Thursday, June 30, 2011

Terlekat Tulang Ikan..

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua...

selalunya terlekat tulang ikan ni di kaitkan dengan cara makan yang gelojoh.. ya ka? atau selalu jugak orang cakap makan tak baca bismillah?.. tapi macam mana kalau dua-dua tersebut bukan dan nak lekat jugak si tulang ikan tu kat celah kerongkong ni ha? nak buat lagu mana?

fiqah la tadi baru ja selamat mengeluarkan tulang ikan keli.. nasib baik kejap saja.. ada gak 15 minit tu pun dah rasa macam nak putus nyawa.. apasal? sebab lekat di belakang lidah.. bila nak telan liur sakit gila.. berdarah jugak la kerongkong tu.. habis tu terus tinggal tak jadi makan..

rasa fobia nak makan ikan terus.. untuk hari ja la.. hehe. tapi ada jugak orang yang fobia makan ikan sebab terlekat tulang ikan.. kawan baik fiqah sendiri memang tak boleh makan ikan lansung.. makanan harian dia ayam. tak pun seafood.. dia terlekat tulang masa sekolah rendah dan dia fobia terus makan ikan sampai sekarang... dah sepuluh tahun lebih gak tu..

bila tengok ikan terus terbayang depan mata kejadian terlekat tulang ikan tu.. memang ngeri... eeeee.. ada banyak petua juga untuk menegluarkan tulang-tulang ikan ni.. petua orang tua-tua.. satu kepal nasi pastu telan.. tapi kan kalau kes terlekat di keronkong tak pa gak.. ni terlekat dibelakang.. hujung sana bawah lidah..
macam mana nak hilang kan?

cara kedua minum air banyak-banyak sampai hilang.. tak leh gak sebab kat bawah lidah tu nak telan liur pun sakit.. waaaaa.. cara ketiga.. korek guna jari.. hehe.. tapi cara ni memang horrible la.. bukan takat tulang tapi keluar habis isi perut.. haha.. kalau tak jalan jugak kita try cara akhir.. p klinik.. doktok ada alat untuk buang tulang ikan ni..

boleh try kalau terkena ya.. huhu

::: kawan2 ada pengalaman terlekat tulang ikan?

6 comments:

Jo Qusary said...

Satu lagi petua ialah jgn akan bahagian ikan yg ada byk tulang spt kepala dan sirip... makan bahagian isi badan je...

puteri ain said...

dah lama x mkn ikan . sbb slalo betul tercekik tlg ikan bile makan ikan . sakit gile .

Solihin Zubir said...

sy kecik2 dlu slalu jugak terlekat tulang ikan..
mmg perit giler la..
tp skang ni dh profesional.. dh pndai mkn ikan.. ;-p

~nsar~ said...

@jo
tapi kan bahagian yang lelain tu la sedap.. hehe

~nsar~ said...

@puteri
ha kan? sakit gila kan?

~nsar~ said...

@SZ
pro tu.. haha