Wednesday, June 29, 2011

Hikmah Isra' Mikraj.

assalamualaikum w.bt dan selamat petang semua..=)

alhamdulillah semalam berjaya jugak pi ceramah isra' dan mikraj yang disampaikan oleh Ustaz Badrul Abdul Rahman ceramah lepas maghrib yang berlansung selama satu jam setengah tu memang layannnn.. sebab ustaz ni bes..

tapi part yang tak besnya.. pen fiqah jatuh ke mana entah.. tak boleh la nak mencatit apa yang disampaikan oleh ustaz.. tensen betul la.. last-last fiqah paksa otak fiqah jalan.. INGAT.. ingat apa hikmah-hikmah isra' dan mikraj ni...

no 1: bersangka baik
di mana umat Islam di ajar untuk bersangka baik diantara semua umat manusia.. kat mana yang kena sangka baik ni.. di kes Rasulullah S.A.W bagitau mengenai perjalannya dari Mekah Mukarramah ke Baitulmaqdis menaiki Buroq.. orang pertama yang tau mengenai peristiwa ni adalah Abu Lahab pabila dia nampak Rasulullah S.A.W ni duduk di depan umah Baginda dengan keadaan bingung..

tapi Abu Lahab ni tanya pada Rasulullah "wahai Muhammad mahu tak engkau, aku kumpulkan penduduk Mekah ni untuk mendengar cerita engkau".. Rasulullah bersangka baik padanya bila niat Abu Lahab ni di terima dengan baik walaupun Abu Lahab sebenarnya nak malukan Rasulullah..

kalau kita la pada masa tu kat tepi Rasulullah.. mesti kita dah larang Rasulullah.. "jangan percaya pada Abu Lahab ni yang terang-terang firaun".. kan?

manakala Abu Bakar As-Siddiq pula berkata "aku percaya setiap apa yang keluar dari mulut Rasulullah S.A.W ni" pabila Saidina Umar bertanya "wahai Abu Bakar, Hang percaya ka apa yang Muhammad sampai kan?"..

di sini sikap bersangka baik ynag perlu ada dalam diri kita.. sendiri fikir positive mengenai orang.. jangan kita perlekehkan dia melainkan kita tau perkara sebenar..


no 2 : Tajallil pada Allah
Tajallil ni bermaksud amalan-amalan yang kita lakukan kerana Allah S.W.T. bukan bermaksud ibadah rukun dan wajib tu.. tapi amalan-amalan sunat yang kita lakukan diluar ibadah kita semasa tidur, nak tidur, masuk bilik air, naik kenderaan, solat-solat sunat dan banyak lagi...

kat sini kita nampak bila Rasulullah S.A.W melakukan solat sunat dua rakaat-solat sunat perhentian bila buroq berhenti empat kali 1- alTaiyyibah (Madinah), 2- Thur Sina (Gunung Sina) 3- Baitul Lahab
4- BaitulMaqdis..

ustaz kata : sebab tu la mimpi kawin dengan aishawarya rai.. dah tidoq pun hapa pun tak baca.. kot-kot la nak baca bismillah ka... ni dak lansung aih.. tak kepala teruih lena tak ingat dunia.. orang lain ni mimpi tu kekadang boleh jadi petunjuk.. ni mimpi merapu sedia..


no 3 : jangan jadi macam Mat'am Bin Ubaid
Mat'am Bin Ubaid ni seorang yang bila dia bercakap orang suka dengar.. tapi apa yang dia cakap tu dari sepuluh perkara satu ja betul... Abu Lahab perintah dia ni untuk hasut Abu Bakar as-Siddiq dengan cerita Rasulullah ke BaitulMaqdis pada satu malam saja.. bermaksud membawa cerita yang tak benar, hasut supaya Abu Bakar ni berpaling dari Rasulullah.. bila Abu Bakar ni berpaling maka rakyat Mekah tau la yang Rasulullah ni penipu..

Mat'am ni pun jumpa la Abu Bakar.. dia cerita punya cerita sampai la Abu Bakar tanya "wahai Mat'am habis dak lagi cerita hang ni?".. Mat'am pun berkata "ya, sudah habis... apa pendapat hang pasal ni wahai Abu Bakar?" maka Abu Bakar menjawab benda yang sama apa yang dijawabnya pada Saidina Umar Al-Khattab "aku percaya setiap apa yang keluar dari mulut Rasulullah S.A.W dan jangan lah hang dok membuat fitnah pada baginda kerana apa yang keluar dari mulut Rasulullah adalah benar belaka"

contoh paling besar yang boleh kita tengok sekarang ni cucu cicit Mat'am Bin Ubaid iaitu para-para surat kabar... kan??? tambah-tambah hal politik tak tau yang mana betul yang mana salah..


::: banyak lagi tapi ustaz nak sambung next kuliah.. insyallah fiqah akan sambung kalau tak dak hal..





10 comments:

insan_marhaen said...

Jangan lupa continue, ya... kisah israk mikraj nabi menjadi pengajaran untuk kita atas apa yg dipertonton dan diperlihat kepada baginda..

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

salam isra' mik'raj... bile la masjididl aqsa nak kembali dalam penguasaan islam kn :(

CHE ROSSLI said...

bagus-bagus, muslimah harapan bangsa. moga terus mendengar ceramah.. dengarlah ceramah ustz azhar. terbaik. last n not least paper sekarang memang xleh dipercayai kecuali part sukan. 100% betul..huhu

Solihin Zubir said...

sy pun pi jugak ceramah israk mikraj kt surau..
tp, syaitan asik bergayut ja kt mata.. haha.. adeyhh..
tp alhamdulillah, dpt jugak ilmu..

mykhalis said...

ada di sisi lain pengajaran yang Khalis tak tahu..stuju snagt2..kalau inagt sambung tau

~nsar~ said...

@ummuainries
insyallah sekiranya takda hal..

~nsar~ said...

@topiimagine:
kan? selagi tak kiamat..

~nsar~ said...

@AQ:
sekadar berkongsi apa yang dapat.. pasal sukan lagi la tak tau sebab tak penah ambik tau.. haha

~nsar~ said...

@SZ:
hahaha.. biasalah kalau bab2 cmni menang dia suka.. tu pun hampir gak kalah..

~nsar~ said...

@mykhalis:
insyallah my khalis..