Friday, March 11, 2011

apologize accepted!!!

assalamulaikum... dan selamat pagi...

sebelum kita bergerak ke topic-topic duniawi (hoho statament berani mati nih)... jom muhasabah diri dulu:

sebagai manusia biasa memaafkan orang bukan perkara senang yang boleh kita buat... skali pun berkali-kali kita kata kan pada yang berkenaan "aku dah maaf kan hang"... tapi hati belum tentu benar-benar terima yang diri kita sebenarnya sudah maafkan orang yang berkenaan..

tindakan kita memaafkan orang adalah satu perkara yang sangat baik... walaupun mulut kata lain hati kita cakap lain (ek? hati pun ble cakap =).. namun kita berjaya pupuk diri kita untuk terima keadaan sebenar... bagus kan???

sebenarnya tak susah nak maafkan orang... tambahan pula orang perempuan jika nak dibandingkan lelaki dengan perempuan ni... orang pmpn nih lagi senang untuk memafkan kesalahan kesilapan orang yang berkenaan... sebab kalau orang perempuan keras macam orang lelaki tak ble la jadi ibu...

jom kita tengok penciptaan hawa dari nabi adam... sewaktu Allah keluarkan tulang rusuk kiri nabi Adam untuk menciptakan hawa... tulang rusuk tersebut dikeluarkan waktu nabi adam tidak sedarkan diri... sebab 2la oarang lelaki ni dia kurang sabar bila dia sakit... demam ja tapi riuh sekampung... patah kaki komen berjela semua yang dok dekat kena... dia yang salah tapi orang lain gak yang dipersalahkan nya....
cuba bayangkan kalau orang lelaki ni boleh beranak? agak-agaknya kan... masa kat labor room tu habih dia sumpah seranah... pastu time baby nak keluar 2.. orang perempuan ni push and jerit je.. orang lelaki??? hehe silap haribulan abih la nurse2 n doktok2 yang terlibat 2 kena terajang... hoho... betul x???

ingat lah... semua orang buat silap... siapa pun pasti akan melakukan kesilapan.. cuma cara nya saja yang berbeza... orang yang berkenaan buat kita macam a.. tapi tanpa sedar kita buat orang berkenaan macam b.. betul x???

redhalah dengan apa yang berlaku... yakin lah dengan Allah... hanya dia yang lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita... sesuatu terjadi tu walaupun disebabkan orang yang berkenaan adalah untuk memupuk diri kita.... terkadang alpa terkadang lalai... bila kita diberi musibah itu lah ujian buat kita.... maka kita kembali kepada yang Maha Agung...

berterima kasih lah pada orang yang berkenaan... aik kenapa lak kena p trima kasih kat dia?? 'kan dia dah buat kita sakit hati... buat kita marah... '
terima kasih lah.. sebab dia yang tolong kita ingatkan Allah... betul kan....

Tau tak bahawa Rasulullah saw. telah menjadi orang yang berjaya kerana dirinya yang sangat pemaaf? Baginda dibenci, Baginda dicaci, didengki, namun kerana memahami semua itu adalah hakikat manusiawi, Baginda memaafkan.

contoh:

-wahai bekas kekasihku.. aku maafkan engkau menyakiti ku.. aku maafkan engkau kerna mempermainkan perasaan hati ku... aku doakan engkau bahagia dengannya... aku doakan Allah memberikan hidayah untuk engkau.. agar engkau menjadi muslim yang lebih baik... di dalam kehidupan yang lebih diredhai-Nya-

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat." - [Al-Hujurat : 10]

renung-renungkan dan selamat beramal...


sumber info : ILuvIslam.com


No comments: