Monday, May 30, 2011

Cara Kita Berbeza!

Assalamualaikum w.b.t dan selamat hari isnin

betapa liatnya hari ni hanya Allah saja yang tau.. tinggal hari ni dan esok saja untuk berkhidmat di company ni.. tapi rasa macam 2tahun... waa.. penat aih.. bertambah la keliatan tu.. dah tu adik-adik semua pakat cuti sekolah... waaaaa bangun pagi ni sensorang.... yang lain solat subuh tidoq balik.. tak aci betoi laa....


sakit jiwa woi... tensen tak berheni.. mood hilang nak buat keja.. keja belambak nih.. las-las day cam ni la nak mai bagi keja pun.. grrrr...

okeh berbalik pada tajuk hehe.. cara kau aku kita semua berbeza.. sebab apa beza sebab kita mak lain ayah lain hehe.. jadi kalau ayah dia menteri.. hidup dia mesti mewah.. selalu cakap omputih.. selalu holiday oz.. family mesti pandai-pandai.. adik beradik mesti belajar nz.. aiyak..

kalau fiqah.. errr hidup ala kadar sebab mak abah cari duit kais pagi makan pagi kais petang makan petang... hehe tak dak la sampai macam tu.. sebenarnya apa yang fiqah cuba kupaskan disini adalah.. didikan untuk setiap orang tu berbeza.. cara hidup dia berbeza.. cara hidup kita pulak berbeza.. jadi jangan perlekeh dia sesuka hati kita..

sebab ada orang kaya yang sangat la bersederhana orangnya.. ada pula orang kaya yang sangat mementingkan darjat keturunan kengkawan nya.. alhamdulillah belajar jauh ni walaupun 3jam ja perjalanan dari rumah.. hehe.. tapi banyak sangat la memberi pengajaran pada fiqah.. kesimpulan yang fiqah dapat dari ramai kengkawan ni adalah kita jangan perlekeh cara dia.. melainkan kita tau sikap dia dah berubah..

contoh fiqah bagi ek.. sorang hamba Allah ni dia tak rapat sangat dengan mak ayah dia.. adik-beradik dia pun sama la.. jenis tak rapat dengan mak ayah.. tapi mereka adik beradik ni rajin together-gether.. jadi bila time nak balik umah ni.. sejam lagi nak balik baru gitau mak dia. "mak oi nak balik umah ni satgi suruh ayah mai ambik".. mula-mula fiqah dengar ai.. minah ni.. dasatnya.. tapi bila-lama kawan dengan dia baru tau.. ooo camni rupanya cara hidup dia..

penah juga jumpa orang yang berubah sikap dengan mak ayah bila dah ada boipren..terus tinggal mak ayah.. kalau dulu.. kejap kejap kol.. dah ada boipren.. mak dia yang kol haa.. tanya "apasai la anak aku ni lama tak kol aku" sedih tak???

kan orang pompuan ni dia sensitip... jadi kalau makan tak ajak pun boleh merajuk.. hehe.. bagi fiqah yang penah dok umah sewa dengan 7 orang student.. perkara yang selalu membuat kami bertelagah adalah cara masak... mak dia buat pindang letak yang ni.. mak fiqah buat pindang letak yang tu.. mak yang sorang lagi plak.. letak yang ni dan yang tu.. haaaa.. ambik hang.. kenkadang tu komplen.. apa la dia ni masak macam tu..

oh no no no.. jangan kita kondem cara dia... sebab apa? sebab mak ayah dia bukan mak ayah kita... lain cara..

macam tu jugak didikan agama.. fiqah ada sorang kawan yang.. mak ayah dia sangat la mementingkan keagamaan ni tapi dalam masa yang sama sangat juga menggalakkan anak dia ni buat maksiat.. ek?? ya.. dan bila fiqah tegur.. gaduh sampai pindah rumah.. pastu fiqah tak ambik port dah.. tugas fiqah dah selesai.. fiqah dah tegur..

ingat ada cara yang patut kita komplen.. ada cara yang kita patut follow saja.. ada kakak yang tak boleh adik-adik dia cakap hang aku.. tapi fiqah dengan adik-adik sangat la selesa berhang aku.. see??




12 comments:

faiz said...

lain family lain cara..ye tak

sekadar satu coretan said...

terpulang pada masing2 membentuk sebuah keluarga..janji bahagia...

puteri ain said...

setiap insan berbeza;)

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

setiap keluarga ada cara tersendiri untuk mengwujudkan suasana harmoni kan... yang penting kita dapat menikmati dan bersyukur sebab mempunyai keluarga :)

Unknown said...

Baa~ CAK!!

Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Selalu macam tu.

Melur Jelita said...

Betoiiiiii

~nsar~ said...

@faiz
yup... beza..

~nsar~ said...

@kak aini
corak lah dengan baik...

~nsar~ said...

@puteri
yaa.. sangat la betul...

~nsar~ said...

@topi imagine
sangat sokong pendapat hang.. huhu

~nsar~ said...

@azroy
terima kasih datang sini dan komen.. perjalanan anda sangat dihargai =)

ya cam tu la.. tapi ada jugak yang lain dari jalan ceritanya yang dulu..

~nsar~ said...

@kak melur
yeah..