Saturday, July 23, 2011

Semua Nak AAA..

Assalamualaikum w.b.t

alhamdulillah fiqah berjaya menghadap blog akhirnya sebab dah seminggu lebih jugak tinggal kan blog nih. maaf ye pembaca yang rajin ke sini hehe. sebenarnya fiqah agaklah sibuk dengan mencari stok untuk dijual sempena raya ni.

dua hari di Kuala Lumpur cari tudung, selendang, jubah dan baju untuk dijual nanti, tu tak termasuk dengan own make yang nak jual exclusive punya, sehari suntuk jugak penat mencari kedai kain yang murah-murah untuk beli dengan harga kodi.

okeh jom balik pada topic, apa maksud fiqah semua nak AAA. kes nak AAA ni bila kita menokok nambahkan apa yang ada pada kita untuk lebih dari orang lain padahal jauh lebih rendah dari orang. contoh yang Fiqah boleh bagi ialah pasal result exam. dapat 2.7 untuk current gpa tapi cerita dekat kawan-kawan dapat 3.7 current gpa, DL tuuuu.

rasanya ramai yang penah tengok cerita 'semua A' lakonan Nabil dengan Ayu Raudhah. haaaa, sama lah dengan topic Fiqah ni, bagi dia nak lebih sedia dari orang wal hal dia la paling lekeh, paling 'cokia' dek kerana inginkan pujian dan sikap yang besar hati ingin disanjung oleh orang keliling sampaikan awek sendiri yang cun melecun tu pun malu nak dibawak jalan, tak pandai bergaya katanya.

cuba kita perhatikan, orang macam ni mesti ada dalam hidup kita kalau tak kawan-kawan terdekat, adik-beradik (sepupu sepapat) wujud jugak. Fiqah tak faham kenapa mereka-mereka ni suka bersikap macam sebegitu rupa? adakah hanya sekadar inginkan pujian, atau mungkin tak mahu dipandang rendah oleh orang sekeliling, sebab rendah nanti kena kutuk "eh eh kau dapat banyak ni je?"

macam sedih ja bila kengkawan tinggi dan kita rendah, tapi bagi Fiqah pulak, apa nak malu, dah memang kita tak mampu, kengkawan semua DL kita ni je yang tak lepas. tak apa, biarkan, jadikan kengkawan kita ni sebagai batu loncatan pada kita untuk usaha dengan lebih lagi, sem depan buat betul-betul, usaha sungguh-sungguh.

tapi, bila kita bersikap 'semua AAA' ni, kita akan mula menjadi seorang yang akan memalukan diri kita balik. bagaimana? bila semua orang tau cerita yang sebenar, tak ke malu tu? tak ke jauh nanti kengkawan dengan kita? - "huh tak mau la aku kawan dengan Ali tu, kelentong ja keja nya, dah tak boleh tu ngaku ja lah"

malu dapat, kengkawan pun hilang. sedih tak? nanti bila si 'Ali' tu cakap apa-apa pasal diri dia orang akan cakap cenggini "Kau percaya la si Ali tu, semua nya bagus pasal dia, padahal hampeh" pastu dia cerita plak kat kengkawan yang lain, haaaa habis semua orang tau.


::: mengaku saja kita tak boleh, dan kita cuba lagi untuk menjadi lebih baik. jangan dilupa juga Allah, hanya Dia yang Maha Membantu... kalau usaha sendiri tanpa Dia juga tiada gunanya.

kengkawan lain ada pandangan tak?

4 comments:

Shafiq said...

Kita boleh bersikap AAA,tetapi mestilah ada hadnya dan berdasarkan kemampuan diri kita. :-)

Ibnushukran said...

kita mmng mahukan yang AAA, kita perlu usahakan.. tp klu tak dapt dtunaikan, mungkin Allah swt mahukan AAA pada tmpat yang lain, kita diberi klbihan y lain daripda rakan kita..

lama tak update blog sis.. selamt kmbali!.. :)

puteri ain said...

walau sehebat mana pun kita , usaha macam mana pun . klau xde izinNya tak akan jadi kan ?

teruskan berdoa. Allah maha mendengar :)

mykhalis said...

jangan putus asa..