Thursday, June 30, 2011

Terlekat Tulang Ikan..

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua...

selalunya terlekat tulang ikan ni di kaitkan dengan cara makan yang gelojoh.. ya ka? atau selalu jugak orang cakap makan tak baca bismillah?.. tapi macam mana kalau dua-dua tersebut bukan dan nak lekat jugak si tulang ikan tu kat celah kerongkong ni ha? nak buat lagu mana?

fiqah la tadi baru ja selamat mengeluarkan tulang ikan keli.. nasib baik kejap saja.. ada gak 15 minit tu pun dah rasa macam nak putus nyawa.. apasal? sebab lekat di belakang lidah.. bila nak telan liur sakit gila.. berdarah jugak la kerongkong tu.. habis tu terus tinggal tak jadi makan..

rasa fobia nak makan ikan terus.. untuk hari ja la.. hehe. tapi ada jugak orang yang fobia makan ikan sebab terlekat tulang ikan.. kawan baik fiqah sendiri memang tak boleh makan ikan lansung.. makanan harian dia ayam. tak pun seafood.. dia terlekat tulang masa sekolah rendah dan dia fobia terus makan ikan sampai sekarang... dah sepuluh tahun lebih gak tu..

bila tengok ikan terus terbayang depan mata kejadian terlekat tulang ikan tu.. memang ngeri... eeeee.. ada banyak petua juga untuk menegluarkan tulang-tulang ikan ni.. petua orang tua-tua.. satu kepal nasi pastu telan.. tapi kan kalau kes terlekat di keronkong tak pa gak.. ni terlekat dibelakang.. hujung sana bawah lidah..
macam mana nak hilang kan?

cara kedua minum air banyak-banyak sampai hilang.. tak leh gak sebab kat bawah lidah tu nak telan liur pun sakit.. waaaaa.. cara ketiga.. korek guna jari.. hehe.. tapi cara ni memang horrible la.. bukan takat tulang tapi keluar habis isi perut.. haha.. kalau tak jalan jugak kita try cara akhir.. p klinik.. doktok ada alat untuk buang tulang ikan ni..

boleh try kalau terkena ya.. huhu

::: kawan2 ada pengalaman terlekat tulang ikan?

Wednesday, June 29, 2011

Hikmah Isra' Mikraj.

assalamualaikum w.bt dan selamat petang semua..=)

alhamdulillah semalam berjaya jugak pi ceramah isra' dan mikraj yang disampaikan oleh Ustaz Badrul Abdul Rahman ceramah lepas maghrib yang berlansung selama satu jam setengah tu memang layannnn.. sebab ustaz ni bes..

tapi part yang tak besnya.. pen fiqah jatuh ke mana entah.. tak boleh la nak mencatit apa yang disampaikan oleh ustaz.. tensen betul la.. last-last fiqah paksa otak fiqah jalan.. INGAT.. ingat apa hikmah-hikmah isra' dan mikraj ni...

no 1: bersangka baik
di mana umat Islam di ajar untuk bersangka baik diantara semua umat manusia.. kat mana yang kena sangka baik ni.. di kes Rasulullah S.A.W bagitau mengenai perjalannya dari Mekah Mukarramah ke Baitulmaqdis menaiki Buroq.. orang pertama yang tau mengenai peristiwa ni adalah Abu Lahab pabila dia nampak Rasulullah S.A.W ni duduk di depan umah Baginda dengan keadaan bingung..

tapi Abu Lahab ni tanya pada Rasulullah "wahai Muhammad mahu tak engkau, aku kumpulkan penduduk Mekah ni untuk mendengar cerita engkau".. Rasulullah bersangka baik padanya bila niat Abu Lahab ni di terima dengan baik walaupun Abu Lahab sebenarnya nak malukan Rasulullah..

kalau kita la pada masa tu kat tepi Rasulullah.. mesti kita dah larang Rasulullah.. "jangan percaya pada Abu Lahab ni yang terang-terang firaun".. kan?

manakala Abu Bakar As-Siddiq pula berkata "aku percaya setiap apa yang keluar dari mulut Rasulullah S.A.W ni" pabila Saidina Umar bertanya "wahai Abu Bakar, Hang percaya ka apa yang Muhammad sampai kan?"..

di sini sikap bersangka baik ynag perlu ada dalam diri kita.. sendiri fikir positive mengenai orang.. jangan kita perlekehkan dia melainkan kita tau perkara sebenar..


no 2 : Tajallil pada Allah
Tajallil ni bermaksud amalan-amalan yang kita lakukan kerana Allah S.W.T. bukan bermaksud ibadah rukun dan wajib tu.. tapi amalan-amalan sunat yang kita lakukan diluar ibadah kita semasa tidur, nak tidur, masuk bilik air, naik kenderaan, solat-solat sunat dan banyak lagi...

kat sini kita nampak bila Rasulullah S.A.W melakukan solat sunat dua rakaat-solat sunat perhentian bila buroq berhenti empat kali 1- alTaiyyibah (Madinah), 2- Thur Sina (Gunung Sina) 3- Baitul Lahab
4- BaitulMaqdis..

ustaz kata : sebab tu la mimpi kawin dengan aishawarya rai.. dah tidoq pun hapa pun tak baca.. kot-kot la nak baca bismillah ka... ni dak lansung aih.. tak kepala teruih lena tak ingat dunia.. orang lain ni mimpi tu kekadang boleh jadi petunjuk.. ni mimpi merapu sedia..


no 3 : jangan jadi macam Mat'am Bin Ubaid
Mat'am Bin Ubaid ni seorang yang bila dia bercakap orang suka dengar.. tapi apa yang dia cakap tu dari sepuluh perkara satu ja betul... Abu Lahab perintah dia ni untuk hasut Abu Bakar as-Siddiq dengan cerita Rasulullah ke BaitulMaqdis pada satu malam saja.. bermaksud membawa cerita yang tak benar, hasut supaya Abu Bakar ni berpaling dari Rasulullah.. bila Abu Bakar ni berpaling maka rakyat Mekah tau la yang Rasulullah ni penipu..

Mat'am ni pun jumpa la Abu Bakar.. dia cerita punya cerita sampai la Abu Bakar tanya "wahai Mat'am habis dak lagi cerita hang ni?".. Mat'am pun berkata "ya, sudah habis... apa pendapat hang pasal ni wahai Abu Bakar?" maka Abu Bakar menjawab benda yang sama apa yang dijawabnya pada Saidina Umar Al-Khattab "aku percaya setiap apa yang keluar dari mulut Rasulullah S.A.W dan jangan lah hang dok membuat fitnah pada baginda kerana apa yang keluar dari mulut Rasulullah adalah benar belaka"

contoh paling besar yang boleh kita tengok sekarang ni cucu cicit Mat'am Bin Ubaid iaitu para-para surat kabar... kan??? tambah-tambah hal politik tak tau yang mana betul yang mana salah..


::: banyak lagi tapi ustaz nak sambung next kuliah.. insyallah fiqah akan sambung kalau tak dak hal..





Tuesday, June 28, 2011

Mimpi NGeri Semalam.

Assalamualaikum w.b.t buat semua pembaca..

gatal sangat cakap pasal kawin semalam kan... last-last semalam fiqah mimpi ngeri "kawin paksa" oh tidak... mak punya keja... mak paksa kawin dengan mamat mana tah.. ALLAHUAKBAR... memang la mintak simpang sesangat..

entahlah budak kampung mana mak pi kidnap suruh kawin dengan fiqah ni.... mimpi tu macam real gila.. bila sedar tengok mimpi.. Ya ALLAH.. menakutkan... sangat menakutkan.. fiqah dapat rasa kesedihan dan ketakutan.. perasaan tak suka macam nak lari dari rumah tu dah lebih dalam diri ni...

kalau betul la tu perasaan orang kena kawin paksa... EUUUUWWW fiqah mintak simpang la sesangat... dah tu bangun pagi tadi cerita la kat mak.."semalam kakak mimpi mak paksa kakak kawin".. mak punya gelak la... mak tanya "awat dah gatal nak kawin ka?"

"ish mak oiii.. kakak tak mau...mak bagi kakak hidup dulu.. bagi habis belajar.. nak rasa experience life... pastu baru nak fikir pasal kawin.."  dan disebabkan mimpi semalam.. fiqah dah tak nak lagi cakap pasal kawin.. tak nal lagi fikir pasal kawin..  mak gelak sakan sungguh.. hampeh betul la..

biar je la orang lain yang ambik mandat untuk terus bagi semangat pada yang masih belum berkawin di luar sana tu..  macam kak NORAINI ka tak pun macam biasa la MOMMA JELITA ka.. fiqah dah serik...

::: mimpi kekadang boleh jadi real tak???

Monday, June 27, 2011

Nak Cakap Pasal Kawin...

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah.. 2orang sahabat terdekat fiqah baru saja sah dinikahkan pada cuti sekolah baru-baru ni..happy betul tengok mereka-mereka ni.. 2 hari lepas mak fiqah ada bagi tau yang sorang lagi kawan fiqah masa zaman kecik-kecik dulu nak kawin...seronoknya rasa...

walaupun seronok tapi hakikatnya dihujung sanubari hati fiqah yang kecik ni terselit jugak rasa susah hati.. "ramai dah sahabat-sahabat terdekat yang dah kawin.. diri sendiri belum nampak apa-apa bayang pun"... kawan-kawan yang lain ada tak rasa macam ni?

rasa respect jugak la kat mereka-mereka ni.. muda-muda dah kawin.. kawan-kawan yang sebaya dan seangkatan masih lagi di alam study, berhempas pulas untuk berjaya.. tapi lebih baik kawin dari dok bercinta lama-lama.. bila berlakunya akad maka lemah la para syaitan sebab tak berjaya nak menyesatkan umat islam lagi..

tu fiqah.. yang muda terang-terang lagi.., hehe bagaimana dengan sahabat-sahabat diluar sana yang masih lagi bujang walau umur dah makin merangkak besar... pasti hati lebih sedih.. ramai kengkawan yang beranak pinak dah.. sedangkan diri sendiri masih bingung pasal jodoh.. kan???

so, apa yang fiqah nak cakap kat sini.. biarlah mereka-mereka bahagia.. jangan kita susah hati.. kerana jodoh itu bukan ditangan kita.. biar pun kita bercinta dengan 10 orang lelaki/perempuan tapi belum tentu lagi antara mereka tu pasangan dunia akhirat kita.. hanya Allah yang Maha Mengetahui...

meh fiqah share quote dari Ustaz Mohd Zawawi Yusoh

"soal jodoh perkara ghaib, kdtngannya tkadang senang, takadang sulit sgt malah kadang tak kunjung tiba, dekat jodoh. doa tak berenti, melalui org tengah , biro jodoh, byk sedekah n yg agak sensitif rela bermadu. maaf cadangan agak lebih2. jadikan diri soleha dulu nanti akan dpt yg soleh"

Friday, June 24, 2011

Post Mortem Bukan Masa Tunding Jari..

assalamualaikum w.b.t dan selamat pengghulu hari..

apa tu post mortem??? bukan yang bedah mayat tu tau.. yang tu pun post mortem gak.. hehe.. post mortem yang ni adalah perjumpaan yang kita lakukan selepas tamat sesuatu program.. perjumpaan ni adalah untuk memperbaiki kelemahan, kekurangan dan untuk menambah baik kan mana-mana yang lompang semasa program tu berjalan..

yang fiqah nak ulas kat sini adalah.. waktu post mortem ni dilakukan.. sepatutnya kita yang terlibat ni adalah mengeluarkan fakta-fakta dimana terlibatnya kekurangan dan kelemahan semasa program ni.. bukan la kita pakat-pakat tuduh kawan ni tuduh kawan tu.. "hang buat macam tu sapa suruh?".. "hang suruh aku buat semua.. yang hang tak buat apa pun" 

selalu-lalu nya lah benda macam ni terjadi.. sebab post mortem ni jugak boleh tarik muka dengan masing-masing.. masa ni la nak gaduh kaw-kaw.. masa ni la nak keluar semua benda pelek-pelek.. masa ni la kita dah jatuhkan maruah kawan kita tanpa kita sedar..

sedangkan apa yang perlu kita buat adalah bersatu padu.. kita tambahkan yang kurang, kita kuatkan yang lemah.. supaya program yang akan datang lebih baik dari yang ni..

ingat.. jangan tunding jari pada orang lain.. sebab tanpa sedar kita jugak mungkin buat salah.. bila kita tunding jari pada orang.. orang akan less respect pada kita.."eee dia tu".. haha.. bila kita tinggi kan suara "marah ni.. marah ni".. orang akan tengok kita sebagai not professional..



kadang-kadang sabar kita kurang.. benar... tapi selagi mampu cover.. selagi boleh pk sebelum cakap.. selagi boleh pk sebelum marah.. then u are a good person.. keep it up..




kredit foto: pakcik google

Thursday, June 23, 2011

Hlovate - ubah 180 Darjah

Assalamualaikum w.b.t..


haha... semua tau kan sorang lagi penulis hebat... baru saja dikenali tapi novel nya senantiasa dinanti... Konsep islamic yang sangat hebat dan konsep ketuhanan yang menjadi pilihan untuk semua novelnya... fiqah tak tau si Hlovate ni lelaki ke perempuan.. tapi fiqah agak lelaki sebab kebanyakkan watak utama dia lelaki... tapi cerita yang digarapnya sangat baik..macam perempuan pulak penulis nya.. fiqah tak jumpa lagi yang setanding dengan nya.. ada bukan tak da.. cuma tak jumpa lagi yang benar-benar bagus macam Hlovate..

yang paling fiqah suka dan buat fiqah jatuh cinta dengan segala penulisan dia.. adalah sebab kisah hidup umpama realiti.. bukan kisah cinta yang terawang-awang.. semua segi diterapkan dengan islam.. dari segi kehidupan termasuk la juga pergaulan... Hlovate benar-benar teliti dengan penulisan dia..

mostly novel nya berkaitan dengan perubahan 180 darjah kehidupan seseorang.. kita yang baca ni pun boleh terkalih 180 darjah... rasa terawang-awang dosa di depan mata.. dia berjaya lakukan alhamdulillah.. seronoknya baca...


baru saja khatam yang terbaru.. lambat sikit. hehe sebab baru sampai sini.. maklum lah utara.. baru sampai selatan dah sold out.. kat sini kena tunggu cetakkan yang keempat baru dapat beli..  tak nak ulas apa-apa.. sebab dah ramai blogger yang ulas pasal novel ni...

dan seperti biasa... terbaik...


dulu fiqah gila punya baca novel.. ada ja duit beli.. dah bertambun rasanya.. tapi sejak 5 tahun lepas dah tak beli dan tak baca.. sebab nya... jalan cerita dia sama weh.. tensen.. haha... kawin paksa.. kawin kerana mak ayah.. cinta tiga segi.. empat segi.. hanya kategori tu tajuk pun semua "cinta".. mesti ada perkataan cinta punya.. tak pun "rindu"..


sekarang bukan umur untuk tengok cinta rindu lagi dah.. umur sekrang lagi sesuai untuk cari hala tuju hidup.. untuk apa hidup ni? untukl sapa hidup ni?.. isi kan dengan yang betul-betul layak..

:::: teringin nak jadikan tafsir al-quran macam novel.. "eee tak sabarnya nak baca quran"...

Monday, June 20, 2011

Cuti Dua Minggu

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera..

wah wah wah.. pe kabo orang kampung semua??? haha.. ingatkan bila dah tak start cuti ni boleh jadi Blogger sepanjang masa.. tapi mak aih busy lagi dasat... sampai dah berminggu tak bercerita dalam nih..

yang sebenarnya nak kobe semua fiqah ni sibuk benau dengan wedding abang sepupu fiqah 2 hari lepas.. minggu lepas dengan wedding belah gegirl kali ni boi boi boi lak.. kira dah lepas la segala sesak program tu hehe.. part yang paling best adalah wedding yang melibatkan 2000 orang panggilan tu hanya diuruskan oleh kitaorang adik beradik.. tak da lansung orang kampung mai nolong nya..

segan kata depa.. adik beradik saja.. fiqah membesar di kampung sebelah umah tok and tokwan belah abah.. kami duduk dekat-dekat 4 beradik abah dekat kampung ni,, jadi dengan abang sepupu ni kira macam abang sendiri.. dah tu adik beradik abah ramai 11orang.. cuba bayangkan wedding 2 hari lepas.. hanya kami 11 family ni yang uruskan.. tok dan tokwan 2-2 dah tak da.. jadi semua tunggu arahan ketua -pak lang- anak sulung lelaki dalam family..

ni kenduri yang ketiga di mana kami 11family yang incharge semua.. terbaik ahhh.. tapi gambar yang latest tak dak lagi.. kalau nak cuci mata.. boleh tengok SINI first wedding yang kami adik beradik sefamily uruskan..
syok kan.. sebab semua ikut kepala sendiri tak payah dengar cakap orang luar.. kami la tukang masak kami la tukang basuh pinggan kami la tukang buat air kami la tukang angkut pinggan kami juga la tukang buat khemah pengantin..

Bersyukur sangat lahir dalam family ramai cmni... bila kumpul time raya time cuti havoc kalah sekampung.. hehe.. semua dok dekat-dekat paling jauh penang tu.. sapa lagi family ramai.. meh kongsi sini.. huhu

Thursday, June 9, 2011

Peminta Sedekah - Saham Akhirat Depan Mata

Assalmualaikum w.b.t dan selamat pagi khamis semua...

semalam ada sorang mak cik ni mai mintak sedekah depan umah... tapi yang ada adik lelaki fiqah.. kami semua di dapur.. adik fiqah tanya "sedekah untuk apa makcik?" "untuk diri makcik, untuk makan dan minum makcik seharian".. adik fiqah tak bagi.. pastu makcik tu p macam tu ja.. kesian nya.. pastu adik fiqah cakap "ada riang/tenaga sendiri usaha la cari duit.. kenapa nak mintak sedekah?".. kat kami adik beradik la.. bila mak cakap "awat tak bagi.. ish ish kedekut la anak-anak aku ni.. saham akhirat tak dak lansung la"..

okeh fiqah nak ulas... setelah study pasal ni.. fiqah nak jawab apa yang ada dalam hati fiqah ni.. harap ilmu ni boleh sampai kat semua.. Apa Hukum Kita Beri Sedekah Pada yang Mampu untuk Berusaha? maksudnya kita tengok dia ni sihat walafiat ja tapi mintak sedekah untuk diri sendiri.. tak dak duit untuk makan...

Hukum Buat Kita - Pemberi Sedekah : dengan niat kerana Allah ni amalan aku untuk akhirat... Hukum dia mintak sedekah haram, harus, makruh, sindiket, itu hak dia.. Hak kita dengan niat kerana Allah.. lainlah kalau tau dia tu memang orang senang anak tiga bini pun tiga.. erk? kereta tiga juga... macam yang berlaku kat penang dulu tu... peminta sedekah yang kaya.. haaa.. di pihak kita tak patut beri lah.. sebab kita tau dia senang tapi kita bagi jugak..

yang mintak sedekah kat pasar malam, kat kaki lima, kat tepi jalan, kat kedai makan, tabung sepanjang jalan tu tak termasuk lagi derma anak yatim derma sekolah-sekolah agama... itulah saham akhirat kita.. tak gaduh nak cari dah semua depan mata.. dengan niat kerana Allah insyallah pahala buat kita... tak susah-susah nak cari ASNAF YANG LAPAN.. sebab fakir miskin depan mata..

memang kadang-kadang terpk jugak... Ya Allah banyak nya peminta sedekah sepanjang pasar malam.. panjang mana pasar malam.. panjang tu jugak la deretan peminta sedekah.. jenuh la nak beri sdekah.. dah tu tiap-tiap minggu muka depa ja.. siap ada yang bertambah lagi.. kita beri setakat mampu.. nak susun untuk semua memang la tak mampu.. kita pun turun mencari makan jugak untuk anak bini.. jadi kita beri yang sekadar kita mampu..

dia kita tengok sihat walafiat tapi kita tak tau hidup dia yang sebenar macam mana.. susah ka senang ka berhutang ka.. kita tak tau.. kat sini la berlakunya BERSANGKA BAIK sesama umat Islam.. positive.. "memang dia sangat memerlukan"

okeh.. nak lebih detail. jom tanya ustaz.. hehe


:::: lusa abang sepupu nak kawin.. busy nak jahit labuci kat baju kurung baru siap semalam.. hehe tengkiu mak buat baju baru kat kakak.. huhu





Wednesday, June 8, 2011

Tak tau nak Masak apa...

Assalamualaikum w.b.t

Seronoknya la kalau boleh jadi CMG, hari-hari idea mencurah-curah nak masak apa, berjenis pulak tu.. fiqah ni baru do umah seminggu dah tak tau nak masak apa, asyik-asyik dok ulang gulai, pindang dan asam pedas tumis...

haa tiga tu ja tak henti... penah jugak masak selain tu maksud fiqah resepi baru yang ada dalam buku or internet ni tapi tak jalan.. contohnya Singgang ikan japaness tu.. sedap tapi fiqah and adik lelaki fiqah ja makan.. yang lain komplen "bukan taste".. chess penat tau masak. mak abah pun sama.. memilih betul.. waaa tensen-tensen..

macam fiqah penah cita sebelum ni mak abah fiqah ni raja dan permasuri kolestrol juga darah tinggi.. hehe jadi tak boleh la nak makan hebat-hebat macam dulu.. semua kena jaga.. sampai nak masak pun tak tau nak masak apa.. adik-adik ni pulak kalau ayam haaa... buat p la.. masak melayu ka omputih ka jawa ka apa saja.. janji ayam pasti sedap..

pastu badan bertong-tong la semua.. hai yak... bila timbang dah sama berat dengan abah.. oh tidak.. sama berat ngan abah... mereka si adik-adik terchenta.. hehehe



:::: survey lagi nak carik makanan yang sihat.. sedap dan bes di makan.. huhu.. ada sapa2 nak bagi cadangan masakan paling bes tak?






















Sunday, June 5, 2011

Antara NAT dan PASAR MALAM

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera buat semua pembaca..

cerita balik kampung tak abih lagi.. hehe... apa tu nat? nat tu macam pasar malam la.. cuma nat ni waktu siang range time 7am to 1pm... pasar malam? semua tau pasar malam kan.. sekarang ni fiqah dengar ada lagi satu pasar.. ni kat kuala lumpur.. pasar tengah malam.. bermula pukul 2 pagi hingga 7 pagi kalau tak salah..

dasat eh mesia sekarang.. time patutnya tidoq tapi ada orang bertungkus lumus mencari rezeki.. tak cukup ke waktu siang yang Allah beri?? sampai waktu yang sepatutnya kita sebagai umat Islam ni gunakan untuk berehat dan guna kan masa ni untuk beribadat kepada Allah.. kita ramai-ramai gunakan untuk mencari rezeki tambahan di dunia.. oppss jangan marah orang keeeyyy eeeellll.. ni cuma pendapat fiqah ja..

okeh balik pada tajuk... bagus betul kawasan pokok sena ni tau.. setiap hari akan ada pasar NAT.. di mana banyak peniaga-peniaga jual barang kampung yang susah nak dapat kat pasar basah sekarang.. tambah pulak kawasan ni kan masih lagi kaya dengan hutan-hutan.. jadi keperluan kampung tu banyak la dijual dengan harga yang murah..

berbeza dengan pasar malam.. barang-barang dipasar malam ni kebanyakan nya yang biasa kita dapat kat Giant dan Tesco.. kira semua available tapi kurang sangat barang kampung.. pasar malam ni lebih menumpukan pada makanan dan penjualan pakaian.. kalau letak dari segi peratus... 20% barang basah (dapur) 50% makanan dan 30% pakaian..

pada pandangan fiqah lebih baik la pasar malam ni tak dak.. semuanya digantikan dengan NAT.. sebab apa? bagi menghormati waktu maghrib.. rata-rata penjual pasar malam ni memang ya'fursalam la maghrib ni... fiqah penah sekali p pasar malam ni dengan niat nak buat observation.. hehe tak dak keja kan?.. tapi sebelum kita nak belasah tu kita kena tau la betoi ka tak.. jangan terus terkam ja...

bila azan maghrib berkumandanag.. masing-masing peniaga dan pembeli ni tak hirau lansung dengan Azan maghrib tu.. semua sibuk membeli dan menjual.. bila habis saja azan semua lampu ditutp.. tapi jual beli tetap diteruskan.... dah pukul 8 lebih masih lagi sibuk dengan jual beli... kat mana solat nya? macam mana nak berkat rezeki ni?

tapi bila fikir balik.. kalau tak dak pasar malam ni pun tak boleh jugak.. sebab nya.. kesian yang bekerja tu.. time ni la beli barang basah pun.. kalau nat mana nak dan p.. keja kul 8.00 dah punch card.. pastu yang bujang-bujang ni nak makan apa? kat pasar malam la boleh saving pun.. sebab makanan dia murah-murah...

jadi nak buat cam na?   hmmm no solution....



Saturday, June 4, 2011

Program Cuti Sekolah

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera buat semua para blogger..

Alhamdulillah.. berjaya jugak pagi ni fiqah up satu entry.. hehe.. hampir seminggu tak menjengok ke sini. 2 hari ter akhir.. fiqah betul-betul sibuk dengan 5s company.. membantu dan mencurahkan bakti yang patut pada company... habis ja praktikal 31 Jun.. sampai umah.. abah cakap "kakak packing kita balik kampung"..
what balik kampung????.. hahaha.. memang best sangat.. suka gila kampung..

kampung tak jauh pun haa.. di Mukim Jabi, Pokok Sena Kedah.. dalam daerah Alor Setar..  kampung belah mak.. belah abah.... kat sini.. di mana fiqah menetap sekarang.. hehe.. umah tok/tokwan belah abah hanya sebelah umah fiqah.. hehe.. tapi 2-2 dah arwah.. sekrang tinggal yang belah mak ja.. 2 hari di sana.. conpem la tak dak internet.. kalau Pokok Sena macam blogger SZ tu dah pekan pokok sena.. ni mukim jabi kira ulu banat jugak la..

apa yang bes nya balik kampung... sebab boleh godek-godek tokwan.. heheh.. tokwan fiqah buat pisau hiasan.. macam seni yang dolu kala.. macam wali jantan dan haha... tak tau dah.. hehe.. fiqah ingat wali jantan ja.. sebab nama dia sangat la klasik.. satu lagi tokwan fiqah buat senapang patah/gajah.. fiqah tak tau mana satu.. musim sekarang dia sangat la sibuk.. uruskan senapang orang untuk renew lesen.. kan sesapa yang ada senapang kena ada lesen kan.. jadi bila nak kena renew lesen kena buat cantik-cantik la.. macam lori la.. bila nak renew lesen kena bawak puspakom kan.. jadi kena make up lawa-lawa meh...

jom layan program cuti sekolah fiqah atau lebih tepat acara godek-godek tokwan:

sudip nasi hasil tangan tokwan

sudip nasi hasil kami sekeluarga.. jauh beza sangat.. hahah



mak fiqah cuba asah skil.. hehe




abah pun tak ketinggalan.. yang penting "hidup rokok daun".. haha


ya ni la hero kami semua.. tokwan terchenta.. sapa kenai? dia penah masuk majalah tiga sekali dan utusan meloya sekali.. tahun 1999 atau 2000 kot..  OKU pembuat senapang

boleh jengok sini artikel pasai tokwan fiqah sikit ja story nya..









antara barang-barang yang terlibat.. ni la tempat kami melepak selalu... semua barang tokwan kat sini..

adik dapat upah licinkan sarung pisau.. hehe

pisau hiasan siap...



:::: layannzzzz... cuti sekolah kengkawan ke mana? kongsi mai...