Monday, May 2, 2011

Mudahkan Mereka Yang Berpantang

assalamualaikum w.b.t dan salam tengari buat semua...

nikmatnya cuti... hanya yang masih bercuti saja yang tau... adik-adik semua dah sekolah... kedah kelantan dan terengganu.. lari satu hari.. bergantung pada sesetengah keadaan.. kadang-kadang bes cuti beza dengan adik-adik.. tapi yang lebih banyak nya... adalah korbankan satu keadaan demi adik-adik.. ok berhenti merepek..

fiqah nak kongsikan satu perkara yang mungkin ramai tak ambik endah hal ni... BERPANTANG.. bukan yang lepas bersalin tu... tapi berpantang bagi mereka-mereka yang perlu dan harus  juga wajib bagi menjaga kesihatan... contoh dalam hidup fiqah sendiri... Abah - ijazah sarjana muda dalam kursus kolestrol, mak- ijazah kedoktoran bagi kursus darah tinggi... adik-adik juga fiqah sendiri - takat SPM ja alergi dengan daging.. hehe

lebih kurang lima tahun abah mempunyai lemak yang sangat tegar dalam saluran darahnya... dah lima tahun juga kami sekeluarga terpaksa 'cut' semua makanan berlemak dan yang melibatkan makanan yang punya kolestrol... sedih jugak.. dulu makan sedap-sedap ja.. skali ambik kau.. ikan rebus.. sayur air.. ikan bakar kosong.. daging setahun sekali.. takda hal sangat sebab dah alergi.. hehe..

mula-mula susah jugak.. mau gak komplen ari-ari ngadap yang tu ja... tak dak lagi dah gulai lemak.. daging menangih.. semua gulai mamak mali.. haha.. tapi lama-lama... kesian tengok abah.. kami adik-bradik makan sedap-sedap dia lak kena pantang... selalu gak terlebih pantang.. hehe.. jadi fiqah dan adik-adik ambik inisiatif... kaji.. macam mana nak tolong abah.. sebelum mak dapat darah tinggi.. jadi bila mak dah ada darah tinggi.. semua bukan masalah la sangat.. kan..


no 1 : sama-sama berpantang
bermaksud... apa yang mak abah kena makan bermakna kami semua kena makan... tak boleh nak makan yang lain-untuk mak abah masak lain untuk anak-anak masak lain... semua setaraf.. tak dak nak beza-beza.. dalam sebulan tu kira 2 atau 3 kali saja makan mewah sikit... ada ayam ada daging.. ada yang lemak-lemak tu.. tak boleh lebih.. bila kita anak-anak juga berpantang... tak la susah buat sipemantang ni nak teruskan usaha jaya bakti mereka untuk menjaga kesihatan.. dalam masa yang sama kita pun boleh gak jaga badan kita...

ada jugak yang 'ketegaq' dalam bab pantang ni.. tak kisah sakit melarat asal makan boleh.. biar puas hati.. kategori ni kita ajak dia makan bersama.. "bah jom makan bah.. sedap ni mak masak ari ni... pindang ikan termenung.. sedap wooo" (walaupun kelentong) hehe.. gunakan saikologi la.. pastikan makanan yang dia tak boleh makan jangan dibeli dan diletakan atas meja... kita nak makan.. makan la kat luaq.. jangan bagi dia tau...

bila dia nak makan jugak... cakap la.. boleh tapi tak banyak... "bah makan durian tu 2 ulas ja tau".. kita pun pakat-pakat makan 2ulas... sama rata.. jangan lebih.. tu yang kes terliur tak jadi nak pantang tu...


no 2 : riadah sama-sama
"bah sok cuti kan.. jom p jogging kat dem... semua nak ikut"... kalau ikut hati.. sapa pun malas nak riadah sensorang ni... tambah orang tua-tua.. tapi bila kita ajak.. kita bagi semangat dia pun seronok la.. lama-lama boleh jadi tabiat.. cuti ja riadah.. riadah ja cuti.. =)... then bila pi riadah kat tempat yang ramai orang sebaya dengan dia.. hooo bertambah gian la.. anak-anak tak ikut pun tak pa.. "bah dah ada geng".. hehe


no 3 : elakkan keadaan rumah yang serabut..
tak semedang rumah kita bersih.. melainkan ada bibik dan juga tak kerja.. tapi bila dua-dua kerja.. kenkadang umah kita tak urus.. mai weekend baru la nampak umah... tak pa.. itu perkara biasa... hehe.. jadi nak buat camna.. walaupun kurang kemas dan agak berselerak.. tapi pastikan... keadaan terurus... sebagai anak-anak bila kita free tu ngadap la sat baju-baju mak abah kita.. tolong basuh tolong lipat.. tolong sana tolong sini.. bukan asyik mak ja.. mak sini mak sana.. dah la kawan pun ada darah tinggi... ye tak?


no 4 : ingatkan pasal ubat...
kita kena alert jugak pasal ubat-ubat ni.. bukan setakat tolong belikan.. atau tolong bawak p klinik... atau bawak p hospital check up.. tapi.. alert dengan pengambilan ubat... "mak oii ubat tak makan lagi ni"... haa camni la mak fiqah.. hehe.. selalu lupa... kalau dah boleh ngadap taman dia.. lupa dunia.. hehe


no 5 : solat dan doa
yang ni la paling penting..  jangan tinggal kan solat... kita sebagai anak.. kena lakukan tugas kita bila dah sampai masa... ingat kan mak abah.. mereka belajar ilmu agama.. mereka solat mereka juga berdoa.. tapi mereka juga semakin lupa bila umur makin meningkat.. makin rabun bila usia kian bertambah.. jadi sebagai anak.. ingatkan la mereka tika mereka lupa.. jadilah mata tika mereka tak nampak... juga jangan lupa teruskan berdoa buat mereka... supaya mereka terus sihat.. agar boleh bersama-sama beribadah dengan kita...

nasi beriani: penyumbang kolestrol tertinggi...



::: peranan kita jangan kita lalai dan leka.. pabila kita memudahkan pada yang perlu.. then Allah tolong kita juga... mudahkan urusan kita... =)

5 comments:

Ibnushukran said...

bagusnya sis nsar.. pengorbanan untuk fmily, berpantang sama2, susah snng bersama.. moga fmily sis dlm sihat sentiasa.. :)

misza said...

suami akak pun sama macam abah fiqah. dulu masa sihat kalau akak masak rebus² dia merungut. sekarang dah biasa, anak² pun dah tak kisah makan rebus².

~nsar~ said...

ibnushukran..: hehe.. bukan bagus la... tapi tanggungjawab sebagai anak yang wajib ada...

kak misza: hahaha... mak pun cakap macam tu gak... masa sihat dulu abah tak kan pandang pun lauk camtu ha.. belagak betul.. last-last yang tu gak kena hadap setiap hari..

Solihin Zubir said...

sy ni seorang yg agak susah nk berpantang... keras kepala la katakan.. hehehe...

tapi apa2pun, kita kena saling ingat-mengingati.. kan.. =)

~nsar~ said...

SZ: haha memang la sapa2 pun camtu.. sekali bila dah sakit haaa baru nak pantang...