatu pencapaian yang amat membanggakan!
Sekarang umur anda sudah 27 tahun. Duit hantaran dah cukup. Tetapi, mak pula cakap pesan :
"Anak mak nak kawin ni mesti la buat grand-grand. Kita sewa khemah besar-besar, jemput penyanyi ke artis ke sorang dua datang buat persembahan. Lauk pauk kita guna katering je la ya? RM 10 je sekepala. Baju kawin ko, kita sewa yg cantik-cantik dan mahal-mahal sikit. Kita jemput dalam 1000 orang. Set!"
Pengiraan pantas dijalankan :
1000 orang x RM 10 = RM10,000.
Penyanyi, khemah, kad kahwin dan baju = RM 5000.
"Alamak, dah RM 15,000! Belum cincin kahwin lagi! Adoi!" Getus hati anda.
Anda 'slow talk' dengan mak anda :
"Mak, nak buat apa membazir duit ni?"
"Apa pulak membazirnya? Kau kawin sekali je seumur hidup. Biarlah buat betul-betul."
"Tapi mak..?"
"Dahlah, kau jangan nak buat malu mak. Cik Tipah jiran kita tu buat kenduri kat hotel siap Dato', Datin, Tan Sri, Puan Sri datang. Mana la mak nak letak muka mak kalau kita buat kenduri kecik-kecik?"
Akhirnya..
Setelah bersusah payah, akhirnya anda berkahwin juga. Fuh! Seronok dan bersyukur habis.
Tetapi, apakan daya, jodoh kamu berdua tidak panjang. Anda berhutang keliling pinggang dan kadar 'interest' makin tinggi. Anda dah tak mampu nak bayar.
Isteri kesayangan dah letih kalau anda asyik nak minta duit. Dia tuduh anda tak bertanggungjawap, tak reti bagi nafkah dan macam-macam lagi.
Akhirnya? Bercerai..
Masalah yang membuahkan masalah. Kadang-kadang kita pelik kenapa perkahwinan sentiasa gagal di negara kita.
Contoh yang saya huraikan di atas adalah salah satu contoh kasar yang boleh dilihat, kenapa orang kita kahwin lambat atau susah nak kahwin.
Punca masalah:
Pada pandangan saya, budaya kita yang tak kena tempat. Banyak perkara dalam budaya kita yang tidak masuk akal dan kadangkala meyusahkan diri sendiri.
Budaya yang berakar umbi ini menyebabkan ramai orang takut nak berkahwin, dengan alasan mereka tidak mampu walaupun secara fizikal dan mentalnya mereka sebenarnya mampu.
Sedikit pemerhatian dan penyelidikan yang saya lakukan:
01.Perkahwinan perlu dilakukan secara bersederhana.Motif kahwin kan nak menjamu saudara-mara dan rakan-rakan? Jadi, makanan sahaja lah yang perlu diambil kira.
Tak perlu nak membazir duit untuk perkara lain seperti pelamin.
Biasanya, pelamin yang biasa sahaja pun dah berharga RM 1500. Itu baru pelamin. Belum lagi hiasan ini dan hiasan itu.
02."Harga" seseorang wanita diukur dari tahap pendidikan beliau dan bukan diukur dari pengetahuan agama seperti yang di sarankan oleh Islam.
Apabila wang hantaran diletakkan terlalu tinggi, perkahwinan terpaksa dibatalkan atau ditangguhkan. Sedangkan akad nikah itu lebih penting dari wang hantaran.
03.Perkahwinan sepatutnya adalah perkara yang paling mudah dan cepat, tetapi kini ia telah menjadi beban.
Zaman kini, perkahwinan sangat rumit dan rata-ratanya takut untuk berkahwin.
Semasa saya di Sydney, saya lihat beberapa rakan muslim kita yang berkahwin hanya di masjid.
Kemudian ada kenduri kecil yang dijalankan di masjid.
Para jemputan terdiri dari jemmah masjid, kawan-kawan dan saudara terdekat.
Perkara yang perlu difokuskan adalah kehidupan selepas berkahwin, bukannya majlis perkahwinan.
Majlis itu hanyalah pintu ke gerbang perkahwinan.
Namun hakikatnya kini seolah-olah kita menghiasi pintu rumah kita cantik bagai nak rak, tetapi di dalam rumah, kosong, gelap dan tidak menarik?
...and the pressure is on men...


::: haaa apa pendapat anda sekalian??? persoalan ditanya untuk perkahwinan.. jangan dikaitkan dengan yang sikap masing-masing... Renung-renungkan dan selamat beramal...