Thursday, June 23, 2011

Hlovate - ubah 180 Darjah

Assalamualaikum w.b.t..


haha... semua tau kan sorang lagi penulis hebat... baru saja dikenali tapi novel nya senantiasa dinanti... Konsep islamic yang sangat hebat dan konsep ketuhanan yang menjadi pilihan untuk semua novelnya... fiqah tak tau si Hlovate ni lelaki ke perempuan.. tapi fiqah agak lelaki sebab kebanyakkan watak utama dia lelaki... tapi cerita yang digarapnya sangat baik..macam perempuan pulak penulis nya.. fiqah tak jumpa lagi yang setanding dengan nya.. ada bukan tak da.. cuma tak jumpa lagi yang benar-benar bagus macam Hlovate..

yang paling fiqah suka dan buat fiqah jatuh cinta dengan segala penulisan dia.. adalah sebab kisah hidup umpama realiti.. bukan kisah cinta yang terawang-awang.. semua segi diterapkan dengan islam.. dari segi kehidupan termasuk la juga pergaulan... Hlovate benar-benar teliti dengan penulisan dia..

mostly novel nya berkaitan dengan perubahan 180 darjah kehidupan seseorang.. kita yang baca ni pun boleh terkalih 180 darjah... rasa terawang-awang dosa di depan mata.. dia berjaya lakukan alhamdulillah.. seronoknya baca...


baru saja khatam yang terbaru.. lambat sikit. hehe sebab baru sampai sini.. maklum lah utara.. baru sampai selatan dah sold out.. kat sini kena tunggu cetakkan yang keempat baru dapat beli..  tak nak ulas apa-apa.. sebab dah ramai blogger yang ulas pasal novel ni...

dan seperti biasa... terbaik...


dulu fiqah gila punya baca novel.. ada ja duit beli.. dah bertambun rasanya.. tapi sejak 5 tahun lepas dah tak beli dan tak baca.. sebab nya... jalan cerita dia sama weh.. tensen.. haha... kawin paksa.. kawin kerana mak ayah.. cinta tiga segi.. empat segi.. hanya kategori tu tajuk pun semua "cinta".. mesti ada perkataan cinta punya.. tak pun "rindu"..


sekarang bukan umur untuk tengok cinta rindu lagi dah.. umur sekrang lagi sesuai untuk cari hala tuju hidup.. untuk apa hidup ni? untukl sapa hidup ni?.. isi kan dengan yang betul-betul layak..

:::: teringin nak jadikan tafsir al-quran macam novel.. "eee tak sabarnya nak baca quran"...

4 comments:

RHI said...

perenggang last tu kakak setuju...dah tak sesuai dengan umur, tp pengalaman yg kita ada boleh dikongsi dengan adik2

~nsar~ said...

@yatie
betul tu kak sy sokong bab pengalaman.. hehe

Melur Jelita said...

Fiqah jelita, bila nak buat sinopis ASST...hehehe

~nsar~ said...

@kak MJ
hahaha... dalam masa terdekat.. tengah dok mengarang ni.. hehe