Saturday, April 23, 2011

Kenapa ya dengan Orang Melayu ni??? haishh

assalamualaikum w.b.t...

sebenarnya malas sangat nak bercakap pasal menda ni... sebab nya semua orang tau sikap orang melayu ni macam mana...kan? PHD yang sangat menebal...

terus terang fiqah tak penah lagi la jumpa berdepan dengan orang melayu yang punya sikap-sikap macam nih... padahal sekolah menengah sekolah yang 100% melayu belajar pun 100% student melayu...

masa nak pilih tempat praktikal dulu lecturer selalu pesan kalau boleh masuk company non-malay.. lecturer yang mostly malay mintak kami para student yang nak ke tempat praktikal ni pilih tempat yang non-malay...pelek tak?? kenapa tak kita tolong orang melayu.. yala kan praktikal.. mana nak kena bayar elaun banyak gila macam staff...

tapi bila fiqah dah masuk praktikal company ni.. GLC la.. and 98% adalah staff melayu.. baru nampak dunia sebenar.. mak aih ni la orang melayu yang sebenar... kaw-kaw punya sikap masing-masing...

1- PHD jangan cakap la.. ke hulu ke hilir sikap macam tu...
2- berkira sangat yang tahap gaban... sedangkan sedekah tu amalan mulia kan...
3- kalau cemburu tu kan bagus ja kita ambik sebagai menaikkan semangat.. ni haaa. tak pasai la.. di buatnya kat orang tu nak bagi jatuh.. kategori PHD la kan...

kenapa kita orang melayu ni boleh ada sikap macam ni.. kalau la kita boleh fikir secara logic.. akal yang Allah bagi.. "biarlah itu rezeki dia.. walaupun tak qualified pada mata kita tapi Allah izin kan dia untuk lebih dari kita.. hanya Allah yang lebih mengetahui"... err bukan yang tu "qualification lagi lower dari budak sekolah camna boleh jadi bos? huh tak hingin aku nak respect... tak layak lansung nak aku follow dia"

::: wahai orang melayu jadikan islam the way of life.. bukan my religion is islam... then kita boleh fikir secara yang betul... ikut hukum Islam itu sendiri...

12 comments:

Arif Azmi said...

Moga-moga kita selamat dari melakukan perkara sebegitu.. InsyaAllah..

Newest Entry, Perempuan kini lebih suka menipu

~nsar~ said...

mintak jauh... nauzubillah..

berita sengsasi said...

hasad dengki bangga diri adakah sikap semulajadi melayu??sabor jelah!!

~nsar~ said...

itulah.. takkan kot sikap semulajadi.. tapi bila kata sikap.. mestila boleh ubah kan... fiqah taknak la camni..

Melur Jelita said...

Setuju dan tak setuju. Bangsa lain pun lebih kurang sama je Nsar jelita..nama pun manusia, cuma bab PHD ni , mungkin kaum melayu TERlebih sikit.

mykhalis said...

orang melayu lagi dengkikan bangssa sendiri dari bangsa lain..kenapa?sbb ada perasaan nak jadi melayu terhebat.. bangsa lain takpe.. bangsa sendiri jangan

~nsar~ said...

kak melur: hehe.. ya kaum lain pun ada jugak... cuma malayu lebih sudah..

mykhalis: sebab bangsa lain pk ni bukan tanah mereka.. mereka nak keluar.. bantu membantu... bukan macam melayu..

Miss Shikio said...

hurm.. slalunya org mlayu yg suka gosip2 buat fitnah, hasad dengki

manakala org cina lebih suka kejar kekayaan dari bergosip2 ni..

bnyk beza between malay and non malay

wong said...

melayu nge melayu pn kuat dengki woo..

~nsar~ said...

miss shikio: betul tu... banyak beza..

wong: sangat.. sebab tu la bangsa melayu ni tak brapa boleh naik..

zackey said...

betul2..sepatutnye kita org melayu seIslam ni patut tolong menolong menaikan ummah.tak rugi pn.ni tak semua nak kejar PHD tak bertauliah je..

~nsar~ said...

haha PHD tak bertauliah tu... entah la.. tak paham dengan sikap orang melayu nih...