Thursday, May 5, 2011

Sentiasa Bersama Hang Susah Senang =)

assalamualaikum w.b.t... dan selamat tengahari..

"hang tak dak ayat lain ka? ayat skema tak dak dah tu gak nak bagi aku" 


hehe.. ni la yang kawan merangkap roomate dan sekarang merangkap teman terbaik fiqah selalu cakap bila ada saja benda berlaku dalam hidup kami dua... "sabaq la ujian ni Allah buat kita".. "hikmah yang Allah beri nanti lagi lawa tau" huahuahua.. dia cukup menyampah bila fiqah cakap camtu...

tapi hari ni.. terbalik.. dia plak lagi advance dari fiqah.. wa caya sama lu la babe...

semua orang ada kawan kan.. ada kawan baik kan... fiqah juga... Alhamdulillah Allah izin fiqah ada sahabat-sahabat terbaik yang sangat bermakna dalam hidup... sebagai manusia.. memang banyak gila khilaf kita.. tak selalu kita suka orang tu walaupun dia ok.. tak selalu kita boleh terima dia walaupun dia baik dengan kita... ada saja la masalah kita.. sebab yang nazak dan tak nazak...

macam mana kita nak ada sahabat terbaik yang kamceng ni?

bukan yang bawa kita ke pub...
bukan yang bawa kita ke belakang lorong haji taib...
bukan juga yang ajak kita tengok cerita blue..
bukan juga yang dok bagi cadangan kita patut baik dengan sapa.. patut ngorat sapa...

tapi yang boleh tegur kita bila kita buat salah... yang boleh 'hu ha hu ha' dengan kita pada waktu yang "kita enjoy" hehe...

fiqah pernah ada sorang kawan yang gaduh teruk dengan fiqah sebab darjat.. pernah juga ada kawan yang tak tau  macam mana nak gtau dia benda yang dia buat tu salah sebab dia memang dan sememangnya tau benda tu salah....

oleh itu, untuk mendapatkan kawan baik...

-jadilah diri sendiri... jalan dengan balak hensem "ouh i tak kenal dia"

-jangan tinggalkan dia bila dia buat salah... sebab kita pun kadang-kadang buat salah tanpa kita sedar..

-jangan jauhkan diri dari dia bila dia buat kita sakit hati.. face to face la... "aku tak suka la hang cakap camtu sentap babe"

-jangan dok berlawan dengan dia... "weh akaun hang lagi tinggi dari aku"... jangan lak kita p jawab "mau tau       la.. tengok kaki la babe".. peh tu dia tak dekat dah ngan kita.. hehe sentiasa bagi semangat  kat dia.. puji la dia... "eleh yang hang tu highest maf lagi hebat"... saling beringat..

-ada benda yang dia reveal awal.. "aku tak suka benda ni".. then sebagai kita.. kena paham dia.. walaupun kita suka gila dengan benda ni... jadi bila ada kucing datang dekat walaupun dalam hati ish comel bangat.. meh sini meh sini.. dengan dia kita tulun halau maaa... hehe.. hormati dia.. sepertimana kita juga nak dia hormat kita..

-satu satunya teman terbaik fiqah ni bila time gaduh.. pastu baik tetiba.. hehe... bukan senang oo nak jumpa orang pompuan yang tak kisah sangat ni.. gaduh pagi tadi berebut bilik air.. tengah ari karang time lunch.."weh nak makan mana? asyik ngadap makcik tu ja cemuih dah aih"... seee gaduh pagi baik tengahari.. gaduh petang malam boleh layan movie together-gether... kalau dia tu jenis sensitive tahap gaban.. memang susah gak.. tapi bagi fiqah kalau kita nak sahabat kita ni boleh go on ngan kita selalu.. kita kena mulakan langkah la..

-kongsi dengan dia apa saja.. jangan kedekut maaa.. fiqah penah kasi dia surat cinta fiqah kat teman fiqah ni.. nak suruh dia komen "boleh ka aku wat ayat cam ni" huahuahua.. memang memalukan.. tapi fiqah ok dia lagi ok... no hal punya...

-masa di u... fiqah utamakan dia lebih dari teman special fiqah... sangat-sangat mementingkan kawan-kawan lebih dari yang special ni.. sebab apa? sebab fiqah tak pasti yang special ni akan jadi suami fiqah tak.. pastu kawan ni la yang ada... bila kawin nanti tak boleh dah nak 'hu ha hu ha'.. bagi fiqah "hargai kehidupan sekarang bersama rakan-rakan dari menghargai masa akan datang".. kenapa.. sebab kita tak tau esok nak hidup lagi ka tak?... kat rumah jangan cakap la "fiqah anak mak ok"... hehe


- banyak lagi la... apa yang selalu kita jumpa dalam tenet ni pasal.. "menghargai pasangan anda".. "menghormati pasangan anda".. dan segala mak nenek la pasai pasangan ni... cuba.. kita tukar pasangan tu kepada kawan... sebab tanpa kita sedar.. tanpa kawan sapa la kita kat dunia ni ek.. hari-hari nak hadap pasangan kita saja ka? kalau ya.. okeh tutup blog tutup facebook tutup segala menda.. berhenti keja.. dok umah ngadap suami.. boleh??


:::: babe - sampai akhir hayat aku sentiasa bersama dengan hang susah senang (gila ayat skema).. err tak leh turun alor setar.. mak aku red light.. sorry...

9 comments:

Cik Puan Zura said...

kawan biar berjuta, suami biar 1 :D

Melur Jelita said...

hahahahahaha

bijak betul Nsar jelita ni

AL-QASSAM said...

Bila bergaduh, berselisih faham. kita kadang2 tidak pernah tengok balik apa yang telah kita lalui bersama susah dan senang dengan teman. bila bergaduh dan bermusuh terus hilang semua memori bersama. renung-renung itulah manusia


MENONGKAH ARUS KEHIDUPAN

~nsar~ said...

betul tu kak zura.. jgn madukan suami...

~nsar~ said...

ini semua saya belajar dari kak melur tau... saya keluarkan otak basuh ngan klorok simpan balik.. haha

mykhalis said...

nak dapat sahabat yang benar2 menyayangi kita sebgai seorang sahabat setia memang susah nak dicari

~nsar~ said...

ya AQ.. kita mudah lupa dengan kesalahan seseorang.. tanpa singkap balik kehidupan yang lalu..

~nsar~ said...

mykhalis: ada pasti ada.. dan sebgai kita pun kena jadi yang terbaik juga untuk dapat kawan yang terbaik. bukan isteri ja tau...

ainnoraini said...

sahabat yg sejati mmg susah nak cari sekarang ni...yg boleh kongsi masaalah..