Thursday, June 9, 2011

Peminta Sedekah - Saham Akhirat Depan Mata

Assalmualaikum w.b.t dan selamat pagi khamis semua...

semalam ada sorang mak cik ni mai mintak sedekah depan umah... tapi yang ada adik lelaki fiqah.. kami semua di dapur.. adik fiqah tanya "sedekah untuk apa makcik?" "untuk diri makcik, untuk makan dan minum makcik seharian".. adik fiqah tak bagi.. pastu makcik tu p macam tu ja.. kesian nya.. pastu adik fiqah cakap "ada riang/tenaga sendiri usaha la cari duit.. kenapa nak mintak sedekah?".. kat kami adik beradik la.. bila mak cakap "awat tak bagi.. ish ish kedekut la anak-anak aku ni.. saham akhirat tak dak lansung la"..

okeh fiqah nak ulas... setelah study pasal ni.. fiqah nak jawab apa yang ada dalam hati fiqah ni.. harap ilmu ni boleh sampai kat semua.. Apa Hukum Kita Beri Sedekah Pada yang Mampu untuk Berusaha? maksudnya kita tengok dia ni sihat walafiat ja tapi mintak sedekah untuk diri sendiri.. tak dak duit untuk makan...

Hukum Buat Kita - Pemberi Sedekah : dengan niat kerana Allah ni amalan aku untuk akhirat... Hukum dia mintak sedekah haram, harus, makruh, sindiket, itu hak dia.. Hak kita dengan niat kerana Allah.. lainlah kalau tau dia tu memang orang senang anak tiga bini pun tiga.. erk? kereta tiga juga... macam yang berlaku kat penang dulu tu... peminta sedekah yang kaya.. haaa.. di pihak kita tak patut beri lah.. sebab kita tau dia senang tapi kita bagi jugak..

yang mintak sedekah kat pasar malam, kat kaki lima, kat tepi jalan, kat kedai makan, tabung sepanjang jalan tu tak termasuk lagi derma anak yatim derma sekolah-sekolah agama... itulah saham akhirat kita.. tak gaduh nak cari dah semua depan mata.. dengan niat kerana Allah insyallah pahala buat kita... tak susah-susah nak cari ASNAF YANG LAPAN.. sebab fakir miskin depan mata..

memang kadang-kadang terpk jugak... Ya Allah banyak nya peminta sedekah sepanjang pasar malam.. panjang mana pasar malam.. panjang tu jugak la deretan peminta sedekah.. jenuh la nak beri sdekah.. dah tu tiap-tiap minggu muka depa ja.. siap ada yang bertambah lagi.. kita beri setakat mampu.. nak susun untuk semua memang la tak mampu.. kita pun turun mencari makan jugak untuk anak bini.. jadi kita beri yang sekadar kita mampu..

dia kita tengok sihat walafiat tapi kita tak tau hidup dia yang sebenar macam mana.. susah ka senang ka berhutang ka.. kita tak tau.. kat sini la berlakunya BERSANGKA BAIK sesama umat Islam.. positive.. "memang dia sangat memerlukan"

okeh.. nak lebih detail. jom tanya ustaz.. hehe


:::: lusa abang sepupu nak kawin.. busy nak jahit labuci kat baju kurung baru siap semalam.. hehe tengkiu mak buat baju baru kat kakak.. huhu





3 comments:

puteri ain said...

pandai jahit labuci ke ?? :)

Solihin Zubir said...

ini tidak..
peminta sedekah dtg, trus halau.. kan..
muhasabah diri... huhu..

Ibnushukran said...

sedekah bukan dpndang kpada nilai, asal niat ikhlas lillahitaala, tu sudah cukup .. klu orang tu mampu pun ,xsalah rasanya kan kita nak bersedekah, kita dapat ganjarannya kelak... kan sis.. :)