Wednesday, June 8, 2011

Tak tau nak Masak apa...

Assalamualaikum w.b.t

Seronoknya la kalau boleh jadi CMG, hari-hari idea mencurah-curah nak masak apa, berjenis pulak tu.. fiqah ni baru do umah seminggu dah tak tau nak masak apa, asyik-asyik dok ulang gulai, pindang dan asam pedas tumis...

haa tiga tu ja tak henti... penah jugak masak selain tu maksud fiqah resepi baru yang ada dalam buku or internet ni tapi tak jalan.. contohnya Singgang ikan japaness tu.. sedap tapi fiqah and adik lelaki fiqah ja makan.. yang lain komplen "bukan taste".. chess penat tau masak. mak abah pun sama.. memilih betul.. waaa tensen-tensen..

macam fiqah penah cita sebelum ni mak abah fiqah ni raja dan permasuri kolestrol juga darah tinggi.. hehe jadi tak boleh la nak makan hebat-hebat macam dulu.. semua kena jaga.. sampai nak masak pun tak tau nak masak apa.. adik-adik ni pulak kalau ayam haaa... buat p la.. masak melayu ka omputih ka jawa ka apa saja.. janji ayam pasti sedap..

pastu badan bertong-tong la semua.. hai yak... bila timbang dah sama berat dengan abah.. oh tidak.. sama berat ngan abah... mereka si adik-adik terchenta.. hehehe



:::: survey lagi nak carik makanan yang sihat.. sedap dan bes di makan.. huhu.. ada sapa2 nak bagi cadangan masakan paling bes tak?






















6 comments:

ainnoraini said...

mc tu la kalau jd surirumah @ isteri ni... hari2 kene masak sampai tak tak nak masak apekan...pas tu kene piki selera satu rumah pulak tu...mmg pening..

masak goreng2 jer..itu pun sedap jugak..

~~Ticer Wann~~ said...

wahh rajinnya memasak.. cer try survey kat myresepi.net (if tak silap) banyak resepi best kat situ..

jemput singgah....

I'm a lady driver..so what?

Jo Qusary said...

Kalo ada pembakar, boleh cuba resipi ikan kukus nie, aku kekdg buat bila dah menyampah dgn makanan byk minyak...

siang ikan (kembung atau cencaru)
siang dah hiris bawang putih, bawang merah, sedikit halia, ketuk cili padi, dadu tomato, perah sedikit lemon, satu sudu teh minyak masak, sedikit garam dan lada hitam.

balut ikan dgn bahan2 tadi dlm aluminium foil pastu set pembakar utk masak dlm 15-20 minit. tabur daun sup atas ikan bagi naikkan wangi.

~nsar~ said...

@kak aini
haha betul tu.. ni sy yang tak lagi surirumah/isteri ni.. dah penin.. cuti panjang macam ni tensen pasal nak masak apa.. haha

~nsar~ said...

@Ticerr wan
haha.. kena rajin.. mandat bibik terbesar di rumah.. selalu jugak masuk situ...

wokeh fiqah singgah sekarang.. zasss

~nsar~ said...

@jo
waa aku tak penah try... wokeh aku try esok lusa insyallah.. tengkiu banget ya..