Saturday, October 8, 2011

Tuang Kelas Lagi!!!

assalamualaikum w.b.t

apa kabar weekend ni? Fiqah baru sampai dari rumah, err tak baru la kira dah 4 5 jam hehe. awal kelas hari tu Fiqah dah ponteng 2 hari. alasan memang munasabah Fiqah bagi, ARAU BANJIR hahaha.. tapi memang banjir. kelas stat hari rabu pastu berita di tv malam selasa tu katakan arau banjir dan flyover nak ke kangar dah di tutup..

uishh biar betiq.. dah la tengah packing.. nak balik esok tu then Fiqah korek punya korek memang dah dasat jugak banjir time tu.. tapi tak la kategori 'worst'.. Fiqah ambik keputusan tak nak balik.. teruskan je la cutinya sampai ahad.. hehe walaupun Lecturers yang terlibat kelas untuk hari rabu dan kamis tu tetap buat kelas.. banjir pun redah jugak yang namanya lecturers ni..

minggu ni pun Fiqah tuang kelas lagi.. alasan yang paling munasabah Fiqah beri pada lecturers sekalian adalah mak abah pegi haji.. tapi yang peginya tok and tokwan.. hehe tipu sunat weh.. tok+tokwan kena gerak ke Airport Bayan Lepas hari khamis.. tapi orang tua-tua ni ada la pantang larangnya.. dek takut tak sempat nak register kat Tabung Haji Terminal Berlepas pada pukul 11 pagi kamis tu.

kami semua gerak ke Penang dari Mukim Jabi Pokok Sena pukul 12 malam rabu err kira kamis la.. jadi Fiqah buat la kos lepas untuk kelas hari rabu dan kamis.. hari rabu ke kamis langsung tak tido..  punya nak 'celebrate' tok+tokwan pegi haji.. padahnya dah 3 hari takda suara.. kalah kodok terbuang.. waaa...

mungkin disebabkan cuaca yangberbeza antara kulim, pokok senan dan penang.. atau mungkin jugak badan yang tak rehat dengan cukup.. disebabkan

1- buat assigment sampai kul 2 pagi direct minggu lepas.. (Fiqah seorang yang tido sharp kul 11 malam okeh)
2- uruskan tok+tokwan pasal pegi Mekah ni (dengan segala kenduri dan barang-barang yang diperlukan)

sebab Fiqah cucu Sulung.. dan dikenakan kerja yang lebih sebab tak dak kelas jumaat sabtu ahad.. adik beradik lain semua dah balik awal sebab kedah kan keja+sekolah hari Ahad.. dan pihak Tabung Haji inform flight last minute.. tak dan kata apa.. hadoi..

dan hari ni kenapa balik awal?? esok kan cuti lagi... sebab nya nak ligan assigment yang habuk pun tak bukak baca soklan lagi sedangkan selasa kena present as well as hantar hard copy.. hurmm..

tapi yang bes nya walaupun rasa tersangat la rugi tuang kelas sampai 2 hari.. pengalaman pertama selama 23 tahun hidup ni adalah tengok orang p haji.. seronok nya suasana tu tak dapat nak cerita... selalu tengok drama ja.. ni real depan mata.. dari awal kenduri hingga nak p haji.. orang datang rumah tak berhenti.. masa nak gerak keluar tu kan ada ramai orang yang iring dari sesi minta maaf hingga sesi masuk kereta.. pastu sesi escort anak beranak ramai-ramai ke airport pastu sesi terakhir adalah sesi berpisah sebelum tok+tokwan daftar dengan pihak Tabung Haji..

dah 2 hari tok+tokwan kat sana.. tiap-tiap pagi call anak-anak.. haha masa nak p tu.. wajah masing-masing tak ceria lansung.. tapi bila kat sana.. suara gembira tak terkata..

::: moga tok+tokwan mendapat haji mabrur..

Thursday, September 29, 2011

Lama Sungguh Cuti !!!

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera..


apa kabar bloggers sekalian? harap sihat dan diberkati untuk hari ini dan hari-hari akan datang.

alhamulillah akhirnya, dapat juga berjumpa dengan blog ni, hehe. Maaf, lama sungguh Fiqah tinggalkan blog ni, sebulan lebih. Setelah apa yang jadi, ingat nak stop berblog ni, tapi Fiqah yang suka membaca ni tak boleh jugak tinggal, teringin juga sekali sekala tu memberi pendapat.

post yang terakhir bulan 8 hari tu adalah hari terakhir sebelum Fiqah accident. hari esoknya on da way nak p keja Fiqah accident. nak elak keta belakang yang laju gila Fiqah terjun lubang. lubang yang besar gila sebab keta sepupu Fiqah terjun lubang tu pecah tayar. jadi bayang kan tayar moto LC nuovo, kecik kan?

seminggu Fiqah terlantar kat rumah, hari kelapan masuk keja balik. kaki still capik hehe tapi disebabkan janji untuk tolong abang sepupu, Fiqah turun jugak Giant lepas balik dari hospital buang benang. 10 jahitan jugak, bila ingat memang ngeri, tapi pengalaman tu kekeke

ni dah masuk minggu ke - 3 di UiTM Arau. sangat la sibuk tak sempat nak buat apa. Final sem kali ni sangat menguji ketahanan daya tidur dan masa yang sangat tight untuk siapkan assignment dalam masa sehari. kejam gak lecturer final sem ni. hehe

alhamdulillah hari ni free, nak jugak update blog. kelas tak pack tapi submit assignment tu yang horror. bagi hari ni esok submit as well as present. tiap minggu lak tu.

tak boleh nak update selalu macam keja dulu. sekarang ni study balik. tapi insyallah Fiqah akan cuba untuk update blog dalam semiggu sekali ke, bergantung pada masa la ye. doakan Fiqah ya kawan-kawan agar berjaya untuk final sem ni. dan supaya parut-parut yang ada ni cepat la hilang.. hehe.. adious..


Thursday, August 11, 2011

Matching Baju Raya

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera..

dah banyak tahun dah kita semua pakat jadikan raya ni trend untuk match baju raya sama ada dengan keluarga ataupun dengan kekasih hati. memang seronok bila di pagi raya semua pakai sedondon pastu pergi solat raya sesama orang tau dah "ooo tu satu family".

tapi yang tak besnya bila Fiqah mula jual menjual ni yang kalut nak matching sangat bukanlah ahli keluarga tapi lebih kepada kekasih hati. si perempuan nak tema purple yang si buah hati tercintanya pun kena pakai purple. alahai bukan raya sekali pun (yang dok jauh tu la).

kita raya dengan mak ayah haa, dengan adik-adik kan lebih meriah kalau kita buat tema dengan family kita dari kita selalu sangat dok utamakan sang kekasih yang jauh di mata tu.

uiks panjang dah mukaddimah ni,hehe. sebenarnya nak share apa yang Fiqah baru tau ni, rupanya tiap-tiap tahun raya ada tema kaler. Tahun lepas kaler hijau, tahun ni pulak kaler biru. customer yang masuk pulak, bila tanya "tema apa kak?" "biru" mostly biru. alahai dah la stok baju banyak grey dengan pink. hancussss gak la kali ni.

mau tak mau kena buat price revise untuk keluarkan jugak stok sebab nak masukkan stok baru yang lebih banyak patent dan lebih banyak kaler BIRU. so, sebagai penjual ni kena tau la tahun depan kaler apa pulak?hmmm tapi macam tak syok kan. p rumah A kaler biru p rumah si B pun kaler biru dah la kita pun pakai biru.


:::: lebih meriah bila tema baju sama dengan family dan cari tema luar daerah baru la lain dari yang lain kan??