Saturday, July 23, 2011

Semua Nak AAA..

Assalamualaikum w.b.t

alhamdulillah fiqah berjaya menghadap blog akhirnya sebab dah seminggu lebih jugak tinggal kan blog nih. maaf ye pembaca yang rajin ke sini hehe. sebenarnya fiqah agaklah sibuk dengan mencari stok untuk dijual sempena raya ni.

dua hari di Kuala Lumpur cari tudung, selendang, jubah dan baju untuk dijual nanti, tu tak termasuk dengan own make yang nak jual exclusive punya, sehari suntuk jugak penat mencari kedai kain yang murah-murah untuk beli dengan harga kodi.

okeh jom balik pada topic, apa maksud fiqah semua nak AAA. kes nak AAA ni bila kita menokok nambahkan apa yang ada pada kita untuk lebih dari orang lain padahal jauh lebih rendah dari orang. contoh yang Fiqah boleh bagi ialah pasal result exam. dapat 2.7 untuk current gpa tapi cerita dekat kawan-kawan dapat 3.7 current gpa, DL tuuuu.

rasanya ramai yang penah tengok cerita 'semua A' lakonan Nabil dengan Ayu Raudhah. haaaa, sama lah dengan topic Fiqah ni, bagi dia nak lebih sedia dari orang wal hal dia la paling lekeh, paling 'cokia' dek kerana inginkan pujian dan sikap yang besar hati ingin disanjung oleh orang keliling sampaikan awek sendiri yang cun melecun tu pun malu nak dibawak jalan, tak pandai bergaya katanya.

cuba kita perhatikan, orang macam ni mesti ada dalam hidup kita kalau tak kawan-kawan terdekat, adik-beradik (sepupu sepapat) wujud jugak. Fiqah tak faham kenapa mereka-mereka ni suka bersikap macam sebegitu rupa? adakah hanya sekadar inginkan pujian, atau mungkin tak mahu dipandang rendah oleh orang sekeliling, sebab rendah nanti kena kutuk "eh eh kau dapat banyak ni je?"

macam sedih ja bila kengkawan tinggi dan kita rendah, tapi bagi Fiqah pulak, apa nak malu, dah memang kita tak mampu, kengkawan semua DL kita ni je yang tak lepas. tak apa, biarkan, jadikan kengkawan kita ni sebagai batu loncatan pada kita untuk usaha dengan lebih lagi, sem depan buat betul-betul, usaha sungguh-sungguh.

tapi, bila kita bersikap 'semua AAA' ni, kita akan mula menjadi seorang yang akan memalukan diri kita balik. bagaimana? bila semua orang tau cerita yang sebenar, tak ke malu tu? tak ke jauh nanti kengkawan dengan kita? - "huh tak mau la aku kawan dengan Ali tu, kelentong ja keja nya, dah tak boleh tu ngaku ja lah"

malu dapat, kengkawan pun hilang. sedih tak? nanti bila si 'Ali' tu cakap apa-apa pasal diri dia orang akan cakap cenggini "Kau percaya la si Ali tu, semua nya bagus pasal dia, padahal hampeh" pastu dia cerita plak kat kengkawan yang lain, haaaa habis semua orang tau.


::: mengaku saja kita tak boleh, dan kita cuba lagi untuk menjadi lebih baik. jangan dilupa juga Allah, hanya Dia yang Maha Membantu... kalau usaha sendiri tanpa Dia juga tiada gunanya.

kengkawan lain ada pandangan tak?

Friday, July 15, 2011

Rahsia Tarikh Lahir Khurafat?

Assalamualaikum w.b.t dan selamat tengahari suma..

agaknya semua dah tau kot dan Fiqah memang ketinggalan zaman sebab baru tau. Tu pun  lepas baca yang ini di FACEBOOK, waaa memang sentap laaaa sebab Fiqah ni rajin jugak melayan menda-menda cenggini, selalu jugak tengok yang Dato' Fazilah Kamsah walaupun random saja bukan specific sikap kita begitu dan begini ada jugak yang mengikut bulan Islam dan mengikut hari. Macam-macam lagi la.


Sepatutnya kita tak percaya dan memang hukum dalam Islam sendiri pun meletakkan perkara ini sebagai khurafat dan bertentangan dengan Islam, tapi benda-benda macam ni memang sangat la bijak nak attract orang untuk percaya tambah-tambah orang yang iman ibarat senipis kulit bawang ni, sangat la terpengaruh, dah tu banyak pula yang kena "eh memang aku la ni" "haaa betul la tu, kena sungguh".

lepas tu apa lagi acara menggodek Pakcik Google la sebab perkara ni tak diketengahkan secara meluas, menyatakan benda-benda macam ni terkandung dalam khurafat. selalunya bila dah salah ni ramai orang akan pertikai dan akan keluar la segala mak nenek fakta fatwa menyatakan salah dari mana-mana page terutama pesbuk, tapi yang Fiqah jumpa hanya lah satu saja itu pun yang fiqah link kan kat atas.

maka bila dah menggodek fiqah jumpa ni "Meramal Nasib Melalui Tarikh lahir", semuanya dijawab dengan penuh dan lengkap oleh Dr.MAZA. Oleh yang demikian (che wahh ayat karangan SPM dah ni hehe), fiqah rasa yang Dr. Azizan tu pun kira salah la, sebabnya kita attend seminar tu untuk ubah hidup kita. seminar tu memang menggunakan angka tarikh lahir.

didarab ditambah ditolak dan dibahagi kemudian akan diceraikan mengikut angka-angka tertentu dah tu boleh tengok masa depan lagi sekiranya kita di angka 9(contoh) kemungkinan kita akan menjadi orang kayo pada umur sekian-sekian. Fiqah tak penah la join seminar ni tapi Fiqah dengar sendiri la dari orang-orang yang penah attend seminar Dr. Azizan ni.

Fiqah harap orang yang lebih arif boleh explain mengenai perkara ni dan kita kena ubah mentality masyarakat kita dengan percaya perkara-perkara macam ni. kawan-kawan sendiri ada apa-apa yang nak dikongsikan dengan Fiqah tak?

:::Dr. Azizan saman Fiqah memang niaya ja..

Thursday, July 14, 2011

Rezeki Cuti 3Bulan..

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera...

dah lebih sebulan cuti ni.. dah tengah bulan kedua dah.. cepatnya masa.. kadang-ladang tak perasaan "ehh dah tengah bulan"... tengah dok mencangak di rumah menjadi driver tetap juga 'house lady' tak bertauliah ni.. ada la idea bernas yang Allah beri untuk dapat income... hehe..

fiqah jadi penternak ayam kampung.. kalau ternak kucing berekor-ekor kurang jalan penjualan nya.. ya la kucing kampung tak payah cari.. tak payah beli.. mesti ada punya kat tepi-tepi umah tu.. sari sekilo ikan wajib spare kat umah ni.. tapi kalau bela ayam kampung, haaa insyallah income masyukkk...

dapat 2-2.. akhirat pun dapat dunia pun dapat.. hehe.. seronok bela ayam ni rupanya.. haha nasib baik duduk kampung.. dibuatnya fiqah ni duduk taman.. tak berjaya la nak bela ayam ni.. space tak da.. kampung ni kawasan luas.. ni dalam plan nak bela burung puyuh lak.. nak kena buat umah dulu... baru boleh bela burung ni..

insyallah dalam masa 3 bulan lagi boleh la jual ayam ni.. sekilo ayam kampung RM12.. sekor ayam mau gak sekilo lebih.. dah ada 30 ekor.. uiii.. kaya den.. hehe..

untuk bulan posa ni pulak fiqah nak pasarkan shawl satin.. ala yang macam yuna dan Hana Tajima pakai tu.. kawasan fiqah ni tak dak lagi.. jadi fiqah nak buat sendiri.. haaa.. kos rendah tuu.. tapi orang jual untung seganda.. patut la tauke-tauke tudung ni.. pakai keta besar-besar.. sebab memang jalannn.. kan pakaian ni keperluan.. jadi orang akan selalu beli..

jadi ada jugak la income masuk.. walaupun modal besar dan long term.. tapi insyallah berhasil kalau kita sabar dengan apa yang kita buat..


::: setiap orang ada pendapat tersendiri.. perasan tak kaum kita - melayu, orang kita - Islam.. bergaduh sesama sendiri pasal BERSIH.. jadi kenapa 'orang ni' sokong padahal yang penganjur tu penah buat kes dengan orang Islam..  sebab dia pandangan sendiri.. jangan kita pertikai.. ada sebab yang lagi munasabah yang mungkin kita tak pk.. mungkin tak nampak..

kenapa 'orang tu' tak sokong, dari sudut lain pula yang dia nampak.. dari sudut yang menyeluruh dari semua aspek.. atau mungkin juga dari aspek penganjur itu semata-mata.. jadi jangan pertikai sebab ada yang kita tak paham dan ada yang kita tak terlihat dek mata kasar..

tapi kenapa kita antara kita yang umat Islam ni nak gaduh???? tunding jari itu tak betul ini tak betul???
(baik fiqah buat entry hehe)

Wednesday, July 13, 2011

Baru Sorang...

Assalamualaikum W.B.T  dan Salam sejahtera buat semua...

tengah panas hati sebab kena belasah oleh ANONYMOUS sesuka hati bapak tiri laki mak dia ja.. oppsss terkasar lak.. tapi geram sangat sebab dia bantai random.. ingat semua orang macam dia ka? macam keluarga dia ka? macam awek dia ka?.. huh .. marah ni marah ni..

haha tapi nak tergelak sebab ni kali pertama kena dengan anon.. direct lak tu.. memang special buat fiqah la segala mak nenek ayat dia tu.. sebab dia letak nama fiqah.. tu yang "lu bikin wa pannnaaaaassss ja".. tapi bab yang nak tergelak tu.. bukan kat sini haa... kat blog orang lain.. kekeke..

cuba bayangkan blogger-blogger yang lain.. yang femes lagi fofular selalu kena attack dengan anon ni.. bukan kena attack setakat di blog mereka saja.. blog orang lain pun dia sempat lagi membuat onar pasal blogger yang dia banned tahap gaban ni.. dia sempat tambah lagi bila jumpa pesbuk dan twitter.. ada ja yang nak mengomen dan meng 'smash' sesuka hati mereka ni..

respect la pada mereka-mereka ni.. sangat la sabar menahan ujian dan dugaan dari anon ni.. ANONYMOUS yang hanya berani di belakang tabir.. yang hanya tampil tanpa pengenalan diri.. ada jugak la letak nama.. tak tak dak jejak.. haha..

:::oh anon tanpa mu hidup tak ber erti.. dan.. boleh dapat pahala free.. sabar sabar sabar..

Tuesday, July 12, 2011

Drama Cinta Islamik Melanda Mesia..

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera..

alhamdulillah akhirnya berjaya tengok Nur Kasih semalam.. haha ketinggalan kan.. cerita dah basi pun baru nak tengok.. tapi peduli hapa.. fiqah boleh save bajet woo.. family ada 7orang.. kalau bawak tengok cinema mau bankrup sebulan.. 3 bulan gaji pun tak mampu nak cover balik.. hehe

bukan la tak mau tolong memberi rezeki halal pada pelakon-pelakon kita ni.. tapi rasa macam tak berbaloi bagi.. hehe.. baik tak yah tengok.. tapi nak buat camna fiqah perempuan.. nafsu tu kuatnya la nak tengok.. 2 hari lepas dah boleh download cerita ni di mana-mana saja page yang available.. sapa yang belum lagi tengok boleh la download cerita ni..

berjaya jugak untuk tak baca mana-mana sinopsis cerita ni.. haha punya nak tengok sendiri tak mau dengar.. memang terbaik.. gud job la kabir bhatia.. habis ja cerita basi ni.. tetiba cerita Cinta Islamik ni tumbuh bagaikan cendawan di TV3.. TV lain tak tau la.. fiqah tak tengok.. hehe..

apa pendapat kengkawan mengenai cerita cenggini makin femes di TIBI?

pendapat fiqah dulu ye,
cerita macam ni memang la sangat bagus untuk kita.. sebab apa? sebab cerita dia Islamik la.. bukan Gengster.. hehe.. kang kena saman sebut gengster.. eh tak tak.. samseng ja.. TAPI.. ya masih bertapi.. cerita macam ni tak membawa sebarang pengertian pada penonton sebab pelakonnya... pelakonnya yang hanya berlakon.. tapi hakikat yang benar.. mereka juga bukan sebegitu..

kalau la yang berlakon tu pun tak beri kesan.. yang tengok lagi la tak beri kesan.. dah tu pulak.. nak cerita pasal Islam.. tapi selit jugak pasal la Cintan Cintun ni.. selit jugak bab-bab paling merapu tu -Jumpa Tok Bomoh-.. lama-lama bila tengok cerita cinta islamik ni makin tak bawa ke mana..

manfaat pun tak dapat faedah pun tak dapat.. yang dapat hanyala keadaan kita yang suka berangan-angan..
"eee kan best dapat Seth Tan tu jadi husband"... err.. jadi kesimpulannya jom tengok Ustaz Zamri di Mari Mengaji.. hehe...


:::: Saya Sokong BERSIH.. ok jangan cakap2..

Thursday, July 7, 2011

Sekolah Agama Bukan Tempat Pulih Akhlak

Assalamualaikum w.b.t  dan selamat hari kamis..

sebelum nak jump to topic.. fiqah nak say sorry dulu.. sebab fiqah dah banyak kali miss entry untuk hari-hari.. semenjak jadi 'house lady' ni.. memang otak blur.. tak tau nak cerita tentang apa.. tak tau nak naik kan topic apa.. ya la.. kan duduk rumah ja.. keluar pun bila pagi dan tengah hari.. hantar dan ambik adik-adik dari sekolah.. jadi bila ada kengkawan blogger yang rajin datang sini tengok dah lama tak update..jangan lari eh.. hehe

salute pada kebanyakkan housewife yang sari-sari boleh update 2 3 entry.. memang berjalan la minda mereka ni.. hehe.. benar la.. dengan bermusafir itu kita peroleh ilmu.. tengah gerak p keja pun boleh dapat info dan ilmu lagi..

okeh berbalik pada topic.. fiqah lahir dari sekolah Agama Rakyat.. haaa jangan terkejut.. bukan dari Sekolah agama terkenal macam Maktab Mahmud, al-Mansyur, Yayasan Khariah dan lain-lain tu... tapi fiqah lahir dari Sekolah Agama Rakyat yang sangat femes dengan orang jolokan sekeliling "sekolah bina akhlak".

tapi siapa sangka fiqah berjaya sampai ke peringkat ijazah.. dan kawan fiqah adalah salah sorang student yang layak menjadi transfer student ke German.. sedangkan kawan-kawan lain yang tukar sekolah lepas PMR ke sekolah biasa dengan alasan Sekolah Agama tak punya masa depan sekarang hanya bekerja sebagai operator kilang... 

Tapi yang ralatnya kenapa sekolah yang memberi pendidikan dunia dan akhirat tu dicemuh dan diberikan jolokan dengan yang tak sepatutnya? nak salahkan guru-guru kah bila para pelajarnya tak beradab.. nak salahkan sekolah kah bila pelajar-pelajar tak berjaya pendidikan dunia?

ke salah mak ayah yang tak pandai didik anak-anak??? bila anak-anak yang diberanakan tidak dicorakkan seindah mungkin kemudian dengan mengambil jalan mudah hantar anak-anak ke sekolah agama... bila di sekolah perlu berpakaian menutup aurat.. memakai tudung labuh.. berstoking panjang bertangan cekak.. berkopiah putih dan bersongkok hitam.. tapi di rumah mak ayah tak peduli pun anak-anak keluar rumah pakai baju baby t.. malah tak bertudung pun... di tambah dengan 'banggel' (entah betul ke tak ejaannya).. rantai besar lilit tengkuk.. 

bila para-para artis inginkan anak-anak dibesarkan dengan sekolah tahfiz.... tapi di rumah anak-anak dilentur seperti anak-anak David Beckham.. akhir sekali jalan penyelesaian paling mudah.. hantar ke Sekolah Agama.. kalau hantar ke sekolah biasa tak lepas.. sebab study lingkup attitude hancur.. Sekolah Agama jugak yang terima.. ya la nak dielokkan akhlaknya..sudah nya anak-anak sebegini palit arang hitam berkilat pada guru-guru dan nama sekolah.. Pelajar Sekolah Agama ditangkap Khalwat" "Pelajar Sekolah Agama Termengandung Tanpa Nikah" "Pelajar Sekolah Agama Belasah Cikgu"..

walaupun kita tak banyak dengar kes mengenai Pelajar Sekolah Agama ni.. tapi hakikatnya banyak kes melibatkan kehancuran akhlak yang membusukan nama sekolah tanpa disedari oleh media.. melainkan kes yang melibatkan kematian.. ohhh cepat sungguh kalau bab tu..

nak salah siapa? Sekolah Agama tak berjaya pulih akhlak.. Sekolah Agama tak Pandai didik pelajar.. atau ibu bapa sekarang yang lebih banyak lepas tangan.. disalahkan sekolah bila terjadi apa-apa..  sedangkan tugas guru adalah mengajar.. tanggungjawab ibu bapa adalah mendidik.. Guru jugak yang salah.. kan Rozita Che Wan (opss terberi contoh).. hehe

::: pakcik : Cikgu ngajar sekolah mana?
   Cikgu  : Sekolah Agama pakcik
   pakcik : ooo Seklolah Bina akhlak..

demmmm...






Friday, July 1, 2011

Bingkisan Buat Melur Jelita

Assalamualaikum buat semua.. salam pagi jumaat yang barakah..

sedikit sentuhan ngok ngek dari fiqah untuk ASST:



Puteri Intan Zulaikha -

Hilman..
izinkan saya merindui awak..
mengingati awak..
mencintai awak..
kiranya kita tidak ditakdirkan bersama di dunia ini..
semoga akhirat kelak, kita akan menjadi suami isteri..
Amin ya Robbal Alamin..

"ai malu u.." =)


Hilman Yong -

"benda yang kita suka, kita sayang, sampai masanya akan diambil kembali. jangan letakkan sayang itu melebihi sayang dan cinta Allah. barulah kita redha dan sabar atas kehilangannya.

mungkin sebab Intan tak dapat apa yang Intan nak, bila di tolak atau gagal, Intan tak boleh terima, tetapi itulah proses kematangan Intan dalam menghadapi hidup. hanya sabar, sabar dan sabar. percayalah kalau ia sudah tertulis akan menjadi milik Intan, suatu hari nanti, Intan akan dapat kembali, dengan cara yang tidak disangka-sangka, dan mungkin yang lebih baik dari yang hilang dulu"

"saya tau saya hensem jangan cakap apa-apa.. haha"


buat Momma Jelita,

saya tak pandai berkata-kata.. cuma apa yang mampu saya cakap kan adalah SABAR.. pasti ada hikmahnya.. jangan sedih-sedih.. kami penyokong tegar ASST akan terus meyokong akak depan belakang kiri dan kanan..


"Allah lah yang memegang hati itu, andai hati itu terluka, ingatkan ia tentang Penyembuhnya, agar Dia titipkan penawar bisa, Andai hati itu kecewa, ingatkan ia tentang Pelindungnya, agar Dia usirkan segala duka. Andai hati itu terpalit dosa, ingatkan ia tentang Pengampunnya, agar Dia bersihkan debu noda. Andai hati itu gundah gulana, ingatkan ia tentang Pentadbirnya, agar Dia hembuskan tenang ke dada"