Wednesday, April 27, 2011

Pendedahan Alam Siber pada Kanak-kanak

salam alaik....

chewah tajuk bajet dokterrrr... hehe.. dak aih.. ada sorang akak ni tanya fiqah.."patut tak kita bagi anak-anak kita guna komputer? akak takut dia main game.. tak nak la camtu"... aiyak dia tanya pada fiqah yang belum lagi berkawin malah belum ber anak lagi nih...

okeh fiqah nak kongsi pendapat fiqah ya...

fiqah bukan dari keluarga yang ber'education' tinggi.. mak abah fiqah pun takat SRP dan SPM ja.. jadi bila berjaya melangkah kaki ke menara gading ni.. bukan saja patut menjadi contoh dan idola pada adik-adik.. malah apa saja tindakan yang fiqah cuba lakukan kena fikir banyak kali..'aku buat ni adik-adik aku kang ikut tak?' takkan belajar tinggi-tinggi nak bagi contoh yang tak baik..

masa adik bongsu fiqah umur 4tahun.. hanya dia sorang saja yang berminat nak ambik tau camna nak gunakan komputer ni... yang lain ada sibuk-sibuk tapi buat-buat pandai.. berat mulut nak tanya... fiqah fikir habis.. 'kalau aku ajar adik aku ni.. dia nak guna ke arah yang tak baik tak'.. then fiqah buat keputusan dedahkan dia.. biar dia belajar... biar dia kenal... ajarkan dia untuk advantage pada dia...

alhamdulillah.. cepat gila dia belajar.. sekali ajar dia lagi terror dari kakak-kakak dia yang lain... maklumlah budak-budak... cepat la otak pickup... umur 4tahun dah khatam game race kereta need for speed-underground 2... hebat tak???...

pastu fiqah mintak mak abah masukan streamyx... dia lagi terror dah khatam segala game yang ada dalam yahoo tu... aiyakk... mak sampai risau.. ish budak ni kang lingkup... hehe.. tapi bila dah masuk sekolah sekarang.. dah darjah satu pun... Alhamdulillah.. mak berjaya manage hidup adik seharian... dan dia pun akan ngadap pc kat umah tu bila keja sekolah dah siap.. bila qiraati dah baca.. haa ok la tu.. kan..

pastu fiqah tanya lecturer fiqah baik ke buat camni... then dia cakap apa tau "tak boleh la nak sekat.. sebab zaman sekarang semua dah macam tu.. kalau kita sekat tu la yang sebabkan budak-budak ni memberontak ke CC main game ponteng sekolah.. buat benda pelek-pelek.. takda pendedahan kat bebudak ni..."

kita lentur buluh dari rebung nya la... bila dah kasi kena guide la.. kan???

::::sekarang bila depa tanya benda yang fiqah tak tau.. fiqah sebut haaa pa lagi google la.. baru tujuh tahun dah pandai google.. kira ok la... hehe jangan time cikgu bagi kertas kerja plagiat sana sini dah...



4 comments:

op anaz said...

betul2....kena ada cyber education...jgn g kot lain dah...he..:-)

Puteri Kasih said...

biasanya kalau dilarang..makin teruk jadinya

Belalang Hijau said...

betul tu...
mereka membesar dalam era yang canggih begini...kalau zaman kita dulu dah ada benda2 alah gini semua tentu kita pun nak tau guna. x gitu?

~nsar~ said...

op anaz: haha yang tu sokong jangan kot lain dah...

puteri kasih: itu bergantung pada cara pendidikan dari ibu bapa la selalunya.. macam mna ibu bapa nak create satu suasana yang boleh digubah untuk anak-anak..

BH: dan sy takkan tau la apa tu blog... hehe