Tuesday, March 29, 2011

ringan-ringankan tulang anda ya...

assalamualaikum...

pagi ni nak kupas sikit pasal kenduri kawin (ayat bajet macam artikel terbaik wakaka) ... kawin kawin kawin.. sapa blogger yang femes nak kawin lagi sebulan???? semua tau kot.. xpayah cita la..

ok berbalik pada kenduri kawin yang berkaitan dengan topic semasa.... 

kalau adik bradik kita kawin... kawan-kawan baik kita kawin... apa kita buat??? 

  • p makan la... nak buat apa lagi..
bukan sepatutnya p tolong ka?? dua hari sebelum kenduri tu p la tolong buat keja yang berkenaan dan sewaktu dengan nya kan...

  • busy ah.. bnyak keja lain tau tak...
  • tak kuasa aku nak mintak cuti semata-mata nak p tolong depa.. 
  • ala ramai lagi adik bradik yang ada... ramai lagi kawan yang ada biaq la depa tolong.. takat aku sorang tak luak aih keja tu..... 
  • ah.. malas aku.. aku tak suka semua tu...
kalau kita sorang... yang kawin tu sepupu kita mak menakan kita pak menakan kita.. kita tak p sebab alasan di atas tadi... walaupun adik bradik sepupu sepapat yang lain ramai smpai 100 orang.. kita sorang mesti orang perasan... perasan gila... jangan ingat orang tak peduli....

kawan baik kita cakap dia ni tak mai pun kenduri aku... padahal dulu aku la paling banyak tolong dia... 

jangan smpai family semua cakap kenduri dia.. jangan sapa pun p tolong... nah.... 

kenduri kawin tuan rumah panggil kita kena p... sebab apa?? sebab kalau kita tak p nnti kenduri kita pun dia tak kan datang..

negeri lain fiqah tak tau.. tapi kedah memang kena la... buat baik dibalas baik.. tak datang juga dibalas tak datang.. konpem...

apa salah nya kalau kita ringankan tulang kita.. p tolong family kita yang nak kenduri tu.. p tolong kawan baik kita yang nak kenduri tu... 

 

tak da rugi kat mana2...kalau kita tak bagi present pun tak pa aih.. bantuan kita tu dah kira support... sebab manusia ni yang tak baik tu la dia dok ingat semedang... betul tak???

kalau bukan family kita kalau bukan shabat sejati kita sapa lagi yang nak tolong kita kan???

so sapa2 yang ada anak dia nak kawin tu ringan-ringankan tulang tu p la umah jiran sekampung menolong pa yang patut.. karang tak p... kenduri kita jenuh la buat semua.. tak da yang nak tolong...

dan sapa-sapa yang kawin tu jangan lupa penuhi semua jemputan... supaya kenduri kita nanti orang pasti ingat untuk datang... 

letakan pencarian rezki dunia itu disebelah sebentar.. raikanlah mereka dengan kadar yang sepatutnya.. sekian..

hukum hadiri kenduri kawin:

Dalam ajaran Islam, menghadiri majlis kenduri perkahwinan, jika dijemput, adalah satu kewajipan. Berdasarkan hadis Rasulullah, kalangan ulama menghuraikan dengan panjang lebar mengenai jenis kenduri dan hukum menghadirinya sama ada wajib, makruh, haram atau harus.

Pada umumnya, kenduri terbahagi kepada dua jenis, iaitu kenduri kahwin dan bukan kenduri kahwin seperti kenduri atau jamuan kesyukuran atau jamuan hari raya.

Menghadiri jemputan dan undangan kenduri kahwin adalah fardu ain, iaitu wajib ke atas setiap individu yang diundang. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim bermaksud:

"Apabila seorang daripada kamu diundang menghadiri kenduri kahwin, maka hendaklah dia menghadirinya."

Imam Muslim juga meriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud: "Seburuk-buruk makanan (hidangan) ialah hidangan walimah (kenduri) yang dijemput orang kaya sahaja, sedangkan orang miskin tidak dijemput. Dan sesiapa tidak memenuhi jemputan (undangan), maka dia menderhakai Allah dan Rasul-Nya."

Berdasarkan hadis sahih itu, jelas menunjukkan bahawa menghadiri jemputan dan undangan kenduri perkahwinan hukumnya wajib.

Bagaimanapun, kalangan ulama berpendapat bahawa hukum wajib itu bergantung kepada syarat-syarat tertentu.

Pertama: Yang menjemput atau mengadakan kenduri perkahwinan itu orang Islam.

Kedua: Orang yang dijemput adalah me-nyeluruh tanpa mengira bulu atau kedudukan, yakni tidak membeza-bezakan yang kaya dan miskin.

Ketiga: Jemputan ke majlis perkahwinan itu dibuat secara khusus kepada setiap orang bukan secara umum, sama ada dengan cara menemuinya, melalui kad jemputan atau melantik wakil untuk menjemputnya. Sekiranya jemputan dibuat secara umum seperti berkata atau membuat iklan menjemput penduduk sesuatu tempat itu ke majlis itu, maka tidak wajib menghadiri jemputan berkenaan.

Keempat: Pada lahirnya segala perbelanjaan untuk mengadakan majlis itu daripada wang yang halal.

Kelima: Tidak terdapat di majlis itu orang yang menyakiti orang yang dijemput.

Keenam: Tidak ada di majlis itu sesuatu yang mungkar seperti arak atau majlis tari menari yang haram.

Ketujuh: Tidak ada jemputan yang lebih awal daripada itu.

Kelapan: Tiada sebarang keuzuran yang menghalangnya hadir.

Kesimpulannya, hukumnya wajib atas setiap orang yang mendapat jemputan ke majlis kenduri perkahwinan untuk menghadirinya jika tidak terdapat satu daripada perkara yang bercanggah dan bertentangan dengan syarat-syarat yang disebutkan.

Dengan menghadiri jemputan itu, kita dapat mengeratkan hubungan silaturrahim serta dapat menambah serta memupuk kemesraan, kerjasama, bantu membantu dan mengukuhkan perpaduan sesama kita.

Kalau dalam sehari ada dua tiga jemputan, seboleh-bolehnya hendaklah menghadiri jemputan itu. Kalau tidak, hendaklah hadir ke majlis jemputan yang lebih awal diterima.

sumber hukum : rashid1218.tripod.com

4 comments:

YanaMIB said...

mmg ada hukum hakam psl menghadiri jemputan kahwin kn..tp knp ada jugak nk sentap hanya sebab dijemput kt fb je?? dem! =_=

mykhalis said...

betultue..jgn jadi berat tangan.. wat baik orang wat baik semula..wat jahat camne kalau orang balas semula..kan?

~nsar~ said...

eh... ada jugak yang sentap ek... abaikan mereka.. haha

~nsar~ said...

mykhalis: yup yang tu betul...