Wednesday, May 25, 2011

Tinggal Anak Dalam Kereta Bukan Perkara Remeh.

assalamualaikum w.b.t dan selamat pagi..

Semalam kecoh lagi kisah tinggal anak dalam kereta sehingga menyebabkan kematian si anak terchenta nya tu.. ingat ya para-para ibu dan bapa sekalian perkara ni bukan kali pertama jadi.. bukan juga kali pertama melibatkan kematian.. tapi masih ramai lagi mereka-mereka diluar sana tu yang tak alert dengan keadaan ni..

bila kereta dok tengah panas.. pastu semua tingkap ditutup.. memang mengalami ketidakcukupan oksigen.. cuba bayangkan.. tak pun mak mak n ayah ayah ni pi ambik anak balik sekolah time tengahari kul 12 - 1 camtu.. mesti la tunggu dalam kereta.. panas tak? bukak aircond jugak tingkap pun bukak jugak.. tu pun still rasa nafas tak cukup kan? rasa sesak kan.. dah tu tinggal anak dalam keta cam na lak?

penah jadi kes depan mata.. sorang akak ni shopping raya.. dia tinggal anak dia dalam kereta di car park.. budak tu dah meraung-raung dah.. orang yang ada kat situ nak tolong budak ni.. pecah kan cermin kereta.. sebab memang dah no choice... alih-alih orang ramai yang disalahkan akak ni.. katanya nak curi kereta dia..
juga satu lagi kes pengalaman sendiri oleh maklang fiqah.. kes yang sama.. tapi ni ayah dia.. jugak orang ramai disalahkan.. dah tu nak report polis lagi.. orang yang tolong kat situ geram dengan sikap dia.. belasah si ayah ni sampai lembik.. sesia ja..

jangan kita lupa anak kita dalam kereta.. jangan tinggal sebab dia tengah tidoq... bangunkan dia.. kalau nak shopping.. jangan bawak anak-anak kalau lama sangat, kasi orang jaga kan.. bawak boleh.. bawak anak sekali la..  

ingat la ibu bapa.. bukan benda ringan bukan benda remeh... kalau anak tak mati mungkin kena kidnap.. macam-macam boleh jadi... jangan pk kita susah. susah la bawak anak ni.. nak shopping pun susah.. tinggal la dalam keta.. tapi pk benda nak jadi... kita tak tau.. ajal tu memang Allah dah tetap kan.. tapi kalau tak ajal jadi yang lain macam mana???.. selagi kita boleh elak kita elak..

17 comments:

mykhalis said...

memang bodoh gila mak bapak leh tinggal anak dalam kereta nie...

✿INA AINAA✿ said...

Itulah, terutama time nak isi minyak...kbykkan org2 skunk tak tutup enjin pastu x bukak tingkap..ini bolh jadi kes....kesian anak2 yg jd mangsa...bila nasi dah jadi bubur, tak guna dah nk menyesal

Daddylicious said...

ntah la susah nak cakap bila cuai ni...

Melur Jelita said...

Orang jenis ni..orang kahwin, dia nak kahwin, orang ada anak, dia nak ada anak..bila tak dapat anak meraung melalak, bila dapat tak reti jaga. bengong!

sekadar satu coretan said...

tak tau la nak citer mcm mane..kalau boleh semua org tak mau berlaku mcm tu...

mungkin cuai...
sampai terlupa ade anak kat dlm kereta...mintak jauhkan terjadi pada kite semua mcm tu...

Menusuk Hati said...

hm...dah banyak terjadi pun masih tak sedar..susah-susah...

Ibnushukran said...

sy boleh bayang sis camne saat anak2 yang lemas dalam kete 2.. ya Allah.. mmng siksa dorang...
2 la, klu boleh nk keluar mana2 tu bawak la anak skli, n alert la anak2 kt mana,dengan siapa, takut jadi perkara bukan2.. moga ibubapa ambk iktibar la ngak kjadian2 yang berlaku ni kan sis nsar..

~nsar~ said...

@mykhalis:
mak bapak camni selalu nya malas nak susahkan diri sendiri.. kalau tak mau susah.. tak payah buat anak senang..

~nsar~ said...

@ladyaina
betul tu.. mereka2 ni lagi tak jadi kat diri sendiri lagi tu tak beringat..

~nsar~ said...

@daddy kool
sangat cuai ni mr.daddy.. sampai anak boleh lupa..

~nsar~ said...

@kak melor..
berkobar2 betul kak melur ni.. hehe.. tapi betul.. orang macam ni sy tak paham sungguh.. tak payah buat anak kalau tak mau jaga..

~nsar~ said...

@kakaini
insyallah sekiranya kita beringat pasti Allah bantu kita.. tapi bila terlampau cuai sangat.. Allah tarik balik lagi baik..

~nsar~ said...

@menusuk hati
lagi tak jadi kat diri sendiri lagi tula tak sedar diri..

~nsar~ said...

@ibnushukran
betul tu dik... kesian kat kanak2 ni... tapi kadang orang kita ni tak pk habis kot.. banyak dah jadi.. kalau tak ambik iktibar lagi tak tau la..

shahrilhakime said...

Kesian arwah anak die...macam mane le penderitaan die mase ditinggeikan dalam keghete tu ye...kesian....bende2 cuei macam ni le kite kene elakkan....kalo tak ...kite menyesei seumor hidop.

~nsar~ said...

@D_08
sy tak nak bayang.. tak sanggup.. tak sampai hati.. itu la kalau kita cuai memang seumur hidup kita tanggung..

ain revival said...

betoi2..kat kampungpn ade anak dy mati sbb tinggal dalam keta..minggu nie lagi benda nie terjadi..masa tu kat kubur..ayahnya pergi uruskan pengebumian dan tinggalkan anaknya dalam kereta,,sejam lepas tu tengok anak dia dah takde...