Thursday, July 7, 2011

Sekolah Agama Bukan Tempat Pulih Akhlak

Assalamualaikum w.b.t  dan selamat hari kamis..

sebelum nak jump to topic.. fiqah nak say sorry dulu.. sebab fiqah dah banyak kali miss entry untuk hari-hari.. semenjak jadi 'house lady' ni.. memang otak blur.. tak tau nak cerita tentang apa.. tak tau nak naik kan topic apa.. ya la.. kan duduk rumah ja.. keluar pun bila pagi dan tengah hari.. hantar dan ambik adik-adik dari sekolah.. jadi bila ada kengkawan blogger yang rajin datang sini tengok dah lama tak update..jangan lari eh.. hehe

salute pada kebanyakkan housewife yang sari-sari boleh update 2 3 entry.. memang berjalan la minda mereka ni.. hehe.. benar la.. dengan bermusafir itu kita peroleh ilmu.. tengah gerak p keja pun boleh dapat info dan ilmu lagi..

okeh berbalik pada topic.. fiqah lahir dari sekolah Agama Rakyat.. haaa jangan terkejut.. bukan dari Sekolah agama terkenal macam Maktab Mahmud, al-Mansyur, Yayasan Khariah dan lain-lain tu... tapi fiqah lahir dari Sekolah Agama Rakyat yang sangat femes dengan orang jolokan sekeliling "sekolah bina akhlak".

tapi siapa sangka fiqah berjaya sampai ke peringkat ijazah.. dan kawan fiqah adalah salah sorang student yang layak menjadi transfer student ke German.. sedangkan kawan-kawan lain yang tukar sekolah lepas PMR ke sekolah biasa dengan alasan Sekolah Agama tak punya masa depan sekarang hanya bekerja sebagai operator kilang... 

Tapi yang ralatnya kenapa sekolah yang memberi pendidikan dunia dan akhirat tu dicemuh dan diberikan jolokan dengan yang tak sepatutnya? nak salahkan guru-guru kah bila para pelajarnya tak beradab.. nak salahkan sekolah kah bila pelajar-pelajar tak berjaya pendidikan dunia?

ke salah mak ayah yang tak pandai didik anak-anak??? bila anak-anak yang diberanakan tidak dicorakkan seindah mungkin kemudian dengan mengambil jalan mudah hantar anak-anak ke sekolah agama... bila di sekolah perlu berpakaian menutup aurat.. memakai tudung labuh.. berstoking panjang bertangan cekak.. berkopiah putih dan bersongkok hitam.. tapi di rumah mak ayah tak peduli pun anak-anak keluar rumah pakai baju baby t.. malah tak bertudung pun... di tambah dengan 'banggel' (entah betul ke tak ejaannya).. rantai besar lilit tengkuk.. 

bila para-para artis inginkan anak-anak dibesarkan dengan sekolah tahfiz.... tapi di rumah anak-anak dilentur seperti anak-anak David Beckham.. akhir sekali jalan penyelesaian paling mudah.. hantar ke Sekolah Agama.. kalau hantar ke sekolah biasa tak lepas.. sebab study lingkup attitude hancur.. Sekolah Agama jugak yang terima.. ya la nak dielokkan akhlaknya..sudah nya anak-anak sebegini palit arang hitam berkilat pada guru-guru dan nama sekolah.. Pelajar Sekolah Agama ditangkap Khalwat" "Pelajar Sekolah Agama Termengandung Tanpa Nikah" "Pelajar Sekolah Agama Belasah Cikgu"..

walaupun kita tak banyak dengar kes mengenai Pelajar Sekolah Agama ni.. tapi hakikatnya banyak kes melibatkan kehancuran akhlak yang membusukan nama sekolah tanpa disedari oleh media.. melainkan kes yang melibatkan kematian.. ohhh cepat sungguh kalau bab tu..

nak salah siapa? Sekolah Agama tak berjaya pulih akhlak.. Sekolah Agama tak Pandai didik pelajar.. atau ibu bapa sekarang yang lebih banyak lepas tangan.. disalahkan sekolah bila terjadi apa-apa..  sedangkan tugas guru adalah mengajar.. tanggungjawab ibu bapa adalah mendidik.. Guru jugak yang salah.. kan Rozita Che Wan (opss terberi contoh).. hehe

::: pakcik : Cikgu ngajar sekolah mana?
   Cikgu  : Sekolah Agama pakcik
   pakcik : ooo Seklolah Bina akhlak..

demmmm...






10 comments:

wan said...

sekolah atau ape2 je institusi pengajian bukan faktor utama..tapi yg jadi faktor utama adalah diri indvidu 2 sndiri..yg lain memanglah boleh dikaitkan jgak..tp sekadar faktor sampingan je..bg sy lah..:)

AL-QASSAM said...

Saya dari sekolah biasa.. dan saya sangat jeleous dengan budak sekolah agama. Ingin sangat pergi menuntut di sekolah agama, so for me, sekolah agama memang tempat untuk pulih akhlak saya yang tak berapa sihat nie..

mykhalis said...

jgn memandang rendah pada institusi pendidikan agama.. kebanyakan yang dah hantar mesti akan hantar anak-anak lain pulak

puteri ain said...

kita sbg manusia xde hak lgsg nak judge orang mcm tu . smuanye berdasarkan diri masing2.

yatyat said...

hurm........susah bile orng tu terlalu cepat menerima tp tak penah nak 'analisis' sendiri.......

~nsar~ said...

@wan:

itu sy sokong jugak..

~nsar~ said...

@AQ:
banned AQ ni karang baru tau.. haha =)

nak pulih akhlak bukan di sekolah agama la.. bnyk tempat lagi.. pusat serenti ke.. nak ngan tak nak ja..

~nsar~ said...

@mykhalis:
benarrrrr.. itu benarrr sekali..

~nsar~ said...

@puteri ain:
tapi mulut orang.. tetap tak boleh tutup..

~nsar~ said...

@yatyat
tak buat hipotesis tudia la jadinya..