Thursday, August 11, 2011

Matching Baju Raya

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera..

dah banyak tahun dah kita semua pakat jadikan raya ni trend untuk match baju raya sama ada dengan keluarga ataupun dengan kekasih hati. memang seronok bila di pagi raya semua pakai sedondon pastu pergi solat raya sesama orang tau dah "ooo tu satu family".

tapi yang tak besnya bila Fiqah mula jual menjual ni yang kalut nak matching sangat bukanlah ahli keluarga tapi lebih kepada kekasih hati. si perempuan nak tema purple yang si buah hati tercintanya pun kena pakai purple. alahai bukan raya sekali pun (yang dok jauh tu la).

kita raya dengan mak ayah haa, dengan adik-adik kan lebih meriah kalau kita buat tema dengan family kita dari kita selalu sangat dok utamakan sang kekasih yang jauh di mata tu.

uiks panjang dah mukaddimah ni,hehe. sebenarnya nak share apa yang Fiqah baru tau ni, rupanya tiap-tiap tahun raya ada tema kaler. Tahun lepas kaler hijau, tahun ni pulak kaler biru. customer yang masuk pulak, bila tanya "tema apa kak?" "biru" mostly biru. alahai dah la stok baju banyak grey dengan pink. hancussss gak la kali ni.

mau tak mau kena buat price revise untuk keluarkan jugak stok sebab nak masukkan stok baru yang lebih banyak patent dan lebih banyak kaler BIRU. so, sebagai penjual ni kena tau la tahun depan kaler apa pulak?hmmm tapi macam tak syok kan. p rumah A kaler biru p rumah si B pun kaler biru dah la kita pun pakai biru.


:::: lebih meriah bila tema baju sama dengan family dan cari tema luar daerah baru la lain dari yang lain kan??

Wednesday, August 10, 2011

Amal Jariah paling MUDAH.

Assalamualaikum w.b.t dan selamat petang..


Tuesday, August 9, 2011

"Pasar Malam Lagi Murah"

assalamualaikum wbt.. bismillahirahhmanirahhim..

sale hari ni kurang banyak nampaknya maklumlah workday kan siapa la yang nak shopping time keja? kalau malam nanti insyallah ada customer kot. Fiqah tak puas hati betul la dengan orang-orang kita ni, dah masuk hari kelapan jual pakaian-pakaian raya ni ada jugak eh orang yang suka cakap macam ni:

 "eh mahal nya, beli kat luar lagi murah"

"tudia aih mak cik beli kat pasar malam lagi murah, kain pun elok"

okeh sudah malas nak taip lagi ayat yang menyakitkan hati ni, alahai kakak-kakak dan makcik-makcik sekalian ini Giant la bukan pasar malam bukan luar yang kedai tepi-tepi jalan tu, ini hypermall. Tulun..... Tulun laaa paham kalau nak murah beli haa kat pasar malam. tak payah nak datang membeli dekat sini.

dah sound direct cenggitu, dah tu nak jugak-jugak dengan harga pasar malam, adoi "saya bayar sewa 1 tapak RM2500 tau kalau nak murah p la kat pasar malam yang sewa tapak dia semalam RM5 tu", mau jugak sound camni tapi bila fikir customer yang "selalu betoi" tu senyap je la dan beri senyuman paling hipokrit hahaha.

ada jugak yang pesyen kita jual keronsang RM4 dia nak beli RM3, bila cakap tak boleh dia ambik juga bila time bayar bagi RM3 je, ish parah-parah. tudia la orang melayu kita nak yang orang jugak-jugak tapi tak mahu bayar ikut "harga benar"

::::dah la posa, bila ngutuk kang niaya ja posa tapi geram eeee geram........ jangan sama kan pasar malam yang tak berbumbung tu dengan Giant yang ber'aircond' ni...  jiwa rasanya... 

Monday, August 8, 2011

yuhuuuu...Jengah Kembali....

Assalamualaikum w.b.t dan selamat pagi isnin..

ya Allah ya Allah ya Allah seronoknya boleh tengok blog ni, dah berapa lama Fiqah tak update pun Fiqah dah tak ingat. maaf ya kengkawan tak dapat connect dengan internet, modem rosak kena sambar kilat, aiyak. dah 2 minggu jugak la umah tak dak internet. haha kesian adik-adik tak dapat nak membuang masa.

Fiqah dah start menjual di  booth Ramadhan kat Giant Kulim ni ha. seminggu dah, seronok keja sini walaupun income macam tak memuaskan, ya la baru lagi haaa nanti seminggu lagi nak raya sampai tak menang tangan rasanya.

ni dah masuk hari bekerja memang slow terus la, macam tak da sapa hehe. okeh sebelum nak chow Fiqah nak promote "sapa-sapa yang dok kat Kulim Kedah ni mai la noo beli baju raya tudung raya handbag raya kat Fiqah" hehe booth Fiqah paling senang dok betul-betul belakang roti mama. datang tau jangan tak datang..  okeh jumpa lagi.. huhu