Sunday, May 15, 2011

Orang Islam sekarang makin lemah Sikap Amanah

Assalamualaikum... w.b.t

alhamdulillah... blogger dah kembali pulih walaupun ada jugak yang tak ok nya... semua yang fiqah followed hilang.. dia boleh plak cakap cenggini "You are currently not follow any blog".. chesss.. tak pa tak pa.. janji boleh sumbat entry.. hehe

nak crita pasal sikap tak amanah umat Islam sekarang.. semakin merudum... tahap er er er.. gaban ok kot.. hehe... minggu lepas.. kad petronas abah fiqah punya kena tukaq dengan kad orang lain.. hampeh betul la... fiqah penah dapat gift dari petronas dengan kad tu tau.. dapat blender buat kek (ala yang uli bahan kek tu-fiqah tak tau orang panggil apa).. dapat tupperware yang ada banyak tempat tu (boleh isi bahan laksa or mee kuah ka).. and dapat beg shopping petronas...

dah lama dah.. tiga tahun ada kot.. pastu kad yang abah guna tu dah banyak point la.. kan dah lama. sekali.. minggu lepas.. abah isi minyak.. abah kasi kad tu.. si hamba Allah ni.. dia tukar kad petronas yang abah punya dengan kad orang lain.. abah pun tak perasan.. 2 3 hari nak top up minyak baru perasan.. aiseh.. nak p bom pun tak sesuai la.. sebab tak da bukti kukuh..

kes ni dah banyak kali sangat jadi.. kawan-kawan abah.. ramai kena.. tukar kad orang yang banyak point dengan kad yang ada dekat situ.. motif mereka??? mesti la bes dapat kad banyak point.. dua tiga kali guna boleh dapat gift lagi..

bila jadi camni fiqah terfikir.. mana hilang nya sifat amanah umat Islam sekarang ek.. kalau kita buat macam tu sama saja la kita makan hak milik orang kan.. sama kategori dengan mencuri juga memakan yang tak halal la...  mereka-mereka ni tak pk ka ek? pelek benor la...

bermaksud tak amanah la.. tak menjaga hak milik orang dengan baik... amanah ni bukan saja yang besar-besar.. tapi yang kecik-kecik juga amanah.. bukan main-main.. tapi bila tengok akhlak umat Islam zaman sekarang.. hmmm patut la..

sifat amanah sifat yang terpuji (KOREK SINI)


Antara sifat terpuji ialah amanah, satu unsur kesempurnaan peribadi dan sifat golongan beriman. Tanpanya akan berlakulah penindasan, kezaliman dan segala bentuk penganiayaan.

Dalam al-Quran ada menyatakan sifat ini. Allah berfirman, maksudnya: "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala amanah kepada ahlinya..." (an-Nisa': 58)

Nabi s.a.w sering mengingatkan umatnya mengenai keutamaan sifat ini melalui hadis diriwayatkan Imam Ahmad, al-Bazzar dan Tabrani, maksudnya: "Tiada iman bagi orang yang tiada amanah dan tiada agama bagi orang yang tidak (dipercayai) janjinya."

Amanah ialah setiap yang wajib dipelihara dan wajib ditunaikan kepada ahlinya yang berhak. Pengertian ini tidak terbatas terhadap sesuatu bidang saja, bahkan merangkumi semua hubungan.

Mematuhi iman dan menghayatinya dengan segala yang diperlukan supaya semakin subur dan tetap subur adalah amanah.

Begitu juga ikhlas dalam segala bentuk ibadat kerana Allah adalah amanah, melakukan ihsan kepada orang adalah amanah dan memberikan hak kepada mereka yang berhak adalah amanah.

Dalam keluarga, ibu atau bapa perlu menunaikan amanah dengan sebaik mungkin manakala dalam pentadbiran sesebuah organisasi, ketua mesti menyempurnakan amanah.

Skop pemerintahan sesebuah negara lebih-lebih lagi perlu kepada pemeliharaan sifat amanah. Bagi memastikan amanah itu terpelihara, penyerahan mandat perlulah kepada yang amanah, mempunyai kekuatan, yang ahli dan ikhlas.

Jika diutamakan orang yang sebaliknya manakala yang sebenarnya berhak dikemudiankan, menurut sesetengah ulama itu suatu petanda untuk diperangi Allah.

Daripada Yazid bin Sufyan, katanya: "Saidina Abu Bakar r.a berkata padaku ketika aku diutuskan menjadi penyusun pemerintah di Syam (Syria): Wahai Yazid! Engkau ada hubungan kekeluargaan yang mungkin akan terpengaruh dengan pemerintahan. Itulah yang aku bimbangkan mengenai dirimu selepas Rasulullah s.a.w bersabda; sesiapa yang dilantik untuk menjalankan suatu urusan umat Islam, lalu ia melantik seseorang kerana pilih kasih maka laknat Allah ke atasnya. Tidak diterima amalan fardu dan sunatnya sehingga dimasukkan ke neraka." (Riwayat al-Hakim)

Harta dan kekayaan negara adalah amanah yang diamanahkan di tangan pemerintah. Menjadi kewajipan ke atasnya meletakkan harta itu pada tempatnya, membelanjakannya pada jalan yang memberikan manfaat kepada rakyat dalam perkara yang memberikan kemakmuran dan kesejahteraan.

Seperti dikatakan, pengertian amanah cukup luas. Menyimpan rahsia juga termasuk dalam daerah amanah, misalnya rahsia untuk memelihara hak sahabat.

Jika perkara ini dianggap tidak penting, lalu membuka rahsia orang lain yang boleh memberikan mudarat kepadanya, sudah tentu perbuatan itu sangat tercela dan haram.

Ulama menegaskan, amanah menuntut kita merahsiakan sesuatu sekalipun terpaksa berbohong kerana berkata benar itu bukannya wajib secara mutlak pada setiap keadaan dan tempat.

Rasulullah bersabda: "Semua majlis itu adalah amanah melainkan tiga majlis saja; majlis kerana merancang pembunuhan yang ditegah, majlis seks yang dilarang dan majlis yang merancang untuk mengambil harta tanpa hak."

Antara rahsia yang paling utama dan sangat perlu dirahsiakan ialah hubungan antara suami isteri. Islam meminta umatnya menyembunyikan segala rahsia suami isteri dan jangan sampai ia diketahui orang luar.

Sabda Nabi s.a.w bermaksud: "Sejahat-jahat manusia di sisi Allah dari segi kedudukannya pada hari kiamat ialah orang yang melakukan hubungan suami isteri kemudian menyebarkan rahsia isteri atau suaminya."

Amanah juga ada dalam tutur bicara. Contohnya ketika memberikan nasihat kepada seseorang, perlulah dengan ikhlas menyatakan sesuatu yang baik dan memberikan manfaat kepada pihak terbabit.

Jika seseorang itu memberikan nasihat yang buruk, memperkatakan sesuatu yang tidak wajar dan boleh merugikan pihak terbabit, sudah tentu berlaku khianat dalam nasihat terbabit.

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Tanda orang munafik ialah tiga manakala bercakap dusta, manakala berjanji mungkir dan apabila diamanahkan khianat." (Riwayat al-Bukhari)

Jelas, amanah merangkumi banyak aspek kehidupan, bermula pada sudut keperibadian diri sendiri hingga urusan yang membabitkan kepemimpinan dan kenegaraan. Oleh itu, sudah tentu ia suatu sifat yang cukup berat untuk diamalkan.

Daripada Saidina Ali r.a katanya yang bermaksud: "Kami duduk bersama Rasulullah s.a.w lalu muncul seorang dari keluarga al-Aliyah dan bertanya kepada Rasulullah:

Wahai Rasulullah...beritahulah padaku, apakah suatu yang paling berat dalam agama dan apakah yang paling ringan?

Lalu jawab Rasulullah s.a.w: "Yang paling ringan dan mudah ialah mengucapkan dua kalimah syahadah dan yang paling berat wahai saudari al-Aliyah ialah amanah. Sesungguhnya tidak ada agama bagi orang yang tiada amanah, tiada solat baginya dan tiada zakat." (Riwayat al-Bazzar)





::: ada juga amanah yang tak patut kita simpan.. bila sesetengah perkara tu boleh jadi fitnah pada orang lain...  

6 comments:

Jo Qusary said...

Bahaya tu, nasib baik tak tertukar kad kredit... lagi parah.

Kalo kat negara barat, diorg akan buat aduan pastu suruh restore balik points yg kena ambil oleh org lain tu... ada yg sampai buat report polis... selalunya org2 barat nie amanah dan cekap jugak buat kerja sebab diorg jaga kualiti kerja diorg dan tak reti makan gaji buta mcm org2 kat sini...

Kalo pergi negara Arab dgn Indonesia, selalu la kena hati2... sentiasa pastikan beg ada kat tangan... diorg kuat bawak lari beg pelancong...

bersama kak Es said...

kalau benda kecik pun tak amanah.... lagilah benda2 besar

tak lama lagi stesyen minyak pun leh bankrup

Melur Jelita said...

Memang susah nak cari orang amanah Fiqah jelita

~nsar~ said...

@jo
tu la pasal.. kalau kad kredit ka kad bank ka hancur lebur.. bagus ek negara barat.. lagi pun mereka2 ni prihatin..

arab memang dah tau dah sikap depa.. nama saja arab...

~nsar~ said...

@ kak es

dia kecik2 lama2 jadi bukit la kak.. haha bankrup isi guna air lak..

~nsar~ said...

@ kak melur
betul tu.. susah sangat..