Wednesday, May 11, 2011

Istiqamah dalam Perubahan

assalamualaikum w.b.t


susah ka nak berubah?
::: ya memang susah

macam mana nak berubah?
:::drastik terus
::: pelahan-lahan

rasanya semua tau kot kisah seorang blogger yang membuat entry berani mati pasal tudung... sungguh tersentap hati ni... waaa.. fiqah berazam untuk berubah menjadi seorang yang lebih baik dan muslimah yang dirahmati dan diberkati hidupnya..

berusaha merubah kehidupan dengan ibadah yang lebih sempurna.. tapi fiqah juga manusia biasa... kadang-kadang terlalai.... kadang-kadang pakai juga tudung pendek.. belum berjaya untuk berhijab...

abih tu macam mana nak berjaya dalam istiqamah..: [KOREK SINI]


*   Bukti istiqamah itu telah dirakam oleh Allah SWT dalam ayat 162 surah al-An’am yang bermaksud : Katakanlah (wahai Muhammad) “Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidup dan matiku hanya untuk Allah, Tuhan sekelian alam”.
*   Istiqamah juga diungkapkan sebagai mencapai atau merealisasi perutusan kejadian manusia, perkara ini telah disebut oleh Allah dalam surah az-Zariyat ayat 56 yang bermaksud : “Tidak Aku (Allah) menciptakan jin dan manusia, melainkan untuk menyembah (beribadat) kepada-Ku”.
*   Selain itu, istiqamah juga diertikan sebagai menerima segala hukum-hakam Allah dalam al-Quran dan apa yang dijelaskan oleh baginda Rasulullah s.a.w dengan pasrah dan bersungguh-sungguh, hakikat ini diperjelaskan oleh Allah menerusi ayat 36 surah al-Ahzab yang bermaksud : “Dan tidaklah patut bagi lelaki yang beriman dan tidak pula bagi wanita yang beriman, apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka”.
Justeru, kita perlu bertanya pada diri sendiri, apakah kita termasuk dalam golongan orang-orang yang beristiqamah dengan amalan Islam, atau hanya berpura-pura atau menerima Islam separuh-separuh ataupun menerima Islam apabila sesuai dengan naluri, dengan kata lain, Islam tunduk pada kehendak kita, bukannya kita yang patut tunduk dan akur kepada segala ajaran Islam.
Penjelasan tanda beistiqamah dengan Islam
hir, seorang muslim itu melaksanakan segala perintah Allah yang wajib ditunaikan seperti pelaksanaan ibadat solat, puasa, haji, zakat, memakai hijab (tudung kepala) bagi muslimat, berakhlak mulia dan lain-lain.
Sementara dalam perkara batin pula, seorang muslim itu wajib beristiqamah dengan aspek ketuhanan dalam mentauhid (mengesakan) Allah, bertakwa kepada-Nya, takut kepada ancaman dan hukuman-Nya, mengharapkan keampunan dan rahmat hanya daripada-Nya dan banyak lagi.
Justeru menurut para ulama’, jika seseorang itu menzahirkan kepada manusia kebaikannya seperti banyak solat sunat, puasa sunat, suka menderma, suka tolong orang lain, berulang alik ke masjid, sedangkan dia tidak begitu, suka mengumpat, memfitnah orang, menuduh orang tanpa bukti kukuh, pakai tudung kepala pada masa tertentu, maka dia dikatakan tidak beristiqamah dengan Islam, atau paling tidak dikatakan istiqamahnya masih berkurangan. Kerana istiqamah itu tidak dapat dibuktikan pada amalan sehari dua, malah ia perlu berterusan tanpa niat untuk menunjuk-nunjuk pada orang lain, ia dilakukan atas dasar ikhlas kerana Allah SWT.
Jalan terbaik untuk mengekalkan istiqamah dengan Islam, ialah bersahabat dengan orang-orang yang baik-baik, apatah lagi mereka yang dapat mengingatkan diri kita kepada Allah SWT, menyuruh yang makruf, mampu pula mencegah kemungkaran, berdakwah dengan penuh hikmah, berakhlak mulia, tidak wujud sebarang kepentingan dunia, apa yang diharap hanyalah keredaan Allah, ia menepati seruan Allah menerusi ayat 28 surah al-Kahfi yang bermaksud : “
Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru kepada Allah, di waktu pagi dan malam dengan mengharapkan keridaan-Nya, janganlah kamu berpaling dari mereka kerana mengharapkan perhiasan (habuan) kehidupan dunia ini, janganlah kamu mengikuti orang-orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami serta mengikut hawa nafsu, sesungguhnya urusan hidup mereka telah melampaui batas”.


:::: jom sama-sama kita beramal ya..




8 comments:

Erin Azizan said...

aku baca juagk entry pompuan tuh..ng aku pokok pangkalnya bermula dari hati..kalau nawaitu tu betul insyaALLAH akan dipelihara yang maha berkuasa,

~nsar~ said...

Erin: betul apa yang hang ckap tu... semua bermula dari hati niat kita cmna..

misza said...

sahabat sangat kuat pengaruhnya dalam diri dan kehidupan kita.

mykhalis said...

nak berubag2 mudah,, nak kekal cabaran paling besar

Solihin Zubir said...

yaa.. sy dlm proses berubah drp zaman jahiliah dlu..
semoga diberi kekuatan utk istiqamah melakukan perubahan..
insyaAllah..

~nsar~ said...

kak misza : betul.. sebab hidup kita lebih bnyak diluar..jadi cuba dapatkan kengkawan yang boleh sm2 bimbing kita..

~nsar~ said...

my khalis:.. yang tu la yang susahnya.. nak kekalkan sebab cabaran yang melanda tu tersangat la hebat..

~nsar~ said...

SZ : insyaAllah... sy juga mengharapkan yang sama...