Monday, May 30, 2011

Cara Kita Berbeza!

Assalamualaikum w.b.t dan selamat hari isnin

betapa liatnya hari ni hanya Allah saja yang tau.. tinggal hari ni dan esok saja untuk berkhidmat di company ni.. tapi rasa macam 2tahun... waa.. penat aih.. bertambah la keliatan tu.. dah tu adik-adik semua pakat cuti sekolah... waaaaa bangun pagi ni sensorang.... yang lain solat subuh tidoq balik.. tak aci betoi laa....


sakit jiwa woi... tensen tak berheni.. mood hilang nak buat keja.. keja belambak nih.. las-las day cam ni la nak mai bagi keja pun.. grrrr...

okeh berbalik pada tajuk hehe.. cara kau aku kita semua berbeza.. sebab apa beza sebab kita mak lain ayah lain hehe.. jadi kalau ayah dia menteri.. hidup dia mesti mewah.. selalu cakap omputih.. selalu holiday oz.. family mesti pandai-pandai.. adik beradik mesti belajar nz.. aiyak..

kalau fiqah.. errr hidup ala kadar sebab mak abah cari duit kais pagi makan pagi kais petang makan petang... hehe tak dak la sampai macam tu.. sebenarnya apa yang fiqah cuba kupaskan disini adalah.. didikan untuk setiap orang tu berbeza.. cara hidup dia berbeza.. cara hidup kita pulak berbeza.. jadi jangan perlekeh dia sesuka hati kita..

sebab ada orang kaya yang sangat la bersederhana orangnya.. ada pula orang kaya yang sangat mementingkan darjat keturunan kengkawan nya.. alhamdulillah belajar jauh ni walaupun 3jam ja perjalanan dari rumah.. hehe.. tapi banyak sangat la memberi pengajaran pada fiqah.. kesimpulan yang fiqah dapat dari ramai kengkawan ni adalah kita jangan perlekeh cara dia.. melainkan kita tau sikap dia dah berubah..

contoh fiqah bagi ek.. sorang hamba Allah ni dia tak rapat sangat dengan mak ayah dia.. adik-beradik dia pun sama la.. jenis tak rapat dengan mak ayah.. tapi mereka adik beradik ni rajin together-gether.. jadi bila time nak balik umah ni.. sejam lagi nak balik baru gitau mak dia. "mak oi nak balik umah ni satgi suruh ayah mai ambik".. mula-mula fiqah dengar ai.. minah ni.. dasatnya.. tapi bila-lama kawan dengan dia baru tau.. ooo camni rupanya cara hidup dia..

penah juga jumpa orang yang berubah sikap dengan mak ayah bila dah ada boipren..terus tinggal mak ayah.. kalau dulu.. kejap kejap kol.. dah ada boipren.. mak dia yang kol haa.. tanya "apasai la anak aku ni lama tak kol aku" sedih tak???

kan orang pompuan ni dia sensitip... jadi kalau makan tak ajak pun boleh merajuk.. hehe.. bagi fiqah yang penah dok umah sewa dengan 7 orang student.. perkara yang selalu membuat kami bertelagah adalah cara masak... mak dia buat pindang letak yang ni.. mak fiqah buat pindang letak yang tu.. mak yang sorang lagi plak.. letak yang ni dan yang tu.. haaaa.. ambik hang.. kenkadang tu komplen.. apa la dia ni masak macam tu..

oh no no no.. jangan kita kondem cara dia... sebab apa? sebab mak ayah dia bukan mak ayah kita... lain cara..

macam tu jugak didikan agama.. fiqah ada sorang kawan yang.. mak ayah dia sangat la mementingkan keagamaan ni tapi dalam masa yang sama sangat juga menggalakkan anak dia ni buat maksiat.. ek?? ya.. dan bila fiqah tegur.. gaduh sampai pindah rumah.. pastu fiqah tak ambik port dah.. tugas fiqah dah selesai.. fiqah dah tegur..

ingat ada cara yang patut kita komplen.. ada cara yang kita patut follow saja.. ada kakak yang tak boleh adik-adik dia cakap hang aku.. tapi fiqah dengan adik-adik sangat la selesa berhang aku.. see??




Friday, May 27, 2011

Pasal Keja Pun Kecoh Sekampung.. haha

Assalamualaikum w.b.t dan selamat pagi..

hari- hari terakhir di company ni makin banyak plak keja nya.. 2 dan 3 Jun ni ada Audit untuk 5S jadi pakat kalut la untuk menceriakan suasana opis mengikut apa yang ditetapkan oleh rules 5S  ni. tensen ada gak.. tapi bila pk "ni la jasa aku sebelum keluar... keh keh keh.. tak ikhlas sangat la"... hahaha

cuti 3 bulan sebelum mendaftar untuk semester terakhir bulan 9 nanti.. nak buat apa? ari tu janji dengan abang sepupu nak tolong jaga kiosk dia kat giant.. tapi tak jadi pulak.. nak start ramadhan katanya.. jadi ada dua bulan la free kan...

dok umah jadi bibik n dreba macam selalu la... semalam mak cakap "hang jangan dok umah... hang p cari keja.. hang dok umah habih duit aku bertapok kat hang".. kih kih kih.. aik punya tak mau bagi duit dia abih.. dia suruh kita keja.. haha..  nak keja apa?... nak p tanya supermarket la.. dah tanya.. toke tu cakap "wa mau malam saja.. pukoi 6 petang sampai 10 malam"....

balik bagitau mak.. "malam ja mak oi yang dia mau pun".. MALAM????? mak fiqah sangat anti anak dara dia keluar malam.. sebab tu la fiqah tak penah keja.. sebab nya tak leh keluar malam.. haha... lawak la mak ni.. dok umah kan senang.. boleh tolong dia banyak... hehe

adik nak tolong carik.. Giant ka Tesco ka Kfc ka McD ka... mak tak bagi la kalau malam... "loh hang p balik naik keta.. bukan moto bukan jalan kaki.. yang dia gaduh sungguh sangat tu.." hahaha.. adik pun penin pala dah.. nak buat macam mana la dengan mak ni.. jangan kata yang pompuan ni haa.. dia yang lelaki mintak berhijrah ke negeri lain pun tak lepas...

paham la dia sorang ja waris kuat kami.. mesti la mak tak bagi. paling sayang tu.. hehe.. abah on.. semua on.. tapi mak ni.. aishhhh..


mau bikin apa kengkawan? dua bulan ni.. any idea?


Wednesday, May 25, 2011

Tinggal Anak Dalam Kereta Bukan Perkara Remeh.

assalamualaikum w.b.t dan selamat pagi..

Semalam kecoh lagi kisah tinggal anak dalam kereta sehingga menyebabkan kematian si anak terchenta nya tu.. ingat ya para-para ibu dan bapa sekalian perkara ni bukan kali pertama jadi.. bukan juga kali pertama melibatkan kematian.. tapi masih ramai lagi mereka-mereka diluar sana tu yang tak alert dengan keadaan ni..

bila kereta dok tengah panas.. pastu semua tingkap ditutup.. memang mengalami ketidakcukupan oksigen.. cuba bayangkan.. tak pun mak mak n ayah ayah ni pi ambik anak balik sekolah time tengahari kul 12 - 1 camtu.. mesti la tunggu dalam kereta.. panas tak? bukak aircond jugak tingkap pun bukak jugak.. tu pun still rasa nafas tak cukup kan? rasa sesak kan.. dah tu tinggal anak dalam keta cam na lak?

penah jadi kes depan mata.. sorang akak ni shopping raya.. dia tinggal anak dia dalam kereta di car park.. budak tu dah meraung-raung dah.. orang yang ada kat situ nak tolong budak ni.. pecah kan cermin kereta.. sebab memang dah no choice... alih-alih orang ramai yang disalahkan akak ni.. katanya nak curi kereta dia..
juga satu lagi kes pengalaman sendiri oleh maklang fiqah.. kes yang sama.. tapi ni ayah dia.. jugak orang ramai disalahkan.. dah tu nak report polis lagi.. orang yang tolong kat situ geram dengan sikap dia.. belasah si ayah ni sampai lembik.. sesia ja..

jangan kita lupa anak kita dalam kereta.. jangan tinggal sebab dia tengah tidoq... bangunkan dia.. kalau nak shopping.. jangan bawak anak-anak kalau lama sangat, kasi orang jaga kan.. bawak boleh.. bawak anak sekali la..  

ingat la ibu bapa.. bukan benda ringan bukan benda remeh... kalau anak tak mati mungkin kena kidnap.. macam-macam boleh jadi... jangan pk kita susah. susah la bawak anak ni.. nak shopping pun susah.. tinggal la dalam keta.. tapi pk benda nak jadi... kita tak tau.. ajal tu memang Allah dah tetap kan.. tapi kalau tak ajal jadi yang lain macam mana???.. selagi kita boleh elak kita elak..

Tuesday, May 24, 2011

Tangan Tak "GHAP"

assalamualaikum w.b.t

tiap kali nak keluar umah mesti kena dengar mak bebel.. "mana kunci ni woi.. guna keta guna moto kunci letak merata-rata".. hahaha.. boleh hafal dengan baik ayat dia kan.. hehe

okeh ni memang tabiat fiqah... orang utagha cakap tangan tak "ghap".. maksud nya.. tak berdisiplin.. hehe... maklumlah umah kan.. masuk ja.. ada banyak meja.. ada banyak almari pendek-pendek tu.. kat mana fiqah stop kat situ la fiqah tak barang.. tak kira apa pun.. kadang tu sampai helmet dok atas meja makan.. hik hik hik.. teruk betul kan? conpem orang tak buat bini...

pastu bila orang lain nak guna lak.. jenuh la carik sekampung.. sambil dengar mak bebel sampai nanah telinga ni ha.. bukan tak nak berubah.. tapi memang tak boleh.. mula-mula tu ingat la.. letak kat tempat khas.. esok tu ka hmmm... hahaha..

tiap kali orang lain nak keluar rumah mesti bising,.... mana kunci rumah mana kunci moto.. dah tu ayat feberet mak "kakak tang mana hang berenti tang tu la hang lambak barang hang.." oppsss pecah rahsia.. haha..

tapi sekarang ni dah naik kereta jadi tak dak la helmet atas meja makan.. tak dak sweater kat kerusi.. hehe..
mak selalu doakan agar fiqah dapat suami yang cerewet bab kebersihan and disiplin.. haha.. baru padan muka fiqah.. dasyat la mak punya doa..

:::: kalau macam tu tentera la kan.. nak yang navy or airforce tu.. muka comel2 badan tough...

comel kan tough kan.. entah gambar sapa la google ni rembat.. haha

Monday, May 23, 2011

RumahKu SyurgaKu - Halang Cinta Buta?

assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca

pagi ni nak ulas siaran lansung Sehati Sejiwa yang fiqah tengok semalam di TV1.. sebelum si amiza adnan ni menyoal pasangan kiranto marcello ni dia ada jemput sorang dokter ni.. bincang perihal "Cinta Buta"

betul la pendapat diorang macam mana nak halang Cinta Buta ni adalah dengan menjadikan RumahKu SyurgaKu.. tapi macam mana nak jadikan RumahKu SyurgaKu ni.. fiqah ada ramai kawan tau yang tak suka balik umah.. yang dok umah baru sari dah boring.. kalau balik cuti pun 12 jam kat luar.. fiqah ingat lelaki ja camni.. rupanya perempuan pun ramai.. aiyakkk

fiqah bersyukur sangat..sebab dilahirkan dalam family yang sangat mementingkan ilmu akhirat.. fiqah adik beradik boleh dok umah tak kemana.. boleh nagadap mak abah 24jam tak kisah tak penah rasa jemu tak penah rasa boring.. apa yang fiqah rasa adalah nikmatnya dok umah... selama cuti semester mak abah tak penah izin keja.. dok umah kata nya.. jadi bibik jadi dreba.. on saja.. tapi bess... haha..

jadi fiqah pun selidik-selidik la kengkawan yang tak suka dok umah ni... kenapa ya...

1- anak bongsu ; malas la aku balik dok umah tak dak sapa abang kakak semua dah kawin tinggal aku sorang.. - tak kesian ke tinggal mak abah.. fiqah tak leh bayang la...

2- pengaruh member : ni antara sebab terbesar la.. memang sangat memerlukan peranan ibu bapa.. perlu sangat untuk pantau kehidupan anak-anak jauh mana pun kena la ambik tau.. jangan biar ja.. jangan ingat kita dah besar kan dia.. tau la dia jaga diri.. ohh tidak jangan sekali-kali.. sebab apa.. hati manusia sangat senang terkalih tau..

3- kurang pengetahuan agama: reasons yang ni tak usah cakap la.. memang ni sebab utama pun cinta buta ni terjadi..

jadi camna nak buat? boleh dikatakan semuanya bermula dari ibu bapa.... andai cantik corak kain putih tu maka elok la pandangan Allah juga manusia.. jika tidak maka sebaliknya lah berlaku.. tapi bukan senang nak jadi a good parents.. anak-anak tok imam pun jadi artis dedah sana dedah sini.. cuma buat mereka ni Alhamdulillah kebanyakkan nya kembali ke jalan yang benar.. ada juga tak..

bila dah besar.. boleh pk yang mana relevan atau tak.. tapi banyak yang pilih untuk hidup selamanya atas dunia.. tak pk bila akan mati.. "alah tua nanti aku taubat la".. kalau la semua mati tua.. tak dak hal punya.. bila dah besar camni.. rasanya moh la kita letak otak kita diposisi yang betul dan gunakan nya dengan baik sekali.. bukan letak ditempat lain dan gunakan pun dengan cara tak baik..

cuba belajar malu.. malu pada Allah malu pada kaum kerabat kita.. malu pada orang lain.. tak la kita buat pelek-pelek macam bunuh diri.. ikut lelaki lari ke lombok.. tinggal mak abah yang bela kita dari kecik besaq tapak tangan.. pastu tinggal depa macam tu ja.. fikir la habis-habis.. kenapa nak lingkupkan hidup yang Allah beri ni untuk kita betul-betul menghargai nikmatnya..

kalau kat dunia kita dah buat onar.. cuba pk camna akhirat nanti Allah nak tolong.. kalau la neraka tu boleh masuk tv.. mesti semua orang dah baik-baik kan.. tapi masuk al-Quran.. semua nya diceritakan secara detail.. hanya kita nak terima atau tak.. camna nak terima? guna akal yang diberikan ya...

:::: sedih sangat dengan kes tanah runtuh di rumah anak-anak yatim.. bila dah jadi begitu baru semua kalut.. dah tu ada jugak yang sempat lagi menindas... dunia sekarang.. hmm.. mati mengejut untuk yang baik-baik adalah rahmat..






Saturday, May 21, 2011

Pondan+Bapok+Darai = Donut

assalamulaikum w.b.t dan selamat ber 'weekend' buat semua.. hehe

Minggu lepas fiqah join satu kuliah agama by Ustaz Sahol membincangkan Peribadi Rasulullah..
mengenai bentuk badan Rasulullah mengenai pakaian yang Rasulullah pakai.. fiqah salah fakta rupanya warna yang Rasulullah tak suka adalah oren bukan kuning.. hehe

okeh berbalik pada tajuk entry.. tengah ustaz Sahol ni dok explain pasal Rasulullah tetiba dia terpesong cerita pasal mereka-meraka yang menjadi makhluk lain ni mereka yang bergelar pondan or bapok or darai ni.. haha... baru fiqah tau ada satu lagi nama untuk mereka-mereka ni.. iaitu DONUT..

fiqah tak abih kaji lagi kenapa DONUT.. bukan cok keria... juga bukan apom.. semua lembut juga.. cok keria lain kot sebab dia keras luar kan dah tersalut dengan gula sira.. keras la... apom pun lembut seri ayu pun lembut kuih koci lagi lembut haaa.. bergetah lagi oppsss berminyak.. hehehe

ada sapa-sapa yang tau dak nak kongsi? ngeh ngeh ngeh

i lawa yu.. hehe

Wednesday, May 18, 2011

nak Orang Jauh...

salam alaik... petang ya semua hehe..

sibuk ja depa ni nak kenen kan fiqah... cheq tak mau la... tak mau.. cheq nak belajaq bagi abih dulu... lambat lagi nu nak grad... kalau ya pun bagi la ada keja tetap.. keta besaq sebijik.. pastu kenen la.. dah selesa yu...

penat bercinta time belajaq ni.. tak dan nak ligan masa.. mana nak belajaq mana nak dengan dia.. nu dengan Allah lagi banyak masa kena.. mak abah lagi.. cukup la sekali.. serik wa cakap lu..

orang sekeliling fiqah ni.. kalut bebeno aih nak kenen kan fiqah.. dengan orang tu la dengan orang ni la.. fiqah cakap "udah saya enggak mau lagik berpacaran... itu semua dosa.. sy enggak mau ulang lagik".. depa jawab apa.. "kawin la terus yang kami nak kenen ni bukan student lagi dah keja dah gaji pun riban-riban.." waaa tak mo... tak mo..

nak belajaq bagi abih dulu ni... banyak lagi silibus tak cover.. cam na nak kawin? baju pun mak tolong basuh tolong lipat kan.. kawin nanti macam mana? aiyak..

dah tu... kalau ya pun.. carik la orang jauh-jauh.. kalau boleh nak orang belah selatan... baru adventure... semua tak sama.. semua berbeza... ni nak gak orang utagha.. cheq tak ke mana la... haih..


::: kalau Allah dah tetap dengan orang sekampung??? erk... terima seadanya... hehe

Yahoo Tak Sopan?

assalamulaikum w.b.t dan selamat pagi semua..

selalu guna yahoo tak? fiqah memang peminat terbaik pakcik GOOGLE.. cuma adik-adik fiqah semua kaki main game.. kan banyak game yang Yahoo provide.. kenapa yang dikatakan tak sopan?

sebabnya bila adik fiqah on ja mana-mana game yang dia nak main automatik dia akan terdownload video L***H... arghhh geram rasa.. mula-mula tu fiqah ingat adik-adik punya keja.. lunyai gak fiqah belasah budak-budak ni.. semua tak ngaku.. 

dah memang depa tak buat... memang la tak mengaku... lepas tu fiqah buat experiment la apa lagi.. ya rupa-rupanya bila adik fiqah klik play game akan automatik video tu terdownload.. haaaa.. apa ni... ya Allah memang menguji keimanan betul..

bukan saja video malah gambar-gambar jugak ada  keluar.. semua masuk download folder.. ish geram betul.. kenapa la buat macam ni si Yahoo ni.. sangat tak berperikemanusiaan.. sejak tu dah tak kasi dah adik-adik main game yang yahoo punya.. nak game... fiqah carikan.. tak main game internet dah la.. haish..


:::: antara kejahatan-kejahatan yang menjerat anak mda sekarang... membawa ka alam maksiat yang sangat la terhina... 

Monday, May 16, 2011

Nak Hentam lagi nih.. Geram eee Geram....

salam alaik.. semalam..

Momma Jelita telah mengkaji sesuatu "Lelaki Tak Suka Perempuan Yang Berani?"

yang geram tersangat nya.. wah banyak sungguh list nya.. nak tau list nya apa? meh sini cheq nak habaq kat semua..


1.       perempuan lebih tinggi darinya
2.        perempuan yang lebih kaya
3.       Perempuan yang berpangkat atau berkedudukan lebih darinya
4.       Perempuan bayar bila dating
5.       Yang lebih pandai dan genius darinya
6.       Yang terlampau banyak bercakap ~ bakal peleter terhebat di alam rumahtangga
7.       Asyik nak kena puji ~ perasan diri cantik
8.       Suka dipujuk ~ lelaki rimas
9.       Sikit – sikit merajuk~ menyampah
10.   Terlalu berdikari ~ ego lelaki tercabar
11.   Terlalu berani ~ tak ada can la lelaki nak melindungi atau menjaganya…dah tak takut apa!
12.   Terlalu menitikberatkan penampilan ~ setiap 10 minit tengok cermin..he he he
13.   Make up yang terlalu over dose
14.   Boros
15.   Suka gossip
16.   Suka menunjuk – nunjuk
17.   Terlalu cemburu
18.   Terlalu manja
19.   Ketawa kuat – kuat
20.   Kaki  tak boleh diam bila duduk, suka goyang – goyang atau enjut – enjut ~ macam jantan je


wah wah wah.. banyak songeh sungguh noo orang lelaki ni..  ni plak komen fiqah :
"errr hehehe.. kebanyakkan nya tak berani nak dekat dengan sy… sebab sy garang dan sangat lasak… sy suka sukan extream.. hehe
pastu yang ada dalam diri sy… 3, 4, 5, 10, 14, dan 17..
dulu masa berkawan dengan si dia ni.. selalu dia rendah diri sebab 3 4 5.. dan selalu gaduh sebab 10 14 17… sy bnyk berubah demi dia..
tapi yang atas tu.. nak buat cmna? fail semua paper.. biar dismiss.. tak pun result ala kadar ja… susah payah mak abah hantar belajar tinggi takkan nak cukup2 makan ja…
10 14 17… ok sy memang boros.. duit saya.. bukan duit dia.. dah tu sekali sekala bayaq makan.. tu pun nak ego ke? bersyukur la.. sebab sekali sekala save duit poket.. err cemburu no komen.. hehe
orang lelaki ni bnyk tak bersyukur la.. mereka yang jenis2 cmni pun bukan nya perfect semua… ada jugak kekurangan… demand sangat aih…"

penah fiqah baca dekat satu blog nih (dirahsiakan)

"kaum perempuan kalau ada lelaki yang nak ngorat hampa ni.. bila dia tanya keja apa? gaji berapa?.. hampa jawab yang cokia-cokia saja.. kalau hampa jawab hampa ni meneje hampa ni gaji riban-riban.. konpem kami blah awai dah.."

cuba bayangkan kalau kami buat betul-betul.. bagi hampa kaum lelaki tangkap cintan kaw-kaw pastu bagi tau 'abanggg.. sayang nak buat pengakuan nih.. sayang ni meneje.. gaji sebulan 5k'.. haaa ambik kau.. semua dah konpem nak masuk minang ja.. sayang sangat dah.. nak jugak-jugak.. haaa nak buat cam mana? cerita mai bai..

nampak sangat kan lelaki zaman sekarang ni lebih memilih.. sangat tak bersyukur.. Momma Jelita ada list kan pulak meh skodeng "Mr. Jelitawan Dengar Sini



::: kami ni orang perempuan bila dah sayang.. kami sayang tanpa syarat... buruk macam mana pun kami terima.. sampai sanggup dibunuh sampai sanggup tinggal mak bapak punya sayang kat lelaki ni.. tapi jom kita kaji ramai-ramai.. sapa lagi cerewet? lelaki ka perempuan yang selalu buat entry kondem orang perempuan... lelaki ka perempuan yang selalu list di entry nya.. ''inilah yang aku nak ada pada bakal isteri aku"... 

sekali lagi ditegaskan.. fiqah bukan anti lelaki.. cuma tak puas hati... uhh..

mylifemira.blogspot.com - malware detected

assalamualaikum...

pesanan penaja.. hehe

mylifemira tengkiu follow fiqah ya.. tapi fiqah tak berjaya nak ke blog anda sebab nya yang ini :


errr err err.... 

Sunday, May 15, 2011

Orang Islam sekarang makin lemah Sikap Amanah

Assalamualaikum... w.b.t

alhamdulillah... blogger dah kembali pulih walaupun ada jugak yang tak ok nya... semua yang fiqah followed hilang.. dia boleh plak cakap cenggini "You are currently not follow any blog".. chesss.. tak pa tak pa.. janji boleh sumbat entry.. hehe

nak crita pasal sikap tak amanah umat Islam sekarang.. semakin merudum... tahap er er er.. gaban ok kot.. hehe... minggu lepas.. kad petronas abah fiqah punya kena tukaq dengan kad orang lain.. hampeh betul la... fiqah penah dapat gift dari petronas dengan kad tu tau.. dapat blender buat kek (ala yang uli bahan kek tu-fiqah tak tau orang panggil apa).. dapat tupperware yang ada banyak tempat tu (boleh isi bahan laksa or mee kuah ka).. and dapat beg shopping petronas...

dah lama dah.. tiga tahun ada kot.. pastu kad yang abah guna tu dah banyak point la.. kan dah lama. sekali.. minggu lepas.. abah isi minyak.. abah kasi kad tu.. si hamba Allah ni.. dia tukar kad petronas yang abah punya dengan kad orang lain.. abah pun tak perasan.. 2 3 hari nak top up minyak baru perasan.. aiseh.. nak p bom pun tak sesuai la.. sebab tak da bukti kukuh..

kes ni dah banyak kali sangat jadi.. kawan-kawan abah.. ramai kena.. tukar kad orang yang banyak point dengan kad yang ada dekat situ.. motif mereka??? mesti la bes dapat kad banyak point.. dua tiga kali guna boleh dapat gift lagi..

bila jadi camni fiqah terfikir.. mana hilang nya sifat amanah umat Islam sekarang ek.. kalau kita buat macam tu sama saja la kita makan hak milik orang kan.. sama kategori dengan mencuri juga memakan yang tak halal la...  mereka-mereka ni tak pk ka ek? pelek benor la...

bermaksud tak amanah la.. tak menjaga hak milik orang dengan baik... amanah ni bukan saja yang besar-besar.. tapi yang kecik-kecik juga amanah.. bukan main-main.. tapi bila tengok akhlak umat Islam zaman sekarang.. hmmm patut la..

sifat amanah sifat yang terpuji (KOREK SINI)


Antara sifat terpuji ialah amanah, satu unsur kesempurnaan peribadi dan sifat golongan beriman. Tanpanya akan berlakulah penindasan, kezaliman dan segala bentuk penganiayaan.

Dalam al-Quran ada menyatakan sifat ini. Allah berfirman, maksudnya: "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala amanah kepada ahlinya..." (an-Nisa': 58)

Nabi s.a.w sering mengingatkan umatnya mengenai keutamaan sifat ini melalui hadis diriwayatkan Imam Ahmad, al-Bazzar dan Tabrani, maksudnya: "Tiada iman bagi orang yang tiada amanah dan tiada agama bagi orang yang tidak (dipercayai) janjinya."

Amanah ialah setiap yang wajib dipelihara dan wajib ditunaikan kepada ahlinya yang berhak. Pengertian ini tidak terbatas terhadap sesuatu bidang saja, bahkan merangkumi semua hubungan.

Mematuhi iman dan menghayatinya dengan segala yang diperlukan supaya semakin subur dan tetap subur adalah amanah.

Begitu juga ikhlas dalam segala bentuk ibadat kerana Allah adalah amanah, melakukan ihsan kepada orang adalah amanah dan memberikan hak kepada mereka yang berhak adalah amanah.

Dalam keluarga, ibu atau bapa perlu menunaikan amanah dengan sebaik mungkin manakala dalam pentadbiran sesebuah organisasi, ketua mesti menyempurnakan amanah.

Skop pemerintahan sesebuah negara lebih-lebih lagi perlu kepada pemeliharaan sifat amanah. Bagi memastikan amanah itu terpelihara, penyerahan mandat perlulah kepada yang amanah, mempunyai kekuatan, yang ahli dan ikhlas.

Jika diutamakan orang yang sebaliknya manakala yang sebenarnya berhak dikemudiankan, menurut sesetengah ulama itu suatu petanda untuk diperangi Allah.

Daripada Yazid bin Sufyan, katanya: "Saidina Abu Bakar r.a berkata padaku ketika aku diutuskan menjadi penyusun pemerintah di Syam (Syria): Wahai Yazid! Engkau ada hubungan kekeluargaan yang mungkin akan terpengaruh dengan pemerintahan. Itulah yang aku bimbangkan mengenai dirimu selepas Rasulullah s.a.w bersabda; sesiapa yang dilantik untuk menjalankan suatu urusan umat Islam, lalu ia melantik seseorang kerana pilih kasih maka laknat Allah ke atasnya. Tidak diterima amalan fardu dan sunatnya sehingga dimasukkan ke neraka." (Riwayat al-Hakim)

Harta dan kekayaan negara adalah amanah yang diamanahkan di tangan pemerintah. Menjadi kewajipan ke atasnya meletakkan harta itu pada tempatnya, membelanjakannya pada jalan yang memberikan manfaat kepada rakyat dalam perkara yang memberikan kemakmuran dan kesejahteraan.

Seperti dikatakan, pengertian amanah cukup luas. Menyimpan rahsia juga termasuk dalam daerah amanah, misalnya rahsia untuk memelihara hak sahabat.

Jika perkara ini dianggap tidak penting, lalu membuka rahsia orang lain yang boleh memberikan mudarat kepadanya, sudah tentu perbuatan itu sangat tercela dan haram.

Ulama menegaskan, amanah menuntut kita merahsiakan sesuatu sekalipun terpaksa berbohong kerana berkata benar itu bukannya wajib secara mutlak pada setiap keadaan dan tempat.

Rasulullah bersabda: "Semua majlis itu adalah amanah melainkan tiga majlis saja; majlis kerana merancang pembunuhan yang ditegah, majlis seks yang dilarang dan majlis yang merancang untuk mengambil harta tanpa hak."

Antara rahsia yang paling utama dan sangat perlu dirahsiakan ialah hubungan antara suami isteri. Islam meminta umatnya menyembunyikan segala rahsia suami isteri dan jangan sampai ia diketahui orang luar.

Sabda Nabi s.a.w bermaksud: "Sejahat-jahat manusia di sisi Allah dari segi kedudukannya pada hari kiamat ialah orang yang melakukan hubungan suami isteri kemudian menyebarkan rahsia isteri atau suaminya."

Amanah juga ada dalam tutur bicara. Contohnya ketika memberikan nasihat kepada seseorang, perlulah dengan ikhlas menyatakan sesuatu yang baik dan memberikan manfaat kepada pihak terbabit.

Jika seseorang itu memberikan nasihat yang buruk, memperkatakan sesuatu yang tidak wajar dan boleh merugikan pihak terbabit, sudah tentu berlaku khianat dalam nasihat terbabit.

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Tanda orang munafik ialah tiga manakala bercakap dusta, manakala berjanji mungkir dan apabila diamanahkan khianat." (Riwayat al-Bukhari)

Jelas, amanah merangkumi banyak aspek kehidupan, bermula pada sudut keperibadian diri sendiri hingga urusan yang membabitkan kepemimpinan dan kenegaraan. Oleh itu, sudah tentu ia suatu sifat yang cukup berat untuk diamalkan.

Daripada Saidina Ali r.a katanya yang bermaksud: "Kami duduk bersama Rasulullah s.a.w lalu muncul seorang dari keluarga al-Aliyah dan bertanya kepada Rasulullah:

Wahai Rasulullah...beritahulah padaku, apakah suatu yang paling berat dalam agama dan apakah yang paling ringan?

Lalu jawab Rasulullah s.a.w: "Yang paling ringan dan mudah ialah mengucapkan dua kalimah syahadah dan yang paling berat wahai saudari al-Aliyah ialah amanah. Sesungguhnya tidak ada agama bagi orang yang tiada amanah, tiada solat baginya dan tiada zakat." (Riwayat al-Bazzar)





::: ada juga amanah yang tak patut kita simpan.. bila sesetengah perkara tu boleh jadi fitnah pada orang lain...  

Thursday, May 12, 2011

Menjiwai Watak Yang Direka..

assalamualaikum... w.b.t

tadi Momma Jelita minta fiqah explain kan pada hamba Allah yang tak paham dengan komen fiqah hehe.. macam lawak pulak ada orang tanya sampai macam tu.. haha.. ya la bukan senang nak menjiwai watak alam minda oang lain.. hehe

tapi kalau kita minat bermakna kita paham la apa yang dia rasa.. bukan sekadar penulis tu saja yang paham... sebenarnya membaca lebih menarik dari menonton drama.. kenapa? sebab bila baca input tu terus ke minda untuk diproses.. sebab kita nak bayang... sebab kita tak tengok.. jadi kena bayang la kan.. hehe kalau tengok tb.. kita tak gaduh pk.. semua terbentang depan mata.. just hayati ja cerita tu macam mana..

sebab tu la bila membaca kita lebih senang nak paham dan lebih senang nak menjiwai sesuatu watak.. sebab perasaan dia diceritakan jadi bila baca perasaan dia macam kita yang rasa la.. tak susah pun kan.. cuba letak kita sebagai watak dalam cerita tu.. senang la.. paham kan jalan ceritanya.. hayati betul-betul..

bukan baca hanya untuk keseronokan jiwa saja.. hehe... kumpul novel banyak-banyak.. "hobi saya suka baca novel".. pastu kumpul banyak-banyak.. setiap bulan beli buat koleksi.. pastu komen.. la novel ni tak syok la.. ah cerita macam budak-budak.. pastu tak baca abih.. tinggal..

bagi fiqah.. memang pembaziran la sesangat camtu.. beli banyak-banyak buat koleksi.. pastu bila mai cerita yang tak bes tinggal camtu ja.. baca novel macam baca buku nak jawab periksa la.. kena paham kena hayati kena interpret keluar balik.. baru la membaca jiwa bangsa.. ni takat baca pastu tinggal terus.. terus tak ingat.. haiyaaa manyak lugi ooo.. jadikan apa yang kita baca dalam novel-novel tu sebagai pengajaran buat kita.. bukan hobi dan keseronokan semata-mata..

macam mana boleh???


:::: baru mula menghayati al-quran.. khatam dah banyak kali.. tapi tafsir al-quran belum lagi di khatam..


Wednesday, May 11, 2011

Istiqamah dalam Perubahan

assalamualaikum w.b.t


susah ka nak berubah?
::: ya memang susah

macam mana nak berubah?
:::drastik terus
::: pelahan-lahan

rasanya semua tau kot kisah seorang blogger yang membuat entry berani mati pasal tudung... sungguh tersentap hati ni... waaa.. fiqah berazam untuk berubah menjadi seorang yang lebih baik dan muslimah yang dirahmati dan diberkati hidupnya..

berusaha merubah kehidupan dengan ibadah yang lebih sempurna.. tapi fiqah juga manusia biasa... kadang-kadang terlalai.... kadang-kadang pakai juga tudung pendek.. belum berjaya untuk berhijab...

abih tu macam mana nak berjaya dalam istiqamah..: [KOREK SINI]


*   Bukti istiqamah itu telah dirakam oleh Allah SWT dalam ayat 162 surah al-An’am yang bermaksud : Katakanlah (wahai Muhammad) “Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidup dan matiku hanya untuk Allah, Tuhan sekelian alam”.
*   Istiqamah juga diungkapkan sebagai mencapai atau merealisasi perutusan kejadian manusia, perkara ini telah disebut oleh Allah dalam surah az-Zariyat ayat 56 yang bermaksud : “Tidak Aku (Allah) menciptakan jin dan manusia, melainkan untuk menyembah (beribadat) kepada-Ku”.
*   Selain itu, istiqamah juga diertikan sebagai menerima segala hukum-hakam Allah dalam al-Quran dan apa yang dijelaskan oleh baginda Rasulullah s.a.w dengan pasrah dan bersungguh-sungguh, hakikat ini diperjelaskan oleh Allah menerusi ayat 36 surah al-Ahzab yang bermaksud : “Dan tidaklah patut bagi lelaki yang beriman dan tidak pula bagi wanita yang beriman, apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka”.
Justeru, kita perlu bertanya pada diri sendiri, apakah kita termasuk dalam golongan orang-orang yang beristiqamah dengan amalan Islam, atau hanya berpura-pura atau menerima Islam separuh-separuh ataupun menerima Islam apabila sesuai dengan naluri, dengan kata lain, Islam tunduk pada kehendak kita, bukannya kita yang patut tunduk dan akur kepada segala ajaran Islam.
Penjelasan tanda beistiqamah dengan Islam
hir, seorang muslim itu melaksanakan segala perintah Allah yang wajib ditunaikan seperti pelaksanaan ibadat solat, puasa, haji, zakat, memakai hijab (tudung kepala) bagi muslimat, berakhlak mulia dan lain-lain.
Sementara dalam perkara batin pula, seorang muslim itu wajib beristiqamah dengan aspek ketuhanan dalam mentauhid (mengesakan) Allah, bertakwa kepada-Nya, takut kepada ancaman dan hukuman-Nya, mengharapkan keampunan dan rahmat hanya daripada-Nya dan banyak lagi.
Justeru menurut para ulama’, jika seseorang itu menzahirkan kepada manusia kebaikannya seperti banyak solat sunat, puasa sunat, suka menderma, suka tolong orang lain, berulang alik ke masjid, sedangkan dia tidak begitu, suka mengumpat, memfitnah orang, menuduh orang tanpa bukti kukuh, pakai tudung kepala pada masa tertentu, maka dia dikatakan tidak beristiqamah dengan Islam, atau paling tidak dikatakan istiqamahnya masih berkurangan. Kerana istiqamah itu tidak dapat dibuktikan pada amalan sehari dua, malah ia perlu berterusan tanpa niat untuk menunjuk-nunjuk pada orang lain, ia dilakukan atas dasar ikhlas kerana Allah SWT.
Jalan terbaik untuk mengekalkan istiqamah dengan Islam, ialah bersahabat dengan orang-orang yang baik-baik, apatah lagi mereka yang dapat mengingatkan diri kita kepada Allah SWT, menyuruh yang makruf, mampu pula mencegah kemungkaran, berdakwah dengan penuh hikmah, berakhlak mulia, tidak wujud sebarang kepentingan dunia, apa yang diharap hanyalah keredaan Allah, ia menepati seruan Allah menerusi ayat 28 surah al-Kahfi yang bermaksud : “
Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru kepada Allah, di waktu pagi dan malam dengan mengharapkan keridaan-Nya, janganlah kamu berpaling dari mereka kerana mengharapkan perhiasan (habuan) kehidupan dunia ini, janganlah kamu mengikuti orang-orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami serta mengikut hawa nafsu, sesungguhnya urusan hidup mereka telah melampaui batas”.


:::: jom sama-sama kita beramal ya..




Tuesday, May 10, 2011

Polis Dengan Kita

Assalamualaikum dan selamat pagi... nak share dengan pembaca semua... POLIS MALAYSIA.. MESIA BOLEH weh... hehe


walaaaweeehhhhhh...




Berhati-hati di jalan raya.. huhu



Sepakat membawa berkat





Hormat - menghormati Amalan murni




Jiwa Polis




Rempitku  Rempitmu jua




Untuk Kenderaan OKU saja..




Lampu Brek Keselamatan




Penggunaan Telefon bimbit dijalan raya.. Anda mampu mengubahnya




tidak dibenarkan meletakkan kenderaan disini




penat dengan karenah orang awam yang tidak mahu mengikut undang-undang... hmm
berehat sebentar bersama kitkat




pandu cermat jiwa selamat




bayar saman anda dengan diskaun 90% ngeh ngeh ngeh




singgah sebentar menjamu selera





sapa lagi kalau bukan kawan-kawan yang tolong kita..




opsss jatuh sudah...




::::: ramai tak suka polis kan.. hahaha.. mereka juga manusia seperti kita...

sumber : email staff.. 
















































Monday, May 9, 2011

Cinta Sonsang

salam alaik...

rupanya makin kecoh sekarang perihal si pecinta sonsang nih.. sebab dah makin menjadi-jadi golongan ni ya.. berani-berani mereka semua ni ber ber ber ber depan orang ramai..

fiqah copy artikel ni dari mran3238.. menarik pulak bila baca.. fiqah kongsi di sini...


ADA lelaki yang berkahwin dengan wanita atas pilihan keluarga namun mereka tidak menyulam perasaan cinta terhadap isteri. Ini disebabkan mereka lebih ‘berselera’ dengan kaum sejenis.
Malah, lebih teruk, ada lelaki bernafsu songsang ini yang beristeri dan mempunyai anak.
Melihat laporan akhbar mengenai gejala homoseksual (liwat), ia sememangnya amat membimbangkan. Golongan gay ini semakin berani dan tidak segan melakukan ‘mukadimah’ seks terlarang termasuk bercumbu di kawasan terbuka.
Malah, mereka mempunyai kelab gay yang menghimpunkan golongan yang dahagakan seks songsang untuk bertemu dan melempiaskan keinginan itu.
Homoseksual lebih kepada orientasi seksual yang berkait rapat dengan emosi yang mereka ‘cipta’ sendiri bagi menterjemahkan kebebasan serta kenikmatan yang tersasar dari agama.
Memang Allah s.w.t menjadikan makhluk berpasangan, tetapi antara lelaki dan wanita. Allah tidak membenarkan hubungan terlarang sesama jenis.
Sejarah mencatatkan perbuatan homoseksual ada berlaku. Dalam al-Quran ada menceritakan kisah umat Nabi Luth a.s yang melakukan hubungan songsang.
Manakala kaum perempuan juga mengamalkan perkara sama dan hanya berminat terhadap wanita atau lesbian.
Lebih menyedihkan, isteri Baginda sendiri tidak mengendahkan peringatannya lalu Allah menurunkan hujan batu dan batu dari tanah liat yang panas berapi serta gempa bumi dengan kekuatan bunyi yang menggegar pada waktu matahari terbit.
Melihat azab yang Allah turunkan kepada umat Nabi Luth, apakah manusia akhir zaman tidak gerun untuk melakukan perbuatan terkutuk itu? Allah berfirman yang bermaksud: “Kepada orang-orang lelaki, tidak kepada perempuan-perempuan. Memang kamu semua kaum yang melampaui batas.” (Surah al-Aaraf ayat 81) “Dan kami turunkan hujan (hujan batu) kepada mereka. maka perhatikanlah akibatnya orang-orang melampaui batas.” (Surah al-Aaraf ayat 84) “Lalu suara guruh (bunyi bumi yang gempa) menimpa mereka ketika matahari terbit.” (Surah al-Hijr ayat 73). Selain daripada azab yang menimpa kaum Nabi Luth, mirip kepada kejadian sama turut menimpa Kota Pompeii (kini satu kawasan di Itali). Kota Pompeii adalah sebuah kota terkemuka dalam Empayar Rom pada satu ketika dahulu.
Lebih 1900 tahun lalu, Pompeii adalah sebuah kota purba yang maju sehingga satu kejadian dahsyat melanda menyebabkan keseluruhan bangunan serta penduduknya tertanam lebih 18 meter di dalam lava gunung berapi berkenaan. Masyarakat Pompeii dikatakan tidak menyedari langsung letusan kuat itu berlaku yang dapat dinilai daripada raut wajah artifak yang menggambarkan mereka dalam suasana terkejut, ketakutan yang amat sangat. Kemusnahan Kota Pompeii dari muka bumi ini sudah tentu bukan terjadi dengan sengaja. Masyarakat Pompeii di katakan mengamalkan kepercayaan Mithra yang mana meyakini bahawa persetubuhan tidak sepatutnya dilakukan secara berselindung, tetapi terbuka. Nauzubillah! Sehingga pada 1594, ketika kerja menggali terowong di kaki gunung berapi Vesuvius dijalankan mereka dikejutkan dengan penemuan artifak berupa tembikar dan puluhan tubuh manusia yang sudah membatu dalam keadaan sungguh menggerunkan. Tinggalan artifak misteri berkenaan akhirnya terjawab apabila masyarakat Pompeii dipercayai menjadikan kota itu sebagai pusat utama aktiviti pelacuran dan seks bebas. Malah, alat kelamin lelaki juga digantung di pintu utama pusat pelacuran terbabit. Sungguh mengejutkan apabila mendapati banyak sekali artifak manusia yang terawet berada dalam posisi sedang melakukan persetubuhan termasuk liwat. Demikian sebahagian peringatan yang mahu manusia kembali kepada kepada fitrah asal dan tidak terus hanyut menyimpang. Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “Sebab itu, setelah datang keputusan Kami lalu Kami jadikan yang di atasnya jatuh ke bawah dan kami turunkan ke atas mereka hujan batu dari tanah yang terbakar dengan berturut-turut.” (Surah Hud ayat 82).
Peringatan Allah itu mengingatkan seluruh manusia agar mengambil pengajaran dalam setiap yang berlaku dan kembali bertaubat agar tidak mengulangi kesilapan lalu. Malang sekali manusia tidak pernah mengambil iktibar daripadanya. Yang pasti, jika terdapat hanya segelintir golongan yang melakukan kemaksiatan maka bala akan menimpa ke atas semua tanpa mengira mereka melakukan dosa atau sebaliknya. Bagi pengamal seks songsang sebegini memang tiada penawar bagi mereka jika dijangkiti penyakit kelamin seperti kemaluan, dubur bernanah dan Aids yang akhirnya akan memusnahkan seluruh kehidupan mereka kelak. Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (Ilim), Zamihan Mat Zain, berkata gejala homoseksual adalah virus yang memerlukan golongan berkenaan menjalani pakej kaunseling lengkap. “Golongan gay yang berhasrat untuk berubah hendaklah meninggalkan terus perbuatan terkutuk itu dan bertaubat kepada Allah s.w.t.
“Mereka perlu mendapatkan khidmat nasihat pakar seperti psikologi dan kesihatan dalam usaha kepada pemulihan diri yang lebih sempurna. “Namun, perkara ini berbalik semula kepada kekuatan diri sendiri menangkis perasaan serta tindak tanduk yang boleh membawa kepada perilaku yang keji dan kotor ini,” katanya.
Zamihan berkata, virus gejala gay itu amat buruk kesannya sehingga menyebabkan pengamalnya berasa ketagih dan semakin jauh dari keredaan Allah.
“Jika mereka tidak melawan perasaan itu akibatnya kita bukan saja mendapat kemurkaan Allah s.w.t, malah di kutuk oleh seluruh makhluk serta kehidupan di dunia ini.
“Terbukti segala bencana yang diturunkan ke atas manusia sebelum ini adalah berpunca daripada kepincangan yang dilakukan manusia sendiri. Mereka secara terangan melanggar peraturan dan hak yang dihadkan dalam sesuatu perkara,” katanya. Beliau berkata malapetaka akan menimpa ke atas manusia pada bila-bila masa jika manusia masih enggan meninggalkan perkara serta perbuatan mungkar. “Amat malang jika seseorang yang mengamalkan aktiviti songsang ini sudah mempunyai isteri dan anak kerana dosa yang tertanggung adalah berlipat kali ganda.
“Mereka layak adalah penjenayah besar dalam Islam kerana tidak menunaikan tanggungjawab sebenar terhadap keluarga,” katanya. Justeru, pintu taubat masih terbuka seluas-luasnya buat manusia selagi mereka tidak mensyirikkan Allah.
Namun taubat mesti dilakukan dengan sebenar-benarnya dengan harapan tidak mengulangi perbuatan silam. Ini berdasarkan firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Dan mereka tidak menyembah sesuatu yang lain selain Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan kecuali di atas jalan yang hak dan tidak pula berzina; barang siapa melakukan perkara yang ditegah akan mendapat balasan dosanya. Akan digandakan baginya azab seksa di hari kiamat dan kekal di dalam azab dengan penuh kehinaan. Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik maka Allah menggantikan kejahatan mereka dengan kebaikan. Allah itu Tuhan pengampun lagi mengasihani.” (Surah al-Furqan ayat 68 hingga 70). 

:::: menakutkan zaman sekarang.. kita tak tau bila Allah nak turunkan bala.. lagi kita rasa selesa dengan hidup lagi tu la kita tak rasa takut...

Gelabah tahap Gaban... Doakan Saya Ya..

assalamualaikum... w.b.t

alhamdulillah berjaya jumpa senin balik.. hehe.. fiqah tengah gelabah kora ni... satgi lecturer nak mai buat pantauan untuk praktikal student... lagi setengah jam saja... aiyak..

tak tau nak cakap apa... tak tau nak kelentong apa.. hehe apa-apa pun tolong doakan semuanya berjalan lancar ya...

errr tak boleh taip panjang-panjang dah.. tangan tetiba jadi parkinson..   ter ter ter... waaaa

Friday, May 6, 2011

Perempuan: Beringat Sebelum Terjebak

assalamualaikum w.b.t buat semua..

gerun bila dengar berita seminggu dua nih.. perempuan kena bunuh sebab tolak lamaran, sebab mintak putus.. waaa ngeri... kenapa sampai macam tu sekali.. macam seronok plak tengok lelaki-lelaki durjana ni membunuh.. hobi ya?

ingat lagi tak entry fiqah yang ini -DUNIA MAYA YANG SALAH- entry pasal nasihat kan.. pada golongan-golongan kita yang lemah ni... tapi in case macam ni nak buat cam na pulak?


bila ex kita datang balik kat kita pun kita tak nak kan? sebab dia penah curang.. kita tak mau kena tipu lagi... macam mana plak kita boleh tahan kalau dia dah pandai angkat tangan pada kita... nak tunggu lagi ka??? sayang sampai macam mana ni?? habaq mai... sayang sampai butakan segala mata yang ada pekak kan semua telinga yang ada.. tutup semua sebab sayang dia... cam tu ka?

bagi fiqah kan... pengalaman fiqah yang pernah berkasih sayang.. fiqah tak pernah izinkan diri fiqah untuk dengar arahan dia... tak pernah nak mengarut lapor dia mana fiqah pergi.. sana sini tak pernah kasi tau dia.. buat semua dah.. abih cerita bertahun baru karang cerpen kat dia..yang fiqah tau wajib fiqah khabarkan keadaan fiqah hanyalah pada mak abah fiqah... kami tak berjodoh sebab fiqah selalu belakang kan dia.. ya.. tak pernah mendahului dia.. kenapa fiqah buat macam ni??? sebab dia bukan sapa-sapa yang wajib untuk fiqah harap kan dalam hidup fiqah.. dia hanya seorang lelaki yang fiqah sayang... tapi bukan seorang lelaki yang wajib fiqah dengar cakap atau arahan dia... melainkan perkara yang boleh diterima akal... "u ni kan suka membazir.. dah banyak baju dalam almari tu beli baut apa lagi?"..patut la dengar..

jadi bila kita sayang dia... tak bermakna dia adalah segala-galanya buat kita.. walaupun kita sunyi.. hanpon kita tak berlagu bila dia tiada.. tapi dia bukan sesapa yang wajib dalam hidup kita.. betul tak??? tapi bila kita orang pompuan ni.. dah stat mengikut telunjuk nya...telunjuk lelaki-lelaki belang nih... "sayang nak keluar mana kena bagitau abang.. kalau abang tak tau.. abang risau pasal sayang".. huh tak pasai laaa ... bila kita dengar.. sampai nak pi jogging pun tak boleh... kalau nak keluar semua dengan dia.. tak boleh ke tempat awam.. takut orang ngorat kita.. lama-lama.. bila kita terbabas dia berani angkat tangan...

bila dia berani angkat tangan.. kita dah kena lempang.. kita merajuk.. dia pujuk cair wa cakap lu... kita terima sebab sayang.. lama-lama lagi... bertambah berani la dia nak buat apa pun kan??? sebab kita dah ikut... jadi nak salahkan lelaki-lelaki durjana ni ka? nak salahkan mereka ni yang berani meng'ajal'kan kita?? begitu ka kaum perempuan???

wahai orang perempuan kalau kita tak mula kalau kita berkeras.. orang lelaki tak berani.. orang lelaki akan respect kita.. tapi kalau kita dah mula tergedik sana tergedik sini.. then useless... tak berguna dah bila muka kita dah cair dek asid... kita salahkan dia... sebab yang mulakan kita..

"abang nak sayang laporkan pada abang mana sayang pergi.. abang risau la kalau sayang keluar tapi abang tak da"..... dengan tegas... cakap kan pada si abang terchenta ni "awak bukan suami saya lagi untuk saya lapor pada awak mana saya pergi apa saya buat.. saya hormatkan awak sebab saya sayangkan awak.. tapi bukan orang yang wajib dalam hidup saya untuk saya maklumkan semua benda pada awak"..

orang kedah cakap "dia tak berghani aih nak buat tak tahuan".. jangan biar cinta tutup jiwa tutup mata tutup telinga.. biarkan cinta itu hidup seperti selayaknya.. bukan cinta untuk nafsu semata-mata..

:::::nanti orang cakap fiqah ni anti lelaki.. asyik cakap pasal lelaki durjana ja memanjang.. untuk yang durjana saja tau... hehe.. yang selalu datang sini semuanya HILMAN ASST ('awak suka saya tak' kat sebelah tu ha) 

Rawan Lagi Hati ni

assalamulaikum w.b.t.. dan selamat sejahtera buat semua yang membaca..

petang kelmarin sampai ja rumah cari upin... "upin... upin.. balik mai kakak dah beli frieskies ni" pastu mak cakap "ari ni sari upin tak balik kakak... dari pukul 6 pagi tadi sampai la ni tak nampak batang hidung.. kalau tak tengah hari mesti dia balik punya.. tidoq atas msein basuh tu" tudia nala punya panjang mak explain..

aik pi mana orang tua ni... punya la panggil tak balik jugak.. hadoi... hati rawan dah.. dada dah sesak.. "mana upin aku ni?" mak lang cakap "dia tak dak kakak ari ni sari tak mai pun umah mak lang.. kalau hari-hari mai lepak sini"... waaa mana upin ni... tompok ja ada haaa... tompok tak makan frieskies.. dia makan ikan.. dah la beli yang besaq sekali friekies tu.. seminggu dah abih... tak topup lain.. kesian upin..

pastu pa lagi.. buat sesi jejak pencarian la... upin oooo upin... mana la hang ni... air mata dah basah tudung dah... dalam kepala dah pk bukan-bukan dah... waaaa... sakit jiwa betoi la dengan upin ni.... mana la hang pi cangak sampai tak ingat balik umah...

cari punya cari punya cari sekali tengok dia syok ja dok ngorat kucing gebu yang auntie india punya kat taman sebelah... hampeh punya kucing.. sampai gila dibuat nya boleh pulak dia dok sini bercinta... sekeh baru tau... eeeee..... sakit hati betoi.. angkat si upin ni balik umah... dia tengok frieskies tu habeh haa semangkuk... punya lapaq... boleh dok bercinta sampai tak ingat nak makan...

ni baru kata mandi tak basah, tidoq tak lena, makan tak kenyang... dah abih makan lari pulak pi kat kucing gebu tu.. aiyak... semalam pun tak tidoq umah... sampai camtu sekali haaa.... bila kucing jantan gila kucing betina...tak ingat balik umah... bela kucing betina yang jantan mai cari.. berebut ramai-ramai... panjat dinding panjat bumbung mengiau tak berhenti haaa punya nak ngorat... parah parah...

:::: ada tak kucing yang tak betina tak jantan???





Thursday, May 5, 2011

Sentiasa Bersama Hang Susah Senang =)

assalamualaikum w.b.t... dan selamat tengahari..

"hang tak dak ayat lain ka? ayat skema tak dak dah tu gak nak bagi aku" 


hehe.. ni la yang kawan merangkap roomate dan sekarang merangkap teman terbaik fiqah selalu cakap bila ada saja benda berlaku dalam hidup kami dua... "sabaq la ujian ni Allah buat kita".. "hikmah yang Allah beri nanti lagi lawa tau" huahuahua.. dia cukup menyampah bila fiqah cakap camtu...

tapi hari ni.. terbalik.. dia plak lagi advance dari fiqah.. wa caya sama lu la babe...

semua orang ada kawan kan.. ada kawan baik kan... fiqah juga... Alhamdulillah Allah izin fiqah ada sahabat-sahabat terbaik yang sangat bermakna dalam hidup... sebagai manusia.. memang banyak gila khilaf kita.. tak selalu kita suka orang tu walaupun dia ok.. tak selalu kita boleh terima dia walaupun dia baik dengan kita... ada saja la masalah kita.. sebab yang nazak dan tak nazak...

macam mana kita nak ada sahabat terbaik yang kamceng ni?

bukan yang bawa kita ke pub...
bukan yang bawa kita ke belakang lorong haji taib...
bukan juga yang ajak kita tengok cerita blue..
bukan juga yang dok bagi cadangan kita patut baik dengan sapa.. patut ngorat sapa...

tapi yang boleh tegur kita bila kita buat salah... yang boleh 'hu ha hu ha' dengan kita pada waktu yang "kita enjoy" hehe...

fiqah pernah ada sorang kawan yang gaduh teruk dengan fiqah sebab darjat.. pernah juga ada kawan yang tak tau  macam mana nak gtau dia benda yang dia buat tu salah sebab dia memang dan sememangnya tau benda tu salah....

oleh itu, untuk mendapatkan kawan baik...

-jadilah diri sendiri... jalan dengan balak hensem "ouh i tak kenal dia"

-jangan tinggalkan dia bila dia buat salah... sebab kita pun kadang-kadang buat salah tanpa kita sedar..

-jangan jauhkan diri dari dia bila dia buat kita sakit hati.. face to face la... "aku tak suka la hang cakap camtu sentap babe"

-jangan dok berlawan dengan dia... "weh akaun hang lagi tinggi dari aku"... jangan lak kita p jawab "mau tau       la.. tengok kaki la babe".. peh tu dia tak dekat dah ngan kita.. hehe sentiasa bagi semangat  kat dia.. puji la dia... "eleh yang hang tu highest maf lagi hebat"... saling beringat..

-ada benda yang dia reveal awal.. "aku tak suka benda ni".. then sebagai kita.. kena paham dia.. walaupun kita suka gila dengan benda ni... jadi bila ada kucing datang dekat walaupun dalam hati ish comel bangat.. meh sini meh sini.. dengan dia kita tulun halau maaa... hehe.. hormati dia.. sepertimana kita juga nak dia hormat kita..

-satu satunya teman terbaik fiqah ni bila time gaduh.. pastu baik tetiba.. hehe... bukan senang oo nak jumpa orang pompuan yang tak kisah sangat ni.. gaduh pagi tadi berebut bilik air.. tengah ari karang time lunch.."weh nak makan mana? asyik ngadap makcik tu ja cemuih dah aih"... seee gaduh pagi baik tengahari.. gaduh petang malam boleh layan movie together-gether... kalau dia tu jenis sensitive tahap gaban.. memang susah gak.. tapi bagi fiqah kalau kita nak sahabat kita ni boleh go on ngan kita selalu.. kita kena mulakan langkah la..

-kongsi dengan dia apa saja.. jangan kedekut maaa.. fiqah penah kasi dia surat cinta fiqah kat teman fiqah ni.. nak suruh dia komen "boleh ka aku wat ayat cam ni" huahuahua.. memang memalukan.. tapi fiqah ok dia lagi ok... no hal punya...

-masa di u... fiqah utamakan dia lebih dari teman special fiqah... sangat-sangat mementingkan kawan-kawan lebih dari yang special ni.. sebab apa? sebab fiqah tak pasti yang special ni akan jadi suami fiqah tak.. pastu kawan ni la yang ada... bila kawin nanti tak boleh dah nak 'hu ha hu ha'.. bagi fiqah "hargai kehidupan sekarang bersama rakan-rakan dari menghargai masa akan datang".. kenapa.. sebab kita tak tau esok nak hidup lagi ka tak?... kat rumah jangan cakap la "fiqah anak mak ok"... hehe


- banyak lagi la... apa yang selalu kita jumpa dalam tenet ni pasal.. "menghargai pasangan anda".. "menghormati pasangan anda".. dan segala mak nenek la pasai pasangan ni... cuba.. kita tukar pasangan tu kepada kawan... sebab tanpa kita sedar.. tanpa kawan sapa la kita kat dunia ni ek.. hari-hari nak hadap pasangan kita saja ka? kalau ya.. okeh tutup blog tutup facebook tutup segala menda.. berhenti keja.. dok umah ngadap suami.. boleh??


:::: babe - sampai akhir hayat aku sentiasa bersama dengan hang susah senang (gila ayat skema).. err tak leh turun alor setar.. mak aku red light.. sorry...

Tuesday, May 3, 2011

Seronok ka Jaja Benda Sendiri???

salam alaik...

"eh punya pasal la blog aku, aku nak cakap apa pun"

"ahhh semua orang suka guna word tu.. trend tau..."

"memang depa tu **** pun.."

"ehhh ramai yang follow aku, ramai yang sokong apa aku cakap.. kau blogger baru seratus dua nak kecoh baik lak"

statement wajib kena balik bila kita cakap "apasal kau suka mencarut".. "apasal kau suka jaja benda kau sendiri"

kebanyakan blogger yang sangat gemar menggunakan perkataan WT* ni ada lah blogger dipertengahan femes.. ehh ada gak eh...tengah femes.. hehe.. macam En. Beng tu dah femes lagi fofular dah... follower mereka riban-riban.. tapi blog mereka.. ya rabbi.. setiap ayat dia mesti sebut yang dia 'punya'..  kenapa ya??? dia sorang ja yang ada.. lelaki lain tak da.. ke lelaki 'punya' bentuk lain... macam tu ya.. pembaca fiqah boleh beri pendapat tak?

niat mereka-mereka ni memang baik.. nak kasi fakta yang benar.. nak kasi minda terbuka.. nak kasi mata tu luas pemandangan.. tapi cara yang digunakan tu sangat la tak beradab... dah banyak blog yang dipertengahan fofular ni fiqah unfollow.. bagi fiqah cara yang diguna pakai sangat tak manis la walaupun isi tu berguna...

senang-senang label orang WT*... nak sedarkan orang islam.. tapi dalam masa yang sama kau label umat kau sendiri WT*... apa kes??? pa jadahnya??? ya setiap orang ada pandangan memasing setiap orang ada cara memasing.. tapi biar kena gaya.. biar kena tempat...sesuai dengan kita selaku umat islam...

bukan kita saja yang tau macam mana nak marah orang lain pun tau macam mana nak marah... tapi berpada-pada la... bukan bermakna kita dah femes follower kita riban-riban.. kita boleh nak label orang sesuka hati.. nak tanya mai.. perkataan WT*  tu ciplak dari sapa... orang islam ke??? atau yahudi dan kristian???
patutla tak kisah nak label saudara seagama sendiri dengan mereka 'punya'...

dan follower mereka-mereka yang setuju apa yang dicakapkannya.... sebelum kita komen.. sebagai umat islam.. sebagai orang yang berilmu.. sebagai umat terbaik disisi Allah.. rasanya boleh fikir kot... mana baik dan tak baik.. mana yang membawa ke arah kebaikan dan mana pula pada masa yang masa mencaci mengutuk kita tanpa sedar.. selagi dia femes selagi dia kita minat.. selagi tu la apa yang dia cakap kita setuju...

:::: ini pendapat fiqah... kalau sapa tak setuju boleh unfollow.. kalau mereka yang tak beradab ni nak cakap "suka hati la blog aku".. fiqah nak cakap "selagi ilmu yang ada boleh share, kita share..."


Melur Jelita Buat Saya Senyum Sorang-sorang

assalamualaikum w.b.t...

fiqah kering idea sebenarnya nak meng'update' blog.. sebab nak siapkan buku log fiqah ni yang satu apa pun tak buat lagi.. hehe.. ok salah fiqah.. buku tu kena update tiap minggu.. cerita kan apa yang kita buat sepanjang praktikal kat company tu.. tapi masalahnya.. dah 2bulan fiqah mencangak blog ni 8jam nonstop - takda keja lansung la maksudnya ni- dah tu nak cerita apa kat dalam buku log ni...

dalam masa yang sama menghitung hari untuk sampai ke 31 may ni.. last day praktikal... dan 15 may kena submit buku log nih... dah tu lecturer plak rajin sungguh p tambah lagi satu keja.. buat report sepanjang praktikal... hadoi.... buku log ni kira report la... nangis dah banjir opis.. hehe..

okeh balik pada Melur Jelita...


fiqah suka blog nih.. antara 5 top blog yang fiqah lawat setiap hari..

1- ILuvIslam.com
2-Melur Jelita .com
3- Sah dan Tak sah
4- Ibnushukran.blogs
5- Solihin Zubir

pasti zaaasssss dengan segera bila ada new entry.. =)

kenapa Momma Jelita ni buat fiqah senyum sensorang :
1- Novelog ASST director by Momma  Jelita ni buat saya mimpikan hero pujangga hati setiap masa.. hehe=)
2- Momma Jelita Telah mereview AR NSyafiqah semalam... [DI SINI YA]
3- banyak Ilmu boleh 'plagiat' kat sini hehe.. bukan sekadar ilmu agama, malahan.. kisah insan terpilih yang boleh dijadikan pengajaran, info-info terkini luar negara mostly timur tengah, dan Momma Jelita ni nak buat saya hilang stress dengan entry yang lawak-lawak senda gitu... selalu Momma Jelita letak entry cenggini time kepala serabut memang kena waktu la... hehe

TERIMA KASIH YA MOMMA JELITA... Selalu buat saya senyum sensorang... 

sesiapa yang belum lagi berjaya menjengah blog ni.. sila dengan segera.. 
fiqah jamin anda akan terasa begini---> "kerana dirimu begitu berharga"


:::: kembali mengadap buku log... cari dalam internet untuk plagiat hoho... top ten punya student.. plagiat memanjang.. hehe... sambil layan THE CLIMB  dari Miley Cyrus... 


Monday, May 2, 2011

Mudahkan Mereka Yang Berpantang

assalamualaikum w.b.t dan salam tengari buat semua...

nikmatnya cuti... hanya yang masih bercuti saja yang tau... adik-adik semua dah sekolah... kedah kelantan dan terengganu.. lari satu hari.. bergantung pada sesetengah keadaan.. kadang-kadang bes cuti beza dengan adik-adik.. tapi yang lebih banyak nya... adalah korbankan satu keadaan demi adik-adik.. ok berhenti merepek..

fiqah nak kongsikan satu perkara yang mungkin ramai tak ambik endah hal ni... BERPANTANG.. bukan yang lepas bersalin tu... tapi berpantang bagi mereka-mereka yang perlu dan harus  juga wajib bagi menjaga kesihatan... contoh dalam hidup fiqah sendiri... Abah - ijazah sarjana muda dalam kursus kolestrol, mak- ijazah kedoktoran bagi kursus darah tinggi... adik-adik juga fiqah sendiri - takat SPM ja alergi dengan daging.. hehe

lebih kurang lima tahun abah mempunyai lemak yang sangat tegar dalam saluran darahnya... dah lima tahun juga kami sekeluarga terpaksa 'cut' semua makanan berlemak dan yang melibatkan makanan yang punya kolestrol... sedih jugak.. dulu makan sedap-sedap ja.. skali ambik kau.. ikan rebus.. sayur air.. ikan bakar kosong.. daging setahun sekali.. takda hal sangat sebab dah alergi.. hehe..

mula-mula susah jugak.. mau gak komplen ari-ari ngadap yang tu ja... tak dak lagi dah gulai lemak.. daging menangih.. semua gulai mamak mali.. haha.. tapi lama-lama... kesian tengok abah.. kami adik-bradik makan sedap-sedap dia lak kena pantang... selalu gak terlebih pantang.. hehe.. jadi fiqah dan adik-adik ambik inisiatif... kaji.. macam mana nak tolong abah.. sebelum mak dapat darah tinggi.. jadi bila mak dah ada darah tinggi.. semua bukan masalah la sangat.. kan..


no 1 : sama-sama berpantang
bermaksud... apa yang mak abah kena makan bermakna kami semua kena makan... tak boleh nak makan yang lain-untuk mak abah masak lain untuk anak-anak masak lain... semua setaraf.. tak dak nak beza-beza.. dalam sebulan tu kira 2 atau 3 kali saja makan mewah sikit... ada ayam ada daging.. ada yang lemak-lemak tu.. tak boleh lebih.. bila kita anak-anak juga berpantang... tak la susah buat sipemantang ni nak teruskan usaha jaya bakti mereka untuk menjaga kesihatan.. dalam masa yang sama kita pun boleh gak jaga badan kita...

ada jugak yang 'ketegaq' dalam bab pantang ni.. tak kisah sakit melarat asal makan boleh.. biar puas hati.. kategori ni kita ajak dia makan bersama.. "bah jom makan bah.. sedap ni mak masak ari ni... pindang ikan termenung.. sedap wooo" (walaupun kelentong) hehe.. gunakan saikologi la.. pastikan makanan yang dia tak boleh makan jangan dibeli dan diletakan atas meja... kita nak makan.. makan la kat luaq.. jangan bagi dia tau...

bila dia nak makan jugak... cakap la.. boleh tapi tak banyak... "bah makan durian tu 2 ulas ja tau".. kita pun pakat-pakat makan 2ulas... sama rata.. jangan lebih.. tu yang kes terliur tak jadi nak pantang tu...


no 2 : riadah sama-sama
"bah sok cuti kan.. jom p jogging kat dem... semua nak ikut"... kalau ikut hati.. sapa pun malas nak riadah sensorang ni... tambah orang tua-tua.. tapi bila kita ajak.. kita bagi semangat dia pun seronok la.. lama-lama boleh jadi tabiat.. cuti ja riadah.. riadah ja cuti.. =)... then bila pi riadah kat tempat yang ramai orang sebaya dengan dia.. hooo bertambah gian la.. anak-anak tak ikut pun tak pa.. "bah dah ada geng".. hehe


no 3 : elakkan keadaan rumah yang serabut..
tak semedang rumah kita bersih.. melainkan ada bibik dan juga tak kerja.. tapi bila dua-dua kerja.. kenkadang umah kita tak urus.. mai weekend baru la nampak umah... tak pa.. itu perkara biasa... hehe.. jadi nak buat camna.. walaupun kurang kemas dan agak berselerak.. tapi pastikan... keadaan terurus... sebagai anak-anak bila kita free tu ngadap la sat baju-baju mak abah kita.. tolong basuh tolong lipat.. tolong sana tolong sini.. bukan asyik mak ja.. mak sini mak sana.. dah la kawan pun ada darah tinggi... ye tak?


no 4 : ingatkan pasal ubat...
kita kena alert jugak pasal ubat-ubat ni.. bukan setakat tolong belikan.. atau tolong bawak p klinik... atau bawak p hospital check up.. tapi.. alert dengan pengambilan ubat... "mak oii ubat tak makan lagi ni"... haa camni la mak fiqah.. hehe.. selalu lupa... kalau dah boleh ngadap taman dia.. lupa dunia.. hehe


no 5 : solat dan doa
yang ni la paling penting..  jangan tinggal kan solat... kita sebagai anak.. kena lakukan tugas kita bila dah sampai masa... ingat kan mak abah.. mereka belajar ilmu agama.. mereka solat mereka juga berdoa.. tapi mereka juga semakin lupa bila umur makin meningkat.. makin rabun bila usia kian bertambah.. jadi sebagai anak.. ingatkan la mereka tika mereka lupa.. jadilah mata tika mereka tak nampak... juga jangan lupa teruskan berdoa buat mereka... supaya mereka terus sihat.. agar boleh bersama-sama beribadah dengan kita...

nasi beriani: penyumbang kolestrol tertinggi...



::: peranan kita jangan kita lalai dan leka.. pabila kita memudahkan pada yang perlu.. then Allah tolong kita juga... mudahkan urusan kita... =)