Monday, March 7, 2011

sayannngggg PTPTN...

assalamulaikum pembaca sekalian...

sapa-sapa ada hutang dengan PTPTN angkat tangan!!!

PTPTN sedang menawarkan penukaran pinjaman (3%) kepada sistem pendidikan ujrah (1%)... sapa yang terlibat dengan PTPTN dah update status ka? kalau belum boleh buat dengan kadar segera...

masih lagi menanti dengan penuh sabar email dari pihak PTPTN... email untuk mengisi borang yang akan diposkan secara manual kepada PTPTN...



fromPTPTN <webmaster@ptptn.gov.my>
toarnsyafiqah@gmail.com
dateFri, Nov 19, 2010 at 8:12 PM
subjectStatus Penawaran Ujrah PTPTN
mailed-byptptn.gov.my
hide details 11/19/10
Tuan / Puan,

Adalah dimaklumkan, rekod pinjaman anda dalam proses semakan. Permohonan boleh dibuat mulai 1 Januari 2011.

Sekian, terima kasih



"hang dah dapat email dari PTPTN dak gi?"

"dah yang tahun lepas adalah :dalam proses katanya"

"bukan yang tu, ni yang latest punya depa hantaq mai email attach skali dengan pdf borang untuk hantaq kat depa... ish aku geram sangat nih... panjang berjela banyak gila pages nak kena print... eee sakit hati aku"

"aik pa pasai lak kena isi borang, depa tak leh ubah cmtu ja ka? kan kita dah isi borang dulu.. tak leh guna yang tu ja ka eliminate sistem depa dah la kenapa nak kacau kita plak"..

"tu la pasai yang aku geram sangat nih... macam nak apply dulu plak... dah la susah banyak kerenah gila...ni nak tukaq pun nak kena isi borang yang panjang berjela lagi"

tensen kan dengaq...


Maklumat adalah seperti di bawah:

Nama: NUR SYAFIQAH BINTI ABDUL RANI
No. Kad Pengenalan: 8***********6
Status: NOTIS GUAMAN-PERINGATAN AKHIR

haha.... terbaik punya status... sebenaq nya.... fiqah belum lagi bayaq sekupang pun loan time diploma... sebabnya kan sambung degree... dah tu yang syok nya tak buat pun surat penangguhan... kenapa?? sebab geram sangat dengan pihak PTPTN ni yang tak mau renyah buat kerja.... Diploma di UiTM Arau, Bachelor juga di UiTM Arau.... n pihak PTPTN linked depa punya sistem dengan pihak UiTM... tapi kenapa tak update status.. kenapa nak kena pihak student juga buat yang tu dan yang ni...

"adik kak G dismiss.... dah tu apply UiTM ambik course lain.. tapi yang bes nya.. dia dah dismiss and loan still masuk"... housemate da penah cita hal ni tahun lepas...

pk la sendiri.... nak cita pun x patut rasanya... hadoi...

tapi disebabkan kalau tak da PTPTN... students and parents akan sakit segala nya... so terpaksa la ikut...

dan dengan segala hormatnya saya sayang PTPTN kerana selalunya membuat kan saya mengutuk anda dan membuat kan dosa saya bertambah menimbun...

::: loan akan dibayar nanti bila dah stat keja.... Insyallah pasti dibayar.. sebab tu hutang...


Rasulullah s.a.w bersabda yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah yang maksudnya : “Sesiapa mati, sedangkan dia masih menanggung hutang satu dinar atau satu dirham, maka akan diambil ganti daripada kebaikannya, kerana di sana tidak ada dinar dan tidak ada pula dirham”.


::: plan tu nak bayaq guna loan yang bach. punya.. tapi plan tak menjadi sebab abah belikan moto dengan syarat bayaq guna loan. hadeh.... kesnya pasai: abah said "kakak ni boros sangat"


{gambar - ya ka boros??? mushkil deh} =)






No comments: