Thursday, March 31, 2011

Bahagia Itu Apabila Membahagiakan

salam alaik...petang ni ada 1 artikel nak fiqah kongsikan...

kita tak akan bahagia selagi orang disisi dan disekeliling kita tak bahagia.
::: untuk bahagia carilah oang yang paling hampir dengan kita untuk bahagia... contoh nya ibu bapa kita..
   adakah kita akan bahagia jika ibu bapa kita tak bahagia?.. bahagiakah kita jika pasangan kita sedang sedih?.. bahagiakah kita jika adik bradik kita bermusuhan?...

::: sesungguhnya bahagia itu bukanlah suatu yang berkurangan bila kita berkongsi dengan orang yang disisi kita,
   malah semakin kita kongsi dengan orang semakin 'terang' lah kebahagiaan kita...

bagi lelaki pula - patutlah dia membahagiakan isterinya...
::: kerap kali kita dengar kisah isteri ditinggalkan suami.. jika dibandingkan dengan kes-kes isteri bermasalah...

;;; membincangkan apa yang patut suami lakukan untuk membahagiakan isteri..

    - hargailah kehadirannya -anugerah Allah yang tak ternilai...yang paling berharga

    - pentingkan keadaan isteri... berbanding keadaan kereta... batuk isteri berpanjangan tidak kedengaran
       batuk kereta cepat-cepat dihantar ke workshop.

    - kesian kan sang isteri yang berseorangan dirumah... tidur tak berteman malam-malam..
      suami terchenta nya memeluk joran tanpa henti... 

sang isteri - syurga itu suami mu
::: banyak sangat dah kes - kes isteri yang tidak bertanggungjawab ni.. malah hingga sanggup mencari kucing 
   kucing yang lebih baik...

   - jangan lah dilupakan suami bila adanya anak... didodoikan anak tu sampai tido... suaminya tido la
     sensorang..

   - janganlah dipentingkan kerja itu... balik ke rumah malam sedia... pulang lah awal... agar dapat juga 
      disediakan sesuati yang istemewa buat suami...

   - bila telah lama perkahwinan tu ramai yang bersungut... bosan dengan sikap suami... tika diwaktu senggang
      berseorangan... pk la dalam-dalam.. cuba rungkai kebaikan suami.. pemberian suami... jangan diungkit 
      sikap ketidak baikan nya itu...


hargai lah pasangan anda... selagi dia ada di depan mata... bahagiakanlah dia... agar dirimu juga sentiasa senang.. tenang...

pandanglah dia dari hati... yang dicari bukan lah harta benda.. tapi kasih yang murni... kasih yang hakiki...

hidup ini singkat.. hidup ini sementara... yang pergi takkan kembali.. yang patah takkan tumbuh berganti...
sekalipun ada.. tapi tak sama...

pulanglah ke rumah dengan ceria, tebarkan salam, dan lebarkan senyuman anda.. mungkin esok anda tidak 'pulang' lagi... mungkin juga esok tiada lagi dia menanti kehadiran anda.. mungkin anda yang pergi atau dia yang pergi.. hargailah nyawa dan kehidupan dengan sayang dan cinta.. kerana anda tidak akan bahagia selagi orang yang disisi anda tidak bahagia...




sekian...

diolah dari : ILuvIslam.com


baru nak layan...

assalamualaikum w.b.t.. tengah hari pembaca terchenta sekalian...

fiqah ni sebnarnya ketinggalan zaman.. orang dah abih ngadap dah fiqah baru nak layan...
layan pa menda nya???

cerita Harry Porter... berjaya mendownloadkan semua siri DI CINI...

sebnarnya fiqah tak minat sangat crita magician ni.. kira kalau nak layan pun filem terakhir la jadi pilihan.. hehe..

tapi disebabkan orang cakap cita ni bes.. sampai lecturer fiqah pun minat.. jangan kata bawak anak-anak tengok kat cinema tapi sampai ke tahap mengedit gambo harry porter yang ramai2 tu letak muka lecturer ni dan anak-anak... memang fanatik habis-habisan la...

bukan sorang tapi ramai rupanya lec fiqah yang minat gila dengn harry porter ni.. oleh kerana tak tahan dengan umpatan-umpatan yang hebat-hebat belaka.. fiqah pun dengan bangganya mengkreditkan filem ni 9/10 la.. kira 4 setengah bintang.. hehe..

sapa-sapa yang belum lagi tengok boleh la nak sama-sama layan cita ni ngan fiqah.. jom...

nak layan siri 2004 lak... 3rd punya... hehe


Wednesday, March 30, 2011

Segmen : Deco Deco Beng Beng Boong !

salam alaik.. segment en.beng lagik...




kita kan 1 malaysia...

assalamulaikum... dan pagi pembaca...

entry kali ni fiqah nak ulas sedikit mengenai sistem pandangan orang melayu kita... selepas baca entry di blogger : momma melur - orang kelantan suka bakar stadium.. sedih plak rasanya bila dengar baca luahan rasa oleh momma melur ni...

fiqah tak pernah berkawan rapat dengan mana-mana orang pantai timur.. maksudnya kawan gitu-gitu ja... hehe... jadi apa yang selalu orang cakap pasal orang pantai timur ni espesely kelantan ni fiqah tak boleh nak mengiyakan atau mengtidakan sebab memang tak tau kebenarannya...

selalu dengar...
orang kedah tak ble ngam dengan orang kelantan...
orang kelantan tak ble blah dengan orang terengganu...
orang selatan selalu masalah besar dengan orang utara... mostly kedah n penang...

ni apa yang fiqah dengar dengan telinga sendiri dari kawan-kawan yang berasal dari negeri-negeri yang terlibat.....

berbalik pada ulasan fiqah...... :
kita tak boleh la nak judge seseorang tu melalui negeri dia.. kalau itu sikap nya begitulah orang nya.. tak terlibat dengan mana-mana negeri.. macam negeri tu plak yang menzuriatkan manusia, orang negeri tu perangai nya perlu sebegitu rupa..

bagi fiqah setiap orang tu ada ketidak baikan dia tersendiri.... macam zaman fiqah tengah belajar ni.. mostly femes orang kelantan la.. sebab orang kelantan ni monopoli untuk kebnyakan courses yang critikal berbanding courses biasa... mak abah fiqah penah cakap orang kelantan n orang johor mostly yang bijak-bijak... nak kompare dengan negeri lain..

manusia ni ada kebaikan dia ada keburukan dia.. tapi apa yang kita selalu nampak yang buruk la kan.. cuma time blajar.. bila somebody ni buat hal orang akan tnya " eee minah tu orang mana?"... mereka tak tanya "eee anak sapa tu?" sebab kita tak kenal mak bapak dia..
cuba tengok kalau kat kampung-kampung mesti yang ditanya adalah "anak sapa si peah tu?"

kalau nak compare on negeri.. semua negeri problem.. contoh macam kedah.. rakyat paling kotor la kan... sebab bandar ibu negeri paling banyak sampah... 'terbaik la kedah'

yang buat hal tu sorang dua saja... tapi itu lah manusia.. kerana nila setitik rosak susu sebelanga..
jadi sebagai manusia.. cuba la kita tengok yang baik-baik tu... bukan yang tak baik tu... lagipun sapa nak support orang melayu kalau bukan orang melayu sendiri.. sibuk hal 1 malaysia... kita baik dengan bangsa lain. tapi dengan bangsa sendiri kita bergaduh, tuduh menuduh... apa cerr???

pk pk la mana terbaik... sekian..


Tuesday, March 29, 2011

Berkongsi Trafik dari Bangku Kosong

salam alaik... segment lagi???? bukann bukann bukann..... kali ni bloglist...



memandangkan owner blog ni meng 'offer' fiqah untuk join bloglist nya.. maka... tercipta la entry ni.. hehe..

soklan yang ditanya : mengapa perlu trafik di blog anda???

ni dia cheq jawab nooo :
blog pertama yang fiqah pernah baca adalah en beng... masa tu femes orang sebut sebut pasal dia.. tapi tak create blog lagi.. then blog walking... setelah seminggu baru fiqah paham camna berblog ni boleh menjana pendapatan sampingan...

macam bes gila.. hanya blog.. tapi bila dah create blog baru sedar... waaaa tak reti nak tarik trafik...  demmm... hehe


MELUR JELITA DATANG LAGI… GIVE AWAY TERJELITA DI ABAD INI…JENG JENG JENG!

salam alaik...


 join lagi segment dari melur jelita

sebenarnya dah lebih seminggu dijemput oleh tuan tanah kedaung untuk join segment ni.. memandangkan tarikh tutup lambat lagi.. saja la meralit.... hehe

nak cakap pasal apa ek...

pasal tuan tanah la...

 melur jelita adalah momma blogger ... sbb dia ada crita pasal anak-anak nya.. tapi yang bes part adalah momma melur punya blog nih tak terlalu menumpukan terhadap family nya...

maksud fiqah blog momma melur ni banyak sangat pasal info-info yang kita mungkin tak tau.. juga pasal pengalaman-pengalaman orang sekeliling yang boleh diambil iktibar dan juga boleh kita sama-sama memberikan pendapat.... 

fiqah suka blog nih.. setiap ari sampai ja opis terus buka dulu blog momma melur sebab nak tau apa story lak ari ni... hehehe... dan juga sangat ternanti-nanti novel bersirinya tu...

nmpak sangat fiqah suka gosip kan... hailaaa hari2 tambah dosa saja fiqah ni.. hehe 

itu saja kot.. sekian...



blogger fofular tersinggah..

salam alaik.. 

sebenarnya.. 

sngat berbangga heee..... kembang kepis la... 

sebab blogger fofular singgah sni n drop komen... sbnarnya fiqah baru blajar cmna nak print screenn... dari : sayabudakcomel so nak meng 'testing' la ilmu baru nih.. haha... jom tengok spa blogger fofular tu...


taraaa.. haha... 

dah la komen di entry yang cakap pasal blogger fofular.. haha niaya niaya...

riak sakan dah ni.. huhu



ringan-ringankan tulang anda ya...

assalamualaikum...

pagi ni nak kupas sikit pasal kenduri kawin (ayat bajet macam artikel terbaik wakaka) ... kawin kawin kawin.. sapa blogger yang femes nak kawin lagi sebulan???? semua tau kot.. xpayah cita la..

ok berbalik pada kenduri kawin yang berkaitan dengan topic semasa.... 

kalau adik bradik kita kawin... kawan-kawan baik kita kawin... apa kita buat??? 

  • p makan la... nak buat apa lagi..
bukan sepatutnya p tolong ka?? dua hari sebelum kenduri tu p la tolong buat keja yang berkenaan dan sewaktu dengan nya kan...

  • busy ah.. bnyak keja lain tau tak...
  • tak kuasa aku nak mintak cuti semata-mata nak p tolong depa.. 
  • ala ramai lagi adik bradik yang ada... ramai lagi kawan yang ada biaq la depa tolong.. takat aku sorang tak luak aih keja tu..... 
  • ah.. malas aku.. aku tak suka semua tu...
kalau kita sorang... yang kawin tu sepupu kita mak menakan kita pak menakan kita.. kita tak p sebab alasan di atas tadi... walaupun adik bradik sepupu sepapat yang lain ramai smpai 100 orang.. kita sorang mesti orang perasan... perasan gila... jangan ingat orang tak peduli....

kawan baik kita cakap dia ni tak mai pun kenduri aku... padahal dulu aku la paling banyak tolong dia... 

jangan smpai family semua cakap kenduri dia.. jangan sapa pun p tolong... nah.... 

kenduri kawin tuan rumah panggil kita kena p... sebab apa?? sebab kalau kita tak p nnti kenduri kita pun dia tak kan datang..

negeri lain fiqah tak tau.. tapi kedah memang kena la... buat baik dibalas baik.. tak datang juga dibalas tak datang.. konpem...

apa salah nya kalau kita ringankan tulang kita.. p tolong family kita yang nak kenduri tu.. p tolong kawan baik kita yang nak kenduri tu... 

 

tak da rugi kat mana2...kalau kita tak bagi present pun tak pa aih.. bantuan kita tu dah kira support... sebab manusia ni yang tak baik tu la dia dok ingat semedang... betul tak???

kalau bukan family kita kalau bukan shabat sejati kita sapa lagi yang nak tolong kita kan???

so sapa2 yang ada anak dia nak kawin tu ringan-ringankan tulang tu p la umah jiran sekampung menolong pa yang patut.. karang tak p... kenduri kita jenuh la buat semua.. tak da yang nak tolong...

dan sapa-sapa yang kawin tu jangan lupa penuhi semua jemputan... supaya kenduri kita nanti orang pasti ingat untuk datang... 

letakan pencarian rezki dunia itu disebelah sebentar.. raikanlah mereka dengan kadar yang sepatutnya.. sekian..

hukum hadiri kenduri kawin:

Dalam ajaran Islam, menghadiri majlis kenduri perkahwinan, jika dijemput, adalah satu kewajipan. Berdasarkan hadis Rasulullah, kalangan ulama menghuraikan dengan panjang lebar mengenai jenis kenduri dan hukum menghadirinya sama ada wajib, makruh, haram atau harus.

Pada umumnya, kenduri terbahagi kepada dua jenis, iaitu kenduri kahwin dan bukan kenduri kahwin seperti kenduri atau jamuan kesyukuran atau jamuan hari raya.

Menghadiri jemputan dan undangan kenduri kahwin adalah fardu ain, iaitu wajib ke atas setiap individu yang diundang. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim bermaksud:

"Apabila seorang daripada kamu diundang menghadiri kenduri kahwin, maka hendaklah dia menghadirinya."

Imam Muslim juga meriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud: "Seburuk-buruk makanan (hidangan) ialah hidangan walimah (kenduri) yang dijemput orang kaya sahaja, sedangkan orang miskin tidak dijemput. Dan sesiapa tidak memenuhi jemputan (undangan), maka dia menderhakai Allah dan Rasul-Nya."

Berdasarkan hadis sahih itu, jelas menunjukkan bahawa menghadiri jemputan dan undangan kenduri perkahwinan hukumnya wajib.

Bagaimanapun, kalangan ulama berpendapat bahawa hukum wajib itu bergantung kepada syarat-syarat tertentu.

Pertama: Yang menjemput atau mengadakan kenduri perkahwinan itu orang Islam.

Kedua: Orang yang dijemput adalah me-nyeluruh tanpa mengira bulu atau kedudukan, yakni tidak membeza-bezakan yang kaya dan miskin.

Ketiga: Jemputan ke majlis perkahwinan itu dibuat secara khusus kepada setiap orang bukan secara umum, sama ada dengan cara menemuinya, melalui kad jemputan atau melantik wakil untuk menjemputnya. Sekiranya jemputan dibuat secara umum seperti berkata atau membuat iklan menjemput penduduk sesuatu tempat itu ke majlis itu, maka tidak wajib menghadiri jemputan berkenaan.

Keempat: Pada lahirnya segala perbelanjaan untuk mengadakan majlis itu daripada wang yang halal.

Kelima: Tidak terdapat di majlis itu orang yang menyakiti orang yang dijemput.

Keenam: Tidak ada di majlis itu sesuatu yang mungkar seperti arak atau majlis tari menari yang haram.

Ketujuh: Tidak ada jemputan yang lebih awal daripada itu.

Kelapan: Tiada sebarang keuzuran yang menghalangnya hadir.

Kesimpulannya, hukumnya wajib atas setiap orang yang mendapat jemputan ke majlis kenduri perkahwinan untuk menghadirinya jika tidak terdapat satu daripada perkara yang bercanggah dan bertentangan dengan syarat-syarat yang disebutkan.

Dengan menghadiri jemputan itu, kita dapat mengeratkan hubungan silaturrahim serta dapat menambah serta memupuk kemesraan, kerjasama, bantu membantu dan mengukuhkan perpaduan sesama kita.

Kalau dalam sehari ada dua tiga jemputan, seboleh-bolehnya hendaklah menghadiri jemputan itu. Kalau tidak, hendaklah hadir ke majlis jemputan yang lebih awal diterima.

sumber hukum : rashid1218.tripod.com

Monday, March 28, 2011

jepun patut dipuji...

assalamulaikum.. dan selamat tengah ari..

dah 2hari tak update blog terlampau busy dengan wedding abang sepupu.. penat penat... tidoq tak cukup rehat tak cukup ni sampai opis keja nak terpejam.. alih2 kena plak p join senior dengar ESQ.. hah tido terus la.. hehe..

ni fiqah nak kongsi lagi pasal jepun.. memang terbaik la mereka ni..


Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah hari ini bertitah dunia kini menyaksikan kehebatan masyarakat Jepun yang tabah berdepan malapetaka sehingga menjadi inspirasi kepada semua. "Kini, dunia sekali lagi memandang ke timur, kali ini bukan untuk menyaksikan kepakaran pembangunan dan teknologinya, namun ke dalam hati sanubari rakyat Jepun.

"Ini termasuk kekuatan dan ketabahan serta tanggungjawab mereka terhadap masyarakat. Kini, ketika berdepan malapetaka yang dahsyat, Jepun masih menjadi inspirasi kepada dunia. "Penduduknya membuktikan bahawa manusia mampu menguasai naluri asas kehidupan demi kebaikan bersama. Mereka mempamerkan kecekalan, ketenangan, maruah dan kemurahan hati yang menjadi nilai budaya mereka selama ini," titah baginda.
Raja Dr Nazrin bertitah demikian pada majlis sumbangan lebih RM600,000 kepada Tabung Bencana NSTP-Media Prima bagi membantu mangsa tragedi gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun, di kediaman Menteri Besar Perak di sini. Baginda bertitah dunia turut menyaksikan bagaimana penduduk di wilayah yang teruk terjejas dengan bencana itu tidak teragak-agak untuk membantu orang lain, walaupun kediaman sendiri musnah dan harta benda milik mereka hilang.

"Walaupun mereka mempunyai sebab yang kukuh untuk menangis, mereka melakukannya secara terkawal. Mereka mempunyai sifat semula jadi untuk terus cekal dan bersopan. Lelaki dan wanita yang tegap dan sihat membawa bekalan kepada mangsa selain sanggup menyerahkan catuan makanan sendiri kepada keluarga yang mempunyai anak serta warga emas.
"Terdapat 500,000 orang yang dipindahkan, namun tidak berlaku kejadian berasak-asakan, rusuhan atau desakan. "Ketenangan mangsa yang berbaris panjang sehingga berkilometer jauhnya untuk mendapatkan makanan, minuman dan minyak, ternyata mampu mengatasi keganasan gempa bumi yang menggegarkan negara mereka. Kemesraan mereka terhadap satu sama lain juga mampu melawan cuaca sejuk yang perlu ditempuhi," titah baginda.


terus beratur berkilometer panjangnya... untuk mendapatkan makanan..


Raja Muda Perak turut menyampaikan rasa simpati Sultan Perak Sultan Azlan Shah dan Raja Permaisuri Tuanku Bainun serta seluruh rakyat negeri itu kepada Maharaja Jepun Maharaja Akihito, Maharaini Michiko dan seluruh rakyatnya di atas tragedi tsunami yang berlaku pada 11 Mac lalu.


:::::mereka juga menurunkan semuaharga barang basic bagi memenuhi keperluan mangsa-mangsa tsunami... bagusnya mereka.. sedangkan mereka bukan negara Islam.. tetapi mereka berdisiplin melebihi tahap kita orang islam.. kesabaran mereka terbaik.. memang patut dipuji..
dan lebih memalukan harga  harga ayam di Malaysia naik hingga ke RM8.50 sekilogram dengan alasan paling tak munasabah... "TSUNAMI".. apakah??????


sumber artikel : ILuvIslam.com

Friday, March 25, 2011

bila tak mau baru bagi orang???

salam alaik di petang penghulu hari ni....

alhamdulillah di penghujung waktu balik ke umah ni ada jugak idea nak dikongsikan.. hehe.. untuk kejadian yang telah terjadik sebentar tadik...

kat opis ni ada sorang kakak ni.. baik sangat dengan student praktikal... so, bila masuk company ni tak la segan sangat sebab ada orang yang ble gosip-gosip... hehe... nak crita pasal kakak ni la... yala setiap orang ada kekurangan nya.. mana ada orang yang perfect... tapi satu bahagian yang sangat patut dipuji la... kakak ni suka sangat bersedekah...


dia masak yang sedap-sedap kan... masak banyak-banyak... bawak mai opis ni... bagi kami semua makan.. bukan dia saja. husband terchenta dia pun sama... asal kakak ni masak ja dia sapu dulu bawak p opis dia.. kira kakak ni akan masak banyak la...

dia selalu cerita... kalau p pasar tu time ada ikan murah akan beli banyak-banyak pastu bagi kat jiraan sebelah.. fiqah tanya la... "bagi mean bayaq ka?"... tak... bagi cam tu ja... tapi yang bes nya kakak ni bukan la keja besaq pun... husband dia despatch n kakak tu plak hnya kerani... berapa la sangat gaji tu.. tapi dengan sifat yang ada kat husband n wife... hidup mereka mewah.. tak penah pun cakap tak cukup duit ka menyesal bagi orang ka...

tu la sifat yang sepatutnya ada pada kita semua.. 1 kita bagi orang 2 Allah balas pada kita.. tapi dalam masyarakat kita ni.. fiqah perasan 1 perkara... kita sedekah tapi benda yang kita dah tak mahu... maksudnya.. bukan macam pakaian tu... sebab kita dah besar... baju kita plak makin mengecil jadi kita bagi la pada yang sesuai pakai baju yang kecik tu kan...

maksud fiqah makanan... banyak la nampak jadi macam ni.. bila tak abih baru nak p bagi jiran sebelah.. makanan tu kita buat tapi kita tak makan baru nak bagi kat orang... tak sepatutnya la...kita sedar makanan yang kita buat tu memang tak akan habis sebab memang kita masak lebih limit selalunya... so masa masak banyk tu bagi siap-siap... sedekah kat jiran sebelah tu haaa... tak membazirkan.. time panas-panas lagik... bukan time dah sejuk baru nak bagi...

1 lagi ada jugak yang jenis tak bagi jiran sebelah... dia masak banyak.. lebih had limit.. then esok buang belambak.. tak ka membazir tu.. rugi laaa...

membazir tu amalan syaitan... ibadah sedekah buat dengan niat yang betul dan ihklas... baru la Allah nak balas berganda-ganda apa yang kita bagi kat orang tu... betul tak??? jangan takut nak keluarkan... bukan saja donia Allah balas tapi... alam kubur kita nanti berteman yang wangi-wangi dan lawa-lawa tau...

sekian...


 
sumber foto : google image


Kasih ibu memang tiada tolok bandingnya…

salam alaik... nak kongsi dengan pembaca 1 kisah yang dapat dari my 'kelit' pagi tadi...




Pada suatu hari, seorang pemuda yang bernama Faizal terlibat dalam kemalangan. Dia dilanggar oleh sebuah teksi di sebatang jalan raya. Akibat daripada kemalangan itu dia cedera parah. Kepalanya luka, tangannya patah dan perutnya terburai. Setelah dibawa ke hospital, doktor mendapati keadaannya terlalu teruk dan menjangkakan dia tidak ada harapan lagi untuk hidup. Ibunya, Jamilah segera dihubungi dan diberitahu tentang kemalangan yang menimpa anaknya.
 
Hampir pengsan Jamilah mendengar berita tentang anaknya itu. Dia segera bergegas ke hospital tempat anaknya dimasukkan.Berlinang air mata ibu melihat keadaan anaknya. Walaupun telah diberitahu bahawa anaknya sudah tiada harapan lagi untuk diselamatkan, Jamilah tetap tidak henti-henti berdoa dan bermohon kepada Allah agar anaknya itu selamat.

 
Hari berganti minggu, minggu berganti bulan, keadaan Faizal tidak banyak berubah. Saban hari Jamilah akan datang menjenguk anaknya itu tanpa jemu. Saban malam pula Jamilah bangun untuk menunaikan solat malam bertahajjud kepada Allah memohon keselamatan anaknya. Dalam keheningan malam, sambil berlinangan air mata, Jamilah merintih meminta agar anaknya disembuhkan oleh Allah.



”Ya Allah ya Tuhanku, kasihanilah aku dan kasihanilah anak aku. Susah payah aku membesarkannya, dengan susu aku yang Engkau kurniakan kepadaku, aku suapkan ke dalam mulutnya. Ya Allah, aku pasrah dengan apa jua keputusan-Mu! Aku redho dengan qada’ dan qadar Mu yaa Allah.”
 
”Yaa Allah, dengan air mataku ini, aku bermohon kepadaMu, Engkau sembuhkanlah anakku dan janganlah Engkau cabut nyawanya. Aku sangat sayang kepadanya. Aku sangat rindu kepadanya. Susah rasanya bagiku untuk hidup tanpa anakku ini. Terngiang-ngiang suaranya kedengaran di telingaku memanggil-manggil aku ibunya.”
 
“Ya Allah, tidak ada Tuhan melainkan hanya Engkau saja. Tunjukkanlah kuasa Mu ya Allah. Aku reda kalau anggota badanku dapat didermakan kepadanya agar dengannya dia dapat hidup sempurna kembali.”
 
“Ya Allah, aku redho nyawaku Engkau ambil sebagai ganti asalkan Engkau hidupkan anak kesayanganku. Engkaulah yang Maha segala hal, berkat kebesaran Mu ya Allah, terimalah doaku ini….aamiin”.
 
Keyakinan Jamilah terhadap kuasa Ilahi sangat kuat walaupun tubuh badan anaknya hancur cedera dan dikatakan sudah tiada ada harapan lagi untuk hidup. Namun, Allah benar-benar mahu menunjukkan kebesaran dan kekuasaanNya.
 
Setelah 5 bulan terlantar, akhirnya Faizal menampakkan tanda-tanda kesembuhan dan akhirnya dia sembuh sepenuhnya. Berkat doa seorang ibu yang ikhlas.
 
Faizal dapat meneruskan hidupnya hingga berumahtangga dan beranak-pinak. Ibunya, Jamilah semakin hari semakin tua dan uzur.
 
Suatu hari, Jamilah yang berusia hampir 75 tahun jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital. Pada mulanya, Faizal masih melawat dan menjaga ibunya di hospital. Tetapi semakin hari semakin jarang dia datang menjenguk ibunya hinggalah pada suatu hari pihak hospital menghubunginya untuk memberitahu keadaan ibunya yang semakin teruk.
 
Faizal segera bergegas ke hospital. Di situ, Faizal dapati keadaan ibunya semakin lemah. Nafas ibunya turun naik. Doktor memberitahu bahawa ibunya sudah tidak ada masa yang lama untuk hidup. Ibunya akan menghembuskan nafasnya yang terakhir pada bila-bila masa saja.


Melihat keadaan ibunya yang sedemikian dan kononnya beranggapan ibunya sedang terseksa, lantas Faizal terus menadah tangan dan berdoa seperti ini;
 

“ Yaa Allah, seandainya mati lebih baik untuk ibu, maka Engkau matikanlah ibuku! Aku tidak sanggup melihat penderitaannya. Yaa Allah, aku akan redho dengan pemergiannya…Aamin.”
 
Begitulah bezanya doa ibu terhadap anak dan doa anak terhadap orang tuanya. Apabila anak sakit, walau seteruk mana sekalipun, walau badan hancur sekalipun, walau anak tinggal nyawa-nyawa ikan sekalipun, namun ibu bapa akan tetap mendoakan semoga anaknya diselamatkan dan dipanjangkan umur.
 
Tetapi anak-anak yang dikatakan ‘baik’ pada hari ini akan mendoakan agar ibu atau bapanya yang sakit agar segera diambil oleh ALLAH, padahal ibu bapa itu baru saja sakit. Mereka meminta pada Allah agar segera mematikan ibu atau bapanya kerana kononnya sudah tidak tahan melihat ‘penderitaan’ ibu bapanya.
 
Anda bagaimana? Apa doa anda untuk ibu bapa anda?



lelaki tak boleh hidup tanpa perempuan???

assalamulaikum....

entry brani mati ni.. haha.. kenapa ya???

1 : ingat lagi kisah Nabi Adam As.. walaupun Nabi Adam ni tinggal dalam syurga tetap rasa kesunyian... tengok semua haiwan-haiwan yang ada dalam tu  berteman.. masing-masing ada partner... lalu Allah jadikan Hawa ketika Nabi Adam As tidur...

2 : walaupun hidup berpuluh tahun dengan isteri terchenta tapi bila meninggalnya isteri terchenta tu tak smpai setahun dah kawin lain.. bini muda lak tu... hehe.. jelita lagi menawan tau... tapi orang perempuan kalau husband dia meninggal.. dia tak kan carik lain... kan???

3 : sebab Allah jadikan akhir zaman ni ramai perempuan berbanding lelaki... akhir zaman ni kan ramai orang lelaki suka kawin lebih dari 1.. wlaupun tak mampu zahir... tapi tetap mampu batin.... hik hik hik...  orang perempuan tak boleh... tapi kan ada juga kisah zaman sekarang ni yang femes gila isteri curang... agak-agak la kan kalau lelaki tu tak buat hal mesti isteri dia tak berpaling tadah.. ya la.. balik keja lewat.. balik umah nak marah-marah.. yang kes kat tempat keja pun bawak balik umah..
orang perempuan ni suka kan perhatian... tak perlu nak ulit dia 24 jam bukan macam orang lelaki... cuma dengar ja celoteh dia.. kan bess... walaupun penat aih.. haha... boring jemu semua ada...

4 : orang lelaki tak ble hidup sorang-sorang.. tak pandai urus diri katanya... tapi orang perempuan tak pa.. sebab tu la rmai yang terlajak tahun untuk kawin... ramai juga dah tak nak kawin bila dah divos or death pasangan mereka...


tapi fiqah penah dengar.. malah selalu.. hehe... kebanyakn perempuan yang dah meninggal suami ni mostly yang hidup lama bersama la tak mau kawin dah... alasan nya adalah - "senang hati hidup sorang ni tak gaduh dah nak pk masak apa hari ni.. nak makan telur kicap pun tak pa tak sapa nak bising... malam-malam ble tidoq dengan selena lena nya tak da orang nak gerak bangun suruh picit kaki lenguh..hehe.. nak p mana-mana pun senang.. tak gaduh mintak izin tak gaduh pkiaq ada orang kat rumah tu dok tunggu kita.. haha"..

sumber foto : google image



::::: jangan terkejut kalau baru break dengan ex... tak sampai sebulan dia dah ada pengganti...



Thursday, March 24, 2011

5 cara pilih sahabat

salam alaik... pasal sahabat lagi... hehe.. hari frenship sedonia ka??? takdak la... cuma perkongsian untuk semua...


 Nasihat al-Qamah: Lima cara pilih sahabat


NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana
pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

Pertama,  
 pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah
hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka
mencukupi keperluan.

Kedua,  
 pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan
untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa
terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka
menghitung-hitungkan (menyebutnya).

Ketiga,  
 pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan
untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa
terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai
keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat,  
 pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu
daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu
dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu,
dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima,  
 sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan
dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan
sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau
berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar
segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan
bersama-sama sahabat yang mulia.

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan
berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan
Rabbmu, ..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat
yang Memiliki mu."

sumber : klik sini
 

BEN ASHAARI - GAME ANTARA BLOGGER : 2

salam alaik.. jom join game en. beng..


luahan rasa hati..

assalamulaikum dalam selamat pagi...


sungguh terasa dengan seorang sahabat ni.. baru saja kenal... baru saja berborak 3 4 topic... tapi dah declare war... hadoi la.. kenapa ntah macam ni... rasa penat berbaik dengan orang... mesti ramai yang salah anggap... kenapa ya??? sesuatu yang patut diwarnakan pelangi... sudah digelapkan dengan segala kehitaman...

tu la orang cakap... bersahabat itu biar berpada-pada... sebabnya... kita tak kenal sahabat kita tu siapa... tapi kadang-kadang sahabat ni la penyeri dunia akhirat... yang sentiasa bersama kita susah senang... alhamdulillah fiqah punyai sahabat yang begitu memahami.. sama-sama susah dan senang....   tapi tu la dulu kisahnya.. sekarang smua pakat busy... ngadap study ngadap keja yang tak penah abih..

pernah juga berkawan dengan seorang yang menjadi duri dalam daging... orang macam ni di gelar parasit hati... boleh baca artikel yang berkaitan dengan orang macam ni di sini... sedihkan kan... orang yang kita bersama-sama gembira tetiba ble jadi musuh...

bukan saja bekas kekasih yang jadi mush... malah sahabat sendiri.. yang lebih kenal kita sapa pun akan menjadi orang yang tak baik buat kita...

sedihnya dikala menjadi sebegini rupa.... tak semua berjaya bahagia...
















Tuesday, March 22, 2011

'Frust' Dalam Bercinta

salam alaik..


Siapa yang pernah merasakan tahulah betapa peritnya. Benarlah kata pujangga,"sakit yang paling dahsyat ialah mencintai seseorang, tetapi tidak berbalas."
Aneh sekali derita sakit putus cinta ini... benci, tapi rindu. Dendam tapi sayang. Dunia terasa sempit, dada terasa mencengkam.

Orang yang paling boleh menyakitkan hati kita ialah dia yang pernah paling kita cintai.  Ramai orang yang hancur hidupnya kerana putus cinta. Terlupakah pesan bijak pandai:
"Cintailah sesuatu itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika, bencilah yang engkau benci itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada satu ketika."
Sesetengahnya hilang kewarasan berfikir. Hilang semangat juang. Malah ada yang sanggup bunuh diri.
Benarlah kata orang: "Dunia akan terkejut mendengar seseorang membunuh diri kerana kematian ibunya, tetapi tidak akan terkejut apabila pembunuhan diri itu disebabkan kematian kekasih yang dicintainya."
Justeru, yang minta mati, akibat frust cinta ramai sekali.
(Ingat senikata lagu: Oh, Tuhanku kau cabutlah nyawaku). Buruk sekali keadaan orang yang'frust' dalam bercinta. Inilah salah satu akibat cinta nafsu. Jika kita berani 'memperkosa' kesucian cinta, awas ia akan menuntut balas dengan cara yang paling kejam.
Ketahuilah, seseorang pernah gagal dalam percintaan, kemungkinan dia akan terus melihat kebahagiaan itu laksana pelangi.
Tidak pernah di kepalanya sendiri, selamanya di atas kepala orang lain. Pesimis. Prejudis. Bagaimana hendak dihadapi segalanya?
Putus cinta adalah bukti bahawa tidak ada cinta sejati kecuali cinta yang diasaskan oleh cinta Allah.
Cubalah anda fikirkan, apakah punca pihak sana atau pihak sini memutuskan cintanya? Mungkin kerana hadirnya orang ketiga? Mungkin dihalang oleh orang tua? Mungkin kerana sudah jemu? Macam-macam alasan diberikan.
Ketika itu lupa segala sumpah setia, akujanji, lafaz janji yang dimetrai sewaktu sedang 'syok' bercinta. Hingga dengan itu mereka yang dikecewakan seolah-olah tidak pernah mengenal orang yang dicintai itu. Dia benar-benar berbeza (seolah-olah dia tidak pernah kita kenali!).
Putus cinta bukanlah pengakhiran segalanya. Ia adalah satu permulaan yang baik jika ditangani dengan positif. Memanglah di awalnya kita rasa sukar menerima hakikat. Tetapi percayalah... kita tetap ada Allah.
Semuanya dari Allah. Dan segala yang datang dari Allah ada baik belaka, walaupun belum terserlah kebaikannya pada pandangan kita. Namun yakinlah, pandangan kita terbatas, pandangan Allah Maha Luas.
Sesuatu yang kita cintai, belum tentu membawa kebaikan kepada kita. Manakala sesuatu yang kita benci, belum tentu memudaratkan kita.
Sebagai hamba Allah, renungilah maksud firman Allah dalam surah Al Baqarah; 
"Ada sesuatu perkara yang kamu cintai tetapi itu membawa keburukan kepada kamu. Ada pula sesuatu perkara yang kamu benci tetapi sebaliknya ia membawa kebaikan kepada kamu. Sedarlah kamu tidak mengetahui, Allah-lah yang lebih mengetahui."
Kita inginkan orang yang kita cintai itu terus setia bersama kita. Biar sampai menempuh alam perkahwinan, beranak cucu hingga ke akhir hayat. Segala kata pengukuhan telah diberikan.

Kita rasa dialah terbaik untuk kita (you are the answer of my prayer). Tetapi entah macam mana, dia berpaling tadah.
Waktu itu kita terhenyak lalu berkata, "mengapa aku terpaksa menanggung derita ini." Kita frust kerana merasakan dialah yang terbaik, tercantik, ter... ter... segala-galanya. Sukar membayangkan ada orang lain seumpama dia. Cinta diberikan seluruhnya. Ketika si dia pergi tanpa berpaling, kita berkata, "ya Tuhan, kenapa aku yang terpaksa menerima nasib ini?"
Harga diri orang yang putus cinta selalu rendah. Penilaian diri terhadap dirinya sendiri menjunam ke paras terendah. Rasa hina (gagak di rimba) berbanding kekasihnya yang pergi(merak kayangan).
Sedangkan jika masih ada iman bersemi di dada... kita masih boleh berfikir dan berhenti seketika, lalu berkata, "Tuhan ada!"
Pujuklah hati dengan apa yang telah Allah tegaskan bahawa yang baik pada pandangan kita belum tentu baik dalam realitinya. Katakan, dia yang pergi itu bukan yang terbaik. Mungkin dia terbaik, tapi untuk orang lain. Dan yang terbaik untuk kita pasti datang sebagai gantinya!
Jangan katakan kenapa aku yang kena? Jangan labelkan aku yang malang. Tetapi katakan, aku yang terpilih. Terpilih untuk putus cinta dengan manusia supaya 'terpaksa' bercinta dengan Allah.
Memang begitulah rahmat Tuhan, kekadang DIA memutuskan untuk menyambungkan. Putus cinta dengan manusia, tersambung cinta dengan Allah. Inilah hikmah di sebalik kesusahan, kemiskinan, kegagalan, dan termasuklah putus dalam bercinta. Dalam ujian kesusahan selalunya manusia lebih mudah ingatkan Allah.
Alangkah indahnya jika orang yang frust cinta itu kembali kepada Allah secara sihat – maksudnya, bukan sekadar merintih, mengadu, merayu atau minta mati segera. Tetapi tersentak oleh satu kesedaran bahawa cinta Allah itulah yang sejati.
Allah tidak pernah mengecewakan seperti kekasih mengecewakan. Seorang filosof Barat, Hendrick berkata, "mencintai seorang yang tidak mencintai kamu adalah sia-sia, menyia-nyiakan orang yang mencintai adalah berbahaya." Cubalah fikirkan... siapa yang paling mencintai kita? Siapakah yang kita sia-siakan selama ini? Fikir...
Dan tersentak oleh hakikat itu, kita mula berfikir... barangkali putus cinta ini adalah rahmat yang tersirat, "Allah menjemput aku untuk mencintai-Nya!"
Sedarlah, bahawa Allah adalah Tuhan yang sentiasa mengasihi kita. Tetapi DIAlah Tuhan yang sering kita sia-siakan.
Frust cinta itu hakikatnya untuk menyambungkan cinta kepada-Nya. Ketika itulah orang yangfrust cinta akan benar-benar terasa bahawa dia terpilih, bukan tersisih!
Saya punya banyak cerita betapa ramai pasangan suami-isteri yang bahagia bersama 'orang' yang mereka tidak sangka apalagi harapkan sebelumnya.
"Rugi, buang masa mengenang kekasih dulu."
"Allah ganti yang lebih baik."
"Tak sangka, kami akan serasi begini."
Begitulah suara-suara 'testimonial' daripada orang yang frust bercinta tetapi akhirnya berjaya melalui kehidupan berumah-tangga dengan orang yang lebih baik (untuk mereka).
Ya, pada waktu 'terkena' dulu belum nampak lagi, sebab itu terasa marah, kecewa, dendam dan benci. Tetapi apabila masa berlalu, segalanya bertukar menjadi syukur, beruntung dan terselamat. Mujur putus dengan dia. Beruntung tidak jadi dengan dia!
Begitulah ilmu kita yang terbatas dibandingkan dengan ilmu Allah yang Maha Luas. Yang penting dalam apa jua keadaan sekalipun, iman mesti diperkukuhkan dalam dada. Ingat Tuhan. Cintailah DIA, pasti Allah akan mendorong orang yang dicintai-Nya untuk mencintai kita. Cinta itu bagai 'mata rantai' yang sambung menyambung sesama manusia yang akhirnya bersambung kepada cinta Allah.
Percayalah frust dalam bercinta itu satu ujian. Ujian dalam kehidupan. Ingatlah bahawa alam adalah sebuah 'sekolah' yang besar. Setiap manusia adalah para pelajarnya. Dan kita terpaksa belajar berterusan. Hidup adalah satu siri pelajaran yang tersusun rapi untuk difahami dan dihayati sepanjang hayat.
Frust dalam cinta jika ditakdirkan berlaku kepada anda, adalah satu pelajaran juga. Kita perlu faham 'pelajaran' yang dibawa bersamanya.
Jika difahami, pelajaran-pelajaran ini akan memberi panduan dan suluhan untuk menjalani hidup dengan lebih tenang dan bahagia pada masa akan datang.
Tetapi sekiranya pelajaran ini gagal difahami, maka hidup akan huru-hara dan kita akan selalu menghadapi keadaan yang tidak menentu. Kemungkinan besar kita akan 'frust' berkali-kali.
Semasa kita di peringkat remaja ada 'pelajaran-pelajaran' tertentu yang perlu difahami benar-benar sebelum menghadapi usia dewasa yang jauh lebih mencabar.
Apakah 'pelajaran-pelajaran' itu dan apakah cara sebaik-baiknya mempelajarinya?
Inilah salah satu persoalan penting yang mesti dijawab oleh setiap remaja.
Jangan sampai pelajaran yang sepatutnya 'selesai' di alam remaja terpaksa dibawa ke peringkat tinggi. Kalau begitu rugilah, sama seperti siswa atau siswi yang terpaksa 'refer'  atau 'repeat' akibat gagal dalam peperiksaan mereka.
Remaja adalah kelompok manusia yang sedang melalui satu proses transisi. Mereka telah meninggalkan alam kanak-kanak tetapi belum mencapai alam dewasa sepenuhnya. (I'm not a girl but not yet a women)
Keadaan transisi ini tidak stabil. Umpama air yang hendak bertukar menjadi wap, maka molekul-molekulnya terlebih dahulu bergerak dengan cepat dan tidak menentu.
Samalah dengan remaja, jiwa, akal, nafsu, emosi dan lain-lain elemen-elemen mereka sedang bergolak. Takah usia ini paling tidak stabil – tercari-cari identiti diri, krisis pemikiran, perubahan biologi dan macam-macam lagi. 
Dan di tahap ini juga remaja akan menemui pelbagai situasi dan kondisi – suka dan duka, kejayaan dan kegagalan, permusuhan dan kasih-sayang, sempadan dan teladan. Muncul pelbagai individu dengan pelbagai kelakuan dan sikap.
Terjadi bermacam-macam peristiwa dengan membawa pelbagai kesan. Salah satunya frustdalam bercinta.
Semua ini tidak berlaku sia-sia melainkan ada 'pelajaran' yang dibawanya untuk difahami dan dihayati. Remaja mesti dapat membaca 'mesej' yang dibawa oleh setiap peristiwa, individu dan keadaan yang berlaku ke atas mereka.
Jika tidak, mereka terpaksa mengulangi pelajaran itu berkali-kali. Sebab itu kita pernah temui orang tertentu yang sentiasa berdepan dengan masalah yang sama berulang-ulangkali.
Jadi langkah pertama supaya remaja 'lulus' dalam pelajaran mereka ialah  mereka perlu akur bahawa setiap yang berlaku di alam remaja ada unsur pengajaran dan didikan buat mereka.
Frust cinta hakikatnya adalah 'guru' yang mengajar kita. Setiap guru mengajar sesuatu yang baik, walaupun kadangkala pahit, pedih dan sakit kita menerimanya.
Untuk itu, apabila putus cinta, hendaklah ditanyakan pada diri, "apakah pelajaran yang disebalik semua itu."Pandanglah semua yang berlaku ke atas kita ada tujuan yang tertentu, maka barulah hidup kita sentiasa bertujuan.
Kata ahli-ahli sufi, setiap yang berlaku dalam hidup ialah 'mehnah' – maksudnya didikan terus dari Allah.
Mereka berpendapat bahawa apa sahaja yang berlaku dalam hidup adalah ujian dan ujian itu hakikatnya adalah didikan terus daripada Tuhan.
Ahli sufi menambah lagi bahawa jika manusia tidak mampu dididik melalui didikan terus dari Allah (mehnah) maka manusia tersebut tidak akan dapat dididik lagi oleh sebarang manusia lain. Inilah yang ditegaskan oleh Ibnu Attoillah, seorang sufi yang terkenal dalam buku-buku karangannya.
Jika seorang datang membuat kita kecewa, maka dia adalah 'guru' yang hendak mengajar kita erti sabar.
Jika kita rasa kita sedang dikecewakan, itu menunjukkan kita sedang belajar untuk membina sikap tidak terlalu mengharap.
Begitulah seterusnya dalam apa jua situasi dan masa, kita hakikatnya sedang belajar dan dididik.
Memang pada lahirnya, manusia, peristiwa dan kejadian yang sedang bertindak ke atas kita tetapi sedarilah hakikatnya semua itu adalah datang dari Allah. Semuanya berlaku dengan izin Tuhan, yang dengan itu DIA hendak mendidik kita. Maka terimalah didikan itu dengan baik.
Apakah sebenarnya yang menjadi 'tujuan' di sebalik pelajaran-perlajaran yang datang dalam hidup kita?
Tujuan utamanya ialah untuk mengubah kita. Perubahan tidak dapat dielakkan justeru hidup adalah satu proses perubahan yang berterusan. Yang tidak berubah dalam hidup adalah perubahan itu sendiri. Perubahan sentiasa berlaku dan ia diluar kawalan kita. Kita tidak dapat mengawal hati 'kekasih hati' agar dia sentiasa setia.
Apa yang boleh kita ubah ialah diri kita sendiri. Jadi, berubahlah mengikut haluan dan kawalan kita sendiri. Jangan izinkan orang lain hatta kekasih kita mengawal hidup kita. Sehubungan itu, bijak pandai pernah berkata, "we cannot  direct the wind but we can adjust our sail." Ertinya, walaupun kita tidak boleh menentukan takdir yang menimpa tetapi kita diberi kuasa oleh-Nya untuk mentadbir diri kita.
Malangnya, ramai manusia yang ingin memegang takdirnya sendiri. Dia seolah-olah ingin jadi 'Tuhan". Dia ingin semua keinginannya tercapai. Mustahil, manusia hakikatnya lemah. Dia tidak boleh mengawal hati kekasihnya. Dia tidak boleh memastikan kesetiaan kekasihnya. Ingat, mencintai seseorang bukanlah bererti mengatur segala langkah dan perbuatannya demi cinta. Kita tak akan mampu!
Ringkasnya, ujian hidup datang dengan pelajaran, dan pelajaran itu datang bersama tuntutan perubahan. Jika sudah berkali-kali pelajaran disampaikan, tetapi masih tidak ada perubahan, maka itu bermakna remaja gagal dalam 'sekolah' kehidupan mereka.  
Frust cinta, hakikatnya adalah ujian yang ingin merubah kita untuk mula mencintai Allah.
Ingat, setiap kali sesuatu menimpa anda, samada baik atau buruk. Itu adalah pelajaran yang menuntut perubahan. Maka ubahlah diri kita selalu, ke arah yang baik, lebih baik dan cemerlang.
Setiap detik, setiap ketika, ada sahaja peristiwa yang akan anda hadapi... maka belajarlah secara berterusan, dan berubahlah secara berterusan... Nanti anda akan mencapai kebaikan secara berterusan pula.
Jangan sekali-kali menangguhkan pelajaran, nanti anda akan menangguhkan perubahan dan akhirnya menangguhkan datangnya kebaikan.
Belajarlah dari sekolah kehidupan semasa remaja lagi, supaya anda tidak diburu penyesalan apabila mencapai usia tua. Kata pepatah, "belajar sewaktu muda bagai melukis di atas batu, belajar sewaktu tua bagai melukis di atas air."
Teringat kata Dale Carnargie dalam bukunya Stop Worrying and start living, "Jangan gergaji abuk kayu!" Dan itulah nasib orang tua yang tidak belajar semasa mudanya!
Kita perlu sedar, hidup ini bagaikan satu siri gelombang yang datang secara bergilir-gilir. Ada ketikanya, gelombang kecil dan tenang dan ada ketikanya gelombang itu besar dan ganas. Pada ketika gelombang itu ganaslah, semuanya terasa serba tidak kena.
Tuhan menetapkan bahawa setiap manusia itu tidak akan mendapat kesenangan sahaja atau kesusahan sahaja.
Masing-masing daripada kita akan mengalami pasang-surut dalam hidup – ada masa senang, ada masa susah.
Justeru dalam kehidupan ini, kita tidak boleh terlalu gembira kerana selepas kegembiraan itu mungkin muncul kesusahan. Begitu juga kita tidak boleh terlalu sedih bila kesusahan kerana mungkin selepas itu Allah swt datangkan perkara-perkara yang menggembirakan.
Kesedaran tentang hukum Sunnahtullah ini akan memberi ketenangan dalam hidup. Apabila kita ditimpa kesusahan, rasakan dalam hati... ya, selepas ini akan datang kesenangan. Sabarlah sebentar.
Dan apabila datang kesenangan, kita tetap tidak alpa... ya, selepas ini akan datang kesusahan. Bersiap-sedialah.
Hakikatnya, tidak ada kesenangan dan kesusahan yang abadi di dunia ini. Kehidupan adalah satu pergiliran antara senang dan susah yang berterusan...
Cabaran kita bukan untuk mengawal perubahan 'cuaca' kehidupan itu tetapi mengubah diri bagi menyesuaikan diri dalam setiap keadaan yang berubah-ubah itu.
Fahamilah hakikat ini.
Apabila kita frust dalam bercinta terimalah bahawa itu adalah hakikat hidup. Hidup bukanlah yang serba kena, serba senang dan serba mudah. Hidup tidak selalu indah, kerana di situlah keindahan hidup!
Sematkan di hati kata pujangga ini: "Sesungguhnya orang yang berkali-kali gagal bercinta, pada suatu saat akan bertemu jua...cinta sejati yang ditunggunya!"

artikel ni fiqah copy dari :ILuvIslam.com
rasanya semua pernah rasa.. malah fiqah sndiri juga penah lalui... menghadapi sikap seorang lelaki yang tidak perpegang pada janji amat menyakitkan.. tiba-tiba dia bahagia dengan orang lain.. umpama jatuh menjunam tahap paling dalam... tapi alhamdulillah.. Allah izinkan fiqah berfikiran secara rasional... iaitu: kembali mencintai-Nya... tak ada sahabat datang membantu.. yang ada semuanya memberikan kata-kata yang menambahkan lagi luka di hati... dan juga memberikan cadangan yang haish.... mau gak Allah laknat.. hehe
sedihkan... 
oleh itu, inilah yang fiqah nak kongsikan dengan pembaca semua... ingat Allah walau sakit macam mana pun.. insyallah kasihkan-Nya, cintakan-Nya lebih bahagia... 
saya ingin bahagia...