Wednesday, April 20, 2011

Riak

Assalamualaikum w.b.t... satu perkongsian buat semua

Abu Darda' Ridzwanullah 'alahim meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda, mafhum nya:

"menghindarkan amal dari digembar-gemburkan (diceritakan kepada orang lain), mengerjakannya lebih sukar dari mengerjakan amal itu sendiri. seseorang mungkin melakukuan  sesuatu amal (soleh) lalu dicatatkan sebagai amal soleh yang dibuat secara 'sirr' (bermaksud senyap-senyap).

Dengan itu pahala ganjarannya dilipat gandakan sebanyak 70kali gantada tetapi syaitan tidak akan membiarkannya. Syaitan akan terus merasuknya sehingga ia menceritakan dan menyatakan kepada orang lain.

maka catatan amal itu pun ditukar kepada catatan amal 'alaniah' (bermaksud terang-terangan). dengan itu, ganjaran pahalanya sebanyak 70 kali ganda dihapuskan. kemudian syaitan terus mendesak orang tersebut agar menyataka lagi bagi sekian kalinya tentang amalnya.

maka ia sendiri pun suka kalau disebut-sebut hal itu, dan terus dipuji. Akibatnya catatan amalan tersebut sebagai 'alaniah' dipadamkan dan ditulis sebagai perbuatan riak.

sebab itulah orang yang paling bertakwa ialah orang yang melindungi agamanya.

Sungguh riak adalah syirik"..


sumber foto..; google image

3 comments:

sekadar satu coretan said...

selamat pagi...
terima kasih sudi berkongsi...

manusia mmg ade sifat mcm tu...
jd perlu la kite berpesan2 & saling ingat mengingati...agar kite semua di rahmati allah..

Ibnushukran said...

2 la.. takutnya ada terdetik riak dalam ibadah ni..

Rasulullah s.a.w bersabda: " Sesungguhnya perkara yang sangat-sangat aku takuti akibat buruknya menimpa kamu ialah syirik yang kecil." Sahabat-sahabat Baginda bertanya: " Apa dia syirik yang kecil itu ya Rasulullah?" Baginda s.a.w menjawab: "( Syirik yangkecil itu) ialah riak - Allah Taala akan berfirman pada hari Kiamat apabila manusia datang dengan amal masing-masing: " Pergilah kepada mereka yang kamu melakukan riak di dunia dahulu ( untuk menunjukan kepada meraka ), kemudian lihatlah, adakah kamu akan dapati sebarang balasan di sisi mereka?"

subhanaAllah.. semoga kita di hindarkan dr perbuatan ini..

~nsar~ said...

kak aini: tu la.. kadang dah baik sembunyi dah.. tapi tetap ada jugak perasaan nak bagitau orang...

ibnushukran: syirik khafi ni la yang sangat menakutkan.. sebab kita boleh buat bila2 masa tanpa kita sedar pun...