Tuesday, July 12, 2011

Drama Cinta Islamik Melanda Mesia..

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera..

alhamdulillah akhirnya berjaya tengok Nur Kasih semalam.. haha ketinggalan kan.. cerita dah basi pun baru nak tengok.. tapi peduli hapa.. fiqah boleh save bajet woo.. family ada 7orang.. kalau bawak tengok cinema mau bankrup sebulan.. 3 bulan gaji pun tak mampu nak cover balik.. hehe

bukan la tak mau tolong memberi rezeki halal pada pelakon-pelakon kita ni.. tapi rasa macam tak berbaloi bagi.. hehe.. baik tak yah tengok.. tapi nak buat camna fiqah perempuan.. nafsu tu kuatnya la nak tengok.. 2 hari lepas dah boleh download cerita ni di mana-mana saja page yang available.. sapa yang belum lagi tengok boleh la download cerita ni..

berjaya jugak untuk tak baca mana-mana sinopsis cerita ni.. haha punya nak tengok sendiri tak mau dengar.. memang terbaik.. gud job la kabir bhatia.. habis ja cerita basi ni.. tetiba cerita Cinta Islamik ni tumbuh bagaikan cendawan di TV3.. TV lain tak tau la.. fiqah tak tengok.. hehe..

apa pendapat kengkawan mengenai cerita cenggini makin femes di TIBI?

pendapat fiqah dulu ye,
cerita macam ni memang la sangat bagus untuk kita.. sebab apa? sebab cerita dia Islamik la.. bukan Gengster.. hehe.. kang kena saman sebut gengster.. eh tak tak.. samseng ja.. TAPI.. ya masih bertapi.. cerita macam ni tak membawa sebarang pengertian pada penonton sebab pelakonnya... pelakonnya yang hanya berlakon.. tapi hakikat yang benar.. mereka juga bukan sebegitu..

kalau la yang berlakon tu pun tak beri kesan.. yang tengok lagi la tak beri kesan.. dah tu pulak.. nak cerita pasal Islam.. tapi selit jugak pasal la Cintan Cintun ni.. selit jugak bab-bab paling merapu tu -Jumpa Tok Bomoh-.. lama-lama bila tengok cerita cinta islamik ni makin tak bawa ke mana..

manfaat pun tak dapat faedah pun tak dapat.. yang dapat hanyala keadaan kita yang suka berangan-angan..
"eee kan best dapat Seth Tan tu jadi husband"... err.. jadi kesimpulannya jom tengok Ustaz Zamri di Mari Mengaji.. hehe...


:::: Saya Sokong BERSIH.. ok jangan cakap2..

8 comments:

~~Ticer Wann~~ said...

pengarah drama nak tiru macam ketika cinta bertasbih kot.. bukan maksud nak mengutuk drama tempatan tapi kan best kalau tak de adengan bersentuh-sentuh dalam drama Islamik tersebut.. :D

shaker said...

hurm.. tu la.. semua dah diislamikkan.. tapi cinta tu mesti ada.. utk tarik peminat..

mykhalis said...

nak berdakwah melalui drama?pelakon sendiri tak percaya apa yg dia lakonkan

Qaseh dalia adelia said...

cari pelakon yg sememangnya bertudung , skrip yang islamik ,jalan cerita pun islamik..superbbb

~nsar~ said...

@ticerr wan
kan???.. ni tak.. nak jugak u sentuh i.. i sentuh u..

~nsar~ said...

@shaker
islamik tak pa.. ni yang berlakon tu pun tak islamik..

~nsar~ said...

@mykhalis:
statement paling disokong.. huhu

~nsar~ said...

@qaseh:
benaaarrrr sekali.. baru kaww...