Monday, March 28, 2011

jepun patut dipuji...

assalamulaikum.. dan selamat tengah ari..

dah 2hari tak update blog terlampau busy dengan wedding abang sepupu.. penat penat... tidoq tak cukup rehat tak cukup ni sampai opis keja nak terpejam.. alih2 kena plak p join senior dengar ESQ.. hah tido terus la.. hehe..

ni fiqah nak kongsi lagi pasal jepun.. memang terbaik la mereka ni..


Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah hari ini bertitah dunia kini menyaksikan kehebatan masyarakat Jepun yang tabah berdepan malapetaka sehingga menjadi inspirasi kepada semua. "Kini, dunia sekali lagi memandang ke timur, kali ini bukan untuk menyaksikan kepakaran pembangunan dan teknologinya, namun ke dalam hati sanubari rakyat Jepun.

"Ini termasuk kekuatan dan ketabahan serta tanggungjawab mereka terhadap masyarakat. Kini, ketika berdepan malapetaka yang dahsyat, Jepun masih menjadi inspirasi kepada dunia. "Penduduknya membuktikan bahawa manusia mampu menguasai naluri asas kehidupan demi kebaikan bersama. Mereka mempamerkan kecekalan, ketenangan, maruah dan kemurahan hati yang menjadi nilai budaya mereka selama ini," titah baginda.
Raja Dr Nazrin bertitah demikian pada majlis sumbangan lebih RM600,000 kepada Tabung Bencana NSTP-Media Prima bagi membantu mangsa tragedi gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun, di kediaman Menteri Besar Perak di sini. Baginda bertitah dunia turut menyaksikan bagaimana penduduk di wilayah yang teruk terjejas dengan bencana itu tidak teragak-agak untuk membantu orang lain, walaupun kediaman sendiri musnah dan harta benda milik mereka hilang.

"Walaupun mereka mempunyai sebab yang kukuh untuk menangis, mereka melakukannya secara terkawal. Mereka mempunyai sifat semula jadi untuk terus cekal dan bersopan. Lelaki dan wanita yang tegap dan sihat membawa bekalan kepada mangsa selain sanggup menyerahkan catuan makanan sendiri kepada keluarga yang mempunyai anak serta warga emas.
"Terdapat 500,000 orang yang dipindahkan, namun tidak berlaku kejadian berasak-asakan, rusuhan atau desakan. "Ketenangan mangsa yang berbaris panjang sehingga berkilometer jauhnya untuk mendapatkan makanan, minuman dan minyak, ternyata mampu mengatasi keganasan gempa bumi yang menggegarkan negara mereka. Kemesraan mereka terhadap satu sama lain juga mampu melawan cuaca sejuk yang perlu ditempuhi," titah baginda.


terus beratur berkilometer panjangnya... untuk mendapatkan makanan..


Raja Muda Perak turut menyampaikan rasa simpati Sultan Perak Sultan Azlan Shah dan Raja Permaisuri Tuanku Bainun serta seluruh rakyat negeri itu kepada Maharaja Jepun Maharaja Akihito, Maharaini Michiko dan seluruh rakyatnya di atas tragedi tsunami yang berlaku pada 11 Mac lalu.


:::::mereka juga menurunkan semuaharga barang basic bagi memenuhi keperluan mangsa-mangsa tsunami... bagusnya mereka.. sedangkan mereka bukan negara Islam.. tetapi mereka berdisiplin melebihi tahap kita orang islam.. kesabaran mereka terbaik.. memang patut dipuji..
dan lebih memalukan harga  harga ayam di Malaysia naik hingga ke RM8.50 sekilogram dengan alasan paling tak munasabah... "TSUNAMI".. apakah??????


sumber artikel : ILuvIslam.com

5 comments:

Dda Ly said...

hehehe malaysia..urm, tepuk dada tanye selera...:P

meh ke rumah..
~Addina Dania sayangku~
keep in touch ye..♥♥♥

padlie said...

saya dari dulu salute Jepun..
Cara hidup diorang cukup lain dari kita. Banyak yg boleh kita teladani..

Entry terbaru padlie: AIR PASANG pagi, SURUT pukul lima dan Scoliosis: Kronologi

Zharif Alimin said...

Bg sya..jepun mmg hebat. Tapi x blh lwn ketabahn pnduduk palestin yg ditindas hari2 tnpa pembelaan

~nsar~ said...

itu semua betul... tapi sbg negara islam yang tak pernah pandang keadaan diri sendiri en3 ni sekadar melihat kembali... mereka bukan islam.. sbg pengajaran...

topimagine said...

walaupon dieorang ditimpa bencana, disiplin dieorang tetap ada kn :)