Thursday, July 14, 2011

Rezeki Cuti 3Bulan..

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera...

dah lebih sebulan cuti ni.. dah tengah bulan kedua dah.. cepatnya masa.. kadang-ladang tak perasaan "ehh dah tengah bulan"... tengah dok mencangak di rumah menjadi driver tetap juga 'house lady' tak bertauliah ni.. ada la idea bernas yang Allah beri untuk dapat income... hehe..

fiqah jadi penternak ayam kampung.. kalau ternak kucing berekor-ekor kurang jalan penjualan nya.. ya la kucing kampung tak payah cari.. tak payah beli.. mesti ada punya kat tepi-tepi umah tu.. sari sekilo ikan wajib spare kat umah ni.. tapi kalau bela ayam kampung, haaa insyallah income masyukkk...

dapat 2-2.. akhirat pun dapat dunia pun dapat.. hehe.. seronok bela ayam ni rupanya.. haha nasib baik duduk kampung.. dibuatnya fiqah ni duduk taman.. tak berjaya la nak bela ayam ni.. space tak da.. kampung ni kawasan luas.. ni dalam plan nak bela burung puyuh lak.. nak kena buat umah dulu... baru boleh bela burung ni..

insyallah dalam masa 3 bulan lagi boleh la jual ayam ni.. sekilo ayam kampung RM12.. sekor ayam mau gak sekilo lebih.. dah ada 30 ekor.. uiii.. kaya den.. hehe..

untuk bulan posa ni pulak fiqah nak pasarkan shawl satin.. ala yang macam yuna dan Hana Tajima pakai tu.. kawasan fiqah ni tak dak lagi.. jadi fiqah nak buat sendiri.. haaa.. kos rendah tuu.. tapi orang jual untung seganda.. patut la tauke-tauke tudung ni.. pakai keta besar-besar.. sebab memang jalannn.. kan pakaian ni keperluan.. jadi orang akan selalu beli..

jadi ada jugak la income masuk.. walaupun modal besar dan long term.. tapi insyallah berhasil kalau kita sabar dengan apa yang kita buat..


::: setiap orang ada pendapat tersendiri.. perasan tak kaum kita - melayu, orang kita - Islam.. bergaduh sesama sendiri pasal BERSIH.. jadi kenapa 'orang ni' sokong padahal yang penganjur tu penah buat kes dengan orang Islam..  sebab dia pandangan sendiri.. jangan kita pertikai.. ada sebab yang lagi munasabah yang mungkin kita tak pk.. mungkin tak nampak..

kenapa 'orang tu' tak sokong, dari sudut lain pula yang dia nampak.. dari sudut yang menyeluruh dari semua aspek.. atau mungkin juga dari aspek penganjur itu semata-mata.. jadi jangan pertikai sebab ada yang kita tak paham dan ada yang kita tak terlihat dek mata kasar..

tapi kenapa kita antara kita yang umat Islam ni nak gaduh???? tunding jari itu tak betul ini tak betul???
(baik fiqah buat entry hehe)

10 comments:

mykhalis said...

wah,, bakal jadi usahawan tudung la lepas ni..leh wat GA..kan kan?

Qaseh dalia adelia said...

pehhh businesswoman .. hehe .. ayam mahal skang ni

puteri ain said...

pwewitt , peniaga berjaya :D

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

wah.. businesswomen.. anti dah kaya kita kawen yerk.. leh aku jadi kaya sekali.. hahaha

Ibnushukran said...

bagus2.. perniagaan pkerjaan yang paling mnguntungkan, sunnah plak tu.. harap sis peroleh manfaat untk usha ni..

~nsar~ said...

@mykhalis:
haha.. insyallah.. boleh buat GA.. kalau rezki lebih sy buat GA..

~nsar~ said...

@Qaseh:
hehe tu la.. boleh kayo den.. haha

~nsar~ said...

@puteri-ain:
phewit phewit.. haha.. insyallah.. doa2 kan ya..

~nsar~ said...

@taufik:
bagi awek ko ligan aku tak cukup tanah?

~nsar~ said...

@ibnushukran:
insyallah.. terima ksih dik atas sokongan tu.. wa caya sama lu..